YANG KEDUA#2

32 8 0
                                    

-LUBUK GELAP-

Aku mengeluh panjang. Nampaknya mata sembap aku ini akan mengambil masa yang lama untuk kembali normal. Maka, aku buat keputusan untuk kembali ke kelas. Cukuplah aku mengambil masa yang lama dengan meraung tak ingat dunia. Aku tak mahu kehilangan jawatan aku sebagai seorang pengawas. Kakiku terasa berat sangat untuk ke kelas. Hatiku berdebar lebat. Tak terasa tenang diri ini.

Sesudah aku tiba di kelas, suasana nampak seperti normal. Gelak tawa kedengaran seperti hari-hari biasa. Tapi aku tahu, mereka berlakon. Mereka janggal. Aku tahu semua itu tapi aku cuba mengendahkannya. Aku mengambil tempat duduk supaya aku boleh tidur sekejap. Kemudian...

"Sofia, kau ok?"

Aku mendongak dan-
Ya Allah! Alangkah terkejutnya aku.

'Ida- Ida tegur aku?!'

Aku sedaya upaya mengawal diri aku supaya tidak kelihatan begitu terkejut umpama beruk melihat permata. Kenapa dia tegur? Hati aku-
Hati aku sakit.

"Kau ok tak? Nak apa-apa ke?"

Ida pegang tangan aku seolah-olah memberikan aku semangat. Heh, aku kenal aura ini. Aku kenal senyuman ini. Plastik. Aura kepuas-hatian setelah dia dapat apa yang dia nak. Melihat mata aku sembab membuatkan hatinya lebih puas. Aku kenal kau lama Ida, jangan tipu aku.

"Aku ok"

Itu sahaja lah yang mampu aku katakan. Aku menahan diri supaya aku tidak menangis seperti tadi. Benarlah ini semua politik. Orang kaya macam mana sekalipun, popular macam mana sekalipun tak mampu untuk mengalahkan orang berkuasa seperti dia.

"Ya tuhanku, hatiku terobek. Tikamlah aku sekalipun tak mungkin dapat mengalahkan hatiku yang sudah berdarah ini. Aku sakit. Tolong aku!"

---------------------------------------------------------

Malam lampu jingga,
Aku lihat dia disana,
Pelindung aku

Aku baring kepenatan. Cukuplah drama hari ini. Aku tidak larat. Dugaan apakah yang kau beri ini?
Aku cuba memejam mataku dengan harapan aku akan tidur. Malang sekali, aku sukar untuk tidur. Melihat lampu jingga, aku berfikir sejenak. Seandainya aku tidak dilahirkan manusia, aku jadi apa? Binatang? Kuman? Barbie?

Aku sunyi. Ya, aku sunyi. Aku perlukan teman. Aku pandang ke atas. Aku bayangkan diri aku melihat bintang, lautan galaksi yang penuh warna. Hari ini, aku lihat gemini.
Aku lihat bantal baru di atas almariku pula. Hmm, belum buka lagi. Baru ingat nak guna-

"Kau di atas sana. Siapa kau?"

Kelibat itu tersentak. Dia memandang aku dengan mata yang bersinar. Matanya seperti bintang. Rupanya seperti raja-raja dahulu. Agak tampan juga ya. Tapi, dia lagi berusia dariku.

"Siapa kau?"

"Raja"

"Raja? King?"

"Ya, Raja-"

"Raja King?"

"Panggil lah apa sahaja nama yang kau inginkan. Aku sudi terima."

"Bagaimana kau boleh ada dekat atas situ?"

"Kau yang panggil aku"

"Haa?"

Aku panggil dia? Tapi bagaimana? Aku ada guna ilmu hitam ke?

"Kenapa pula aku panggil kau? Aku tak kenal kau pun"

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now