part 8

89 2 0
                                    

Eddy berkali-kali menefon Farah tetapi tidak dijawab sehinggalah dia menefon Dayana.

“i need a favour from you”jelas Eddy setelah mendapat menyambung panggilannya dengan Dayana.

“kenapa ni mr chil” Dayana mendapati suara Eddy agak tegang dan jarang sekali Eddy meminta pertolongan darinya.

“Farah Naziera ada kat sana kan, dah nak sampai ni dekat kuarters Dayana. Bye nanti jumpa” kata-kata Eddy membuatkan Dayana terkejut tahap dewa dan lebih-lebih lagi panggilan henfonnya dimatikan begitu sahaja.

“ gila ke apa Mr Chil ni, agak-agak la sebab rumah tu ada anak dara la” bebelan Dayana didengari oleh naijah.

“woi, apa kes membebel sorang-sorang, kesian aku tengok kau ni mesti tunang yang call kau kan?, sebab tu kau naik angin” Najah menepuk bahu Dayana sehingga mengejut Dayana daripada bebelan.

“aku ambil EL harini eh, bye” Dayana melangkah pergi dengan berlari menyebab Najah berasa risau akan Dayana.

“Dayana, kenapa”jerit Najah apabila jaraknya dengan Dayana 10 meter tetapi Dayana hanya melambaikan tangan.

Semasa di dalam lift, Dayana terlupa sesuatu lalu mengeluarkan henfon dari poket baju uniform nursenya.

Najah tolong aku jaga mak cik di bilik kenanga nombor 21, aku lupa nak bagi ubat la kat mak cik tu, please.
p/s: mak cik agak garang tau

Mesej dihantar.

Najah telah menerima mesej tersebut menyebabkan dia senyum sorang-sorang.

“budak Dayana ni sempat lagi dia cakap mak cik tu garang”bebel Najah sorang-sorang menuju ke bilik mak cik tersebut.

Setibanya Dayana berdekatan dengan rumahnya membuat langkahnya terhenti kerana terkejut melihat tindakan Eddy yang menekan loceng pintunya dengan muka yang marah.

“Mr Chil macam pelik aje aku tengok baik aku sembunyikan diri and kalau dia buat tindakan luar batas baru aku bertindak” rungut Dayana lalu menyembunyikan dirinya di sebalik dinding untuk memastikan dirinya tidak dilihat oleh Eddy dan Farah.

Farah menuju ke pintu dengan perlahan-lahan dengan keadaan yang tidak bermaya dan hanya menutup tuala di kepalanya.

“mesti Dayana yang balik ni, ada la tu tertinggal sesuatu” rungut Farah.

Apabila pintu dibuka, Farah terkejut akan kehadiran jejaka hampir seakan  muka orang mat saleh dengan mukanya bersih, licin dan putih serta matanya yang brown.

“aku hampir nak patah jari tekan loceng ni, kau kenapa lambat sangat buka pintu.” Sebaik sahaja pintu dibuka Eddy terus menengking Farah.

“sorry encik Eddy, saya tak berapa sihat” jelas Farah dengan matanya yang berair.

“maafkan saya sebab menengking awak” pujuk Eddy kerana merasa simpati terhadap Farah lebih-lebih lagi air mata perempuan yang mengalir.

Dari jauh Dayana melihat drama oleh Eddy dan Farah yang berlaku di hadapan  matanya.

“memang dah agak mesti pasal kerja” bebel Dayana sambil menuju ke arah mereka.

Eddy dan Farah terkejut melihat kehadiran Dayana.

“so annoying” cebik Dayana apabila Eddy dan Farah membulatkan mata ke arahnya.

“carry on your discussion with Farah” sinis Dayana sambil memeluk tubuhnya dan berlagak seperti gangster celup tepung.

Eddy dan Farah ketawa dengan aksi nakal Dayana yang sengaja mengusik mereka.

“amboi budak ni nak lagak macam gangster” Eddy memanjakan suaranya serta mencuit hidung Dayana seperti lagak ayah sedang memujuk anaknya yang sedang merajuk.

Farah merenung tepat terhadap aksi yang berlaku antara Eddy dan Dayana membuatkan Farah terkejut,

“alahai diorang ni buat sweet couple la pulak”ngomel Farah dalam hatinya sambil tersenyum.

“apa ni jangan la main cuit-cuit hidung,nanti patah hidung kesayangan ni” rungut Dayana sambil mengosok hidungnya dapat mengejutkan Farah.

Entah dari mana seorang mak cik kelihatan seperti Datin muncul bersama mereka.

“Assalamualaikum anak-anak mama” sapaan diberikan oleh Datin mengejutkan mereka terutamanya Dayana dan Eddy.

“Mama” Dayana dan Eddy menyebut secara serentak menyebabkan saling berpandangan serta seakan tidak percaya akan kehadiran Mama Badrul yang berketurunan korea.

Dayana dan Eddy amat mengenali Datin Hasnah dari kecil lagi. Hal ini demikian kerana Dayana,Eddy dan Daren sangat rapat dengan Badrul anak keempat Datin Hasnah dan oleh itu, sejak mereka rapat dengan Badrul membuatkan mereka membiasakan diri memanggil Datin Hasnah sebagai mama atas permintaan Datin Hasnah dahulu.

“mama, masuklah dulu” Dayana mempelawa Datin Hasnah.

Farah membuka ruang pintu seluasnya untuk memberi ruang Datin Hasnah memasuki rumah.
Datin Hasnah tersenyum lalu menarik lengan Eddy supaya ikut serta memasuki rumah tersebut.

“jom Eddy masuk sekali” perlawa Datin Hasnah kerana Eddy masih lagi tidak mahu berganjak untuk memasuki rumah .

“Mama, bukan Eddy tak nak masuk tapi ini kan rumah anak dara” rungut Eddy dengan nada serba salah.

“Mama kan ada lagipun mama bukan anak dara dah” sindiran oleh Datin Hasnah membuatkan Dayana dan Farah ketawa dan Eddy menunduk malu.

Farah mengenakan pakaian yang sopan dihadapan Datin Hasnah manakala Dayana menyediakan air minuman di dapur untuk dihidangkan kepada tetamu.

“terima kasih sayang mama” ucap Datin Hasnah kepada Dayana.

“jemputlah minum semua” kata Dayana sambil memberi senyuman manis kepada Datin Hasnah.

Datin Hasnah menjadi serba salah untuk  memberitahu tujuan utamanya datang berjumpa dengan Dayana kerana pasti Dayana akan membantah akan tujuannya.

“Mama datang sini ada hajat dulu Mama pernah datang tapi Dayana tak ada kat rumah” beritahu Datin Hasnah secara perlahan-lahan.

“cakap je Mama, Dayana tak kisah apa hajat Mama” beritahu Dayana yang cuba memaniskan mukanya.

“Mama bawa hajat harapan keluarga kedua-dua belah pihak samaada pihak keluarga Dayana dan Badrul iaitu untuk melangsungkan perkhawinan anak mama” penjelasan Datin Hasnah mengejutkan semua orang berada di situ.

Eddy terus meletakkan cawan yang diminumnya dengan perlahan kerana tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Datin Hasnah.

Dayana memandang Farah dan terus menundukkan mukanya.

“Dayana pun rasa dah tiba masanya untuk Dayana terima Badrul dan Dayana nak tunaikan hasrat semua orang” setiap kata-kata yang dikeluarkan oleh Dayana mengejutkan semua orang sehinggakan Datin Hasnah menitis air mata kerana tidak menyangka Dayana berkata sebegitu.

Eddy memalingkan muka ke arah luar memandang bangunan-bangunan yang kelihatan dari pemandangan tingkap rumah tersebut.

“kita langsungkan perkhawinan ni bulan depan kerana lebih cepat lebih bagus, kalau begitu mama keluar dulu la sebab mama nak siapkan yang terbaik untuk langsungkan perkhawinan korang, bye” Datin Hasnah terus menjadi semangat untuk mengaturkan acara perkhawinan.

Setelah Datin Hasnah meninggal mereka, Dayana terus mengalirkan air mata kerana dia terpaksa setujui perkhawinannya dengan Badrul disebabkan tidak sanggup melihat keluarganya serta keluarga Badrul menaruh harapan yang tinggi kepadanya setelah sekian lama. Farah cuba memujuk Dayana kerana dia tahu sebab akan tindakan Dayana menerima lamaran Datin Hasnah.

Eddy yang telah lama mendiamkan diri meninggalkan Farah dan Dayana tanpa berpaling ke arah mereka.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now