DIA

15 3 0
                                    

Maafkan aku wahai Tuhan......

Aku hanya mampu termenung setelah hampir setengah jam aku memerah otak untuk menjawab soalan sains komputer. Bukan mudah bagi aku yang tidak mempunyai asas ini. Ini lagi tragis daripada menjawab soalan matematik. Huhuhu~

Aku mengeluh. Mungkin sudah putus asa. Aku perlukan sesuatu yang manis untuk menenangkan akal aku. Aku melihat telefon pintarku jikalau ada sesiapa yang mesej aku. Setelah memastikan yang tiada menghantar pesanan kepadaku selain maklumat homework daripada pensyarah, aku beralih ke arah sosial mediaku. Meskipun aku jarang bermain sebarang sosial media kecuali WhatsApp, aku juga perlukan sesuatu yang melekakan aku sebentar daripada rasa stres. Penat.

"Aduh!"

Aku terasa seperti ada seseorang yang memukul perlahan kepalaku dengan air tin minuman sejuk. Aku menoleh kearah kelibat tersebut.

"Cukuplah dengan telefon itu. Kerja tak jalan pun"

Agito rupanya. Cis!

"Orang rehat sekejap. Penatlah, soalan 4 ni tak dapat jawab lagi. Confuse sebab soalan ni kena guna selection atau repition."

"Ouh, nah air. Lepas solat tadi singgah beli air sekejap."

Agito hulurkan tin minuman oligo kepadaku, kegemaranku.

"Terima kasih"

Aku mengambil minuman. Sambil tin itu aku goncang, aku melihat semula soalan 4 itu. Cis! Sakit hatiku.

"Sofia, jangan berlagak tak tahu depan mata orang. It's a simple question"

Heh, mungkin di mata mereka, kami seperti pasangan kekasih. Tapi dimataku, agito ternyata hanyalah pesaing. Aku kalah padanya semasa semester pertama. Aku takkan kalah lagi di semester kedua.

Setelah hampir satu jam kami bertarung akal menjawab soalan, kami bercadang untuk berhenti memandangkan langit mula berubah warna.

"Teman orang pergi ATM.."

"Bukan haritu dah pergi dengan Eleven ke?"

"Sikit je orang keluarkan. Yang ni buat beli diamond hehehe"

Sepintar mana pun anda, dunia permainan tidak dapat dipisahkan.

"Yelah, jom"

Kami berangkat ke mesin ATM. Mesin itu tidaklah jauh mana, cuma mungkin agak memenatkan kalau anda bawa barang. Lagi-lagi buku. Kemudian...

"Ah!"

Aku terlanggar bahu seseorang. Bukannya sengaja, tapi mataku tak dapat melihat jelas kerana silau. Sedang aku toleh untuk melihat siapa orangnya, aku terkaku. Mata kami bertembung. Dia... Dia kelihatan terkejut meskipun dia cuba sembunyikan ekspresi tersebut.



Hera....

Dia, aku dah lama tak jumpa dia. Sejak insiden lama....

################################



"kau sama je macam diorang. Macam Nova! Kau nak cakap aku terpesong kan?!!"

-----------------------------------------------------------

"kau... Kau talam dua muka, Hauri!!! Kau... Kau selamanya aku tak akan maafkan!!!"

Hauri.....

Hauri.....

Hauri... ?
-----------------------------------------------------------

"Sofia?"

Aku tersentak. Panggilan daripada Agito tadi membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Hera.....

Hera menoleh kebelakang dan meneruskan langkahnya.. Tanpa menoleh kembali.. Tanpa menegurku.. Dia..... Dia tak berubah lagi.....

"Dia masih cuba hasut kembar dia untuk bermusuhan dengan kita ke?"

Aku hanya mampu diam. Persoalan Agito itu tidak mampu untuk aku berikan jawapan. Hera.... Hilia...... Mereka berdua adalah kembar. Dan aku tahu, dari awal lagi........

Hilia tak percayakan aku.......


Dan aku tahu yang kau juga sembunyikan sesuatu dari aku, Yang Maha Esa..... Tentang 'dia'...........






Yang Maha Esa Where stories live. Discover now