part 15

122 3 1
                                    

Semua orang sudah berkumpul di rumah banglo milik Badrul untuk bertolak pergi Langkawi,

"korang pergilah masuk dalam bas tu. kita bertolak dengan bas pergi ke langkawi dan sesiapa yang datang ke sini dengan kenderaan tolong bagi kunci kenderaan korang pada saya supaya tiada berlaku kes kehilangan" jelas Badrul panjang lebar.

Semua orang menyerahkan kunci kenderaan mereka kepada Badrul dan Badrul terus masuk ke dalam rumahnya untuk menyimpan kunci-kunci tersebut di dalam peti besi.

"jomlah kita pergi naik bas" ajak Dayana sambil menarik tangan Fatin dan Najah.

Di dalam bas, mereka berborak, menyanyi dan bergelak ketawa sehingga sampai di tempat destinasi mereka iaitu Langkawi.

Ida cuba mengangkat beg pakaiannya tetapi terlalu berat menyebabkan Ida tidak berupaya mengangkat begnya dengan lama. Izz menawarkan pertolongannya kepada Ida untuk mengangkat beg Ida.

"mari sini saya tolong bawakan untuk awak" Izz menghulurkan tangannya ke arah beg Ida.

"tak perlu sebab aku tak suka menyusahkan orang" jelas Ida sambil mengangkat begnya dengan tergesa-gesa menyebabkan dia terjatuh terpijak batu secara tidak sengaja.

"aduh sakitnya" rungut Ida sambil menyapu lututnya dipenuhi dengan pasir pantai.

"nak saya tolong tak" Izz mencangkung dihadapan Ida yang terduduk sambil menyapu lututnya akibat terjatuh.

Ida mengeleng kepala dan masih berdegil untuk menerima pertolongan dari Izz Haikal. Izz terus merampas beg di tangan Ida

"saya boleh tolong angkat beg awak tapi saya tak boleh angkat awak selagi awak bukan isteri saya" jelas Izz sambil berdiri melihat Ida yang masih terduduk di atas pasir.

"aku boleh bangun sendiri la dan aku masih boleh angkat beg aku" Ida terus berdiri sambil menghulurkan tangannya untuk meminta begnya di tangan Izz.

Izz mengeleng kepalanya dan terus meninggalkan Ida.

"weh, beg aku la" Ida mengejar Izz yang berjalan laju dihadapannya.

Kawan-kawannya memerhatikan drama oleh Ida dan Izz Haikal

"untunglah Ida dapat boyfriend macam Izz Haikal kan" beritahu Dayana dengan suara manjanya.

"habis kau nak aku jadi macam Izz Haikal jugak ke, mari sini beg kau" usik Badrul yang tiba-tiba muncul di belakang Dayana.

"heleh, beg aku sudah ada dengan kau pun" jeling Dayana kepada Badrul.

"nah ambil balik dan bawa sendirian berhad yee" Badrul meletakkan beg Dayana dihadapan tuan milik beg tersebut.

"kurang ajar punya manusia, kau suami jenis apa hah?" tengking Dayana sambil membawa begnya mengekori Badrul yang sedang berjalan tanpa menghiraukan Dayana.

Kawan-kawannya juga menyaksikan drama antara Badrul dan Dayana selain daripada drama Ida dan Izz Haikal

"Fatin ni beg awak kan" tanya Naim Azim sambil memegang beg Fatin.

"kenapa Naim?" tanya Fatin yang melihat Naim membawa begnya menuju ke arahnya.

"jom" ajak Naim sambil melihat wajah Fatin yang agak gelisah apabila Naim membawa beg Fatin.

"takpa, saya boleh bawa sendiri" jelas Fatin sambil menghulurkan tangannya untuk meminta beg di tangan Naim.

"Fatin, bagilah dia tolong kau. Apa salahnya kan" beritahu Najah dengan suara yang tenang.

"jomlah" ajak Fatin sambil memandang wajah Naim yang tersenyum manis dihadapannya.

"tapi Najah dengan Sipah, jomlah sekali" ajak Fatin.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now