YANG PERTAMA

53 12 7
                                    

AKU, 10 TAHUN YANG LALU...

Sekolah rendah agama, sekolah kegemaran aku. Mengapa? Aku diajarkan agama, bernasyid, berselawat, marhaban dan segala apa yang manusia harus tahu berkaitan agama. Tetapi satu sahaja aku tidak turuti. Solat. Aku tak tahu kenapa, tapi aku penuh gaya barat. Aku dipandang gah oleh rakan-rakanku (faktor kekayaan sahaja). Biasalah, usia diwaktu sekolah rendah ini, kaya dipandang agung, miskin ditendang tepi.

Aku tidak bijak terhadap akademik sekolah kebangsaan, tetapi aku bijak terhadap akademik sekolah agama. Pelik bukan? Meskipun aku antara pelajar yang nakal, aku sering mengalahkan orang lain termasuklah kelas Alif(kelas hadapan). Aku, di kelas Ba(kelas kedua). Kelas terakhir adalah kelas Ta.

Aku tidak pandang serong terhadap semua pelajar. Aku terima sesiapa sahaja yang ingin berkawan denganku. Cuma ekspresi mukaku ini tidak gemar dilihat orang lain. Aku tidak mahir bergaul atau memulakan pengenalan dahulu kerana aku mengalami social anxiety. Mungkin sebab itu, mereka akan bilang aku ini sombong. Tak hairanlah, aku dah biasa.

Hei, aku ini pelik. Ramai orang kata aku ini terang hatinya kerana bacaanku lancar, mudah menyerap ilmu. Tapi aku tak solat. Sangat pelik. Tapi, apa yang paling pelik adalah aku sangat menghormati Tuhanku yang satu. Yang di atas sana. Yang memelihara kehidupan di Bumi. Yang memelihara makhluk dilangit, ditanah dan dilautan. Setiap hari aku berbicara dengan Tuhan. Apa sahaja yang terjadi padaku, akan ku ceritakan segalanya pada Yang Maha Esa.

Pulang dari rumah, aku akan berbicara denganNya.
---------

"Ya Tuhanku. Hari ini aku ceria!"

Aku tersenyum berbicara sambil mendongak ke langit.

"Aku ada seorang kawan. Garang orangnya. Namanya Ain. Selalu tegur aku kalau aku buat salah. Kadang-kadang aku tak suka dia sebab garang sangat. Tapi dia baik! Protective budaknya hahahaha"

Ya, Ain itu memang garang. Dahulu, ramai orang tak suka dia sebab dia dikatakan pencuri. Ada satu masa, dia berkata bahawa duit dia hilang dan dia syak budak kelas dia yang curi(aku rakan sekelas dia masa itu). Jadi, guru kami menggeladah semua barang kami dan terbukti bukan kami yang mencurinya. Ya, ramai yang tak suka dia tetapi aku hanya diam sahaja. Mungkin aku kaget, atau aku dalam dunia lain masa itu hehehe...

Itu dahulu. Kini, dia telah menjadi kawan baikku dan selalu ada disampingku.

Aku bercerita segala yang terjadi semasa aku disekolah dengan penuh ghairah. Sehinggakan aku tidak sedar pukul berapa waktu itu.

"Ya tuhanku, aku gerak dulu. Terima kasih sudi mendengar bicara aku!"

Angin meniup lembut sehingga aku berasa sungguh nyaman. Aku berasa seolah-olah Dia membalas senyumanku dan seolah-olah Dia berbicara denganku.

Aku tersenyum girang. Betapa gembiranya aku. Terima kasih Tuhan!

-YANG PERTAMA-

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now