part 22

95 3 0
                                    

Dayana dan Badrul serta Daren dan Sipah dan tidak lupa juga pada Izz Haikal berada di majlis milik syarikat Nergah Holding.
Izz Haikal berubah 360 darjah apabila berhadapan dengan Ida dan seperti tidak mengenali Ida langsung.

“kenapa dengan Izz ni?” pertanyaan yang muncul di benak fikiran Ida apabila Izz tidak mengendahkannya semasa Ida menegurnya.

Ida bagaikan terkesima apabila Izz tidak mengenalinya

“Ida, kau dengan Izz ada masalah ke?” tanya Fatin yang perasan tingkah laku Ida dan Izz.

“aku tak tahulah Fatin, dia macam tak kenal aku je” adu Ida.

“sabarlah Ida” Fatin memujuk Ida.
Eddy menyampaikan anugerah kepada Ida yang banyak membantu syarikatnya dengan mengantikan kedudukan Eddy semasa ketiadaan Eddy.

Selepas tamatnya sesi pemberian hadiah dan perhargaan

“tak cukup gelas la weh, aku pergi ambil dekat belakang eh” beritahu Dayana kepada Badrul.

“kau nak aku ikut tak” tanya Badrul.

“tak payah lah, nanti orang cakap aku pasang magnet pada kau, nak melekat je macam belangkas” tegah Dayana.

“yelah tapi hati-hati dekat belakang tu gelap sikit so ada yuryong(hantu)” usik Badrul dengan gaya hantunya.

“kalau ada pun, kau lah monster” bidas Dayana sambil ketawa.

“Dayana nak pergi mana?” tanya Eddy yang menghampiri Badrul.

“dia cakap nak ambil gelas” jawab Badrul sambil memilih makanan untuk dimakan.

“biar aku pergi tengok kejap sebab aku pun nak ambil gelas jugak ni” beritahu Eddy sambil meninggalkan Badrul.

Semasa Eddy berjalan menuju ke arah tempat gelas yang terletak berhampiran jalan raya dan kawasan yang gelap, dia terdengar seperti gelas pecah yang banyak dan dia terus berlari untuk melihatnya dan terkejutnya apabila dia melihat Dayana dipegang oleh dua orang lelaki yang berbadan sasa dan meronta untuk dilepaskan.

Dayana diheret oleh dua orang tersebut lalu dimasukan ke dalam kereta wira berwarna putih.
Tanpa melengahkan masa, Eddy berlari ke arah Daren lalu merampas kunci kereta skyline milik Daren di poket Daren.

“woi, kau nak pergi mana bawa kunci kereta aku tu” jerit Daren yang terkejut apabila Eddy bertindak merampas kuncinya apabila dia sedang bercakap dengan Sipah tentang pekerjaan.

Eddy tidak menghiraukan teriak Daren terus berlari mendapatkan kereta Daren lalu mengejar kereta wira putih yang menculik Dayana.

Salah seorang lelaki yang menangkap Dayana perasan bahawa Eddy mengekori mereka lalu memberhentikan di bahu jalan.
Salah seorang lelaki tersebut mengumpan Dayana supaya Eddy menghampirinya

“lepaskan Dayana” jerit Eddy yang menghampiri Dayana dan seorang lelaki itu dan tanpa disedari seorang lagi lelaki berada di belakang Eddy lalu memukul Eddy sehinggakan pengsan.

Eddy terjelopok jatuh di atas tanah dengan cecair merah pekat mengalir dari kepalanya.
seorang lelaki tersebut mengambil Eddy dan Dayana meletakkan di dalam kereta manakala seorang lagi mengambil kereta yang dipandu Eddy menuju ke tempat persembunyian mereka.

Dayana dan Eddy diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dengan dipenuhi air-con, Eddy diikat di atas kerusi manakala Dayana diikat dan diletakkan di atas lantai.

“Mr chil” teriak Dayana untuk mengerakkan Eddy tetapi seorang lelaki berkulit sawo berbadan sasa membuang kameja Eddy yang dipakai kemas dan kini Eddy memakai singlet dan berseluar slek lalu disimbahkan dengan air batu yang sejuk di kawasan berhawa dingin.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now