FASA UBAH DIRI

16 3 0
                                    

Aku perhatikan suasana disekelilingku. Ada yang masih belajar, ada yang sudah pulang ke blok masing-masing. Ada juga yang sudah memulakan aktiviti riadah untuk hilangkan stres. Aku adalah salah satu daripadanya.

Aku termenung sambil duduk diatas padang, memikirkan nasib mungkin. Mungkin juga aku memikirkan kitaran hidup kami sebagai pelajar matrikulasi ini. Almaklumlah, sibuk sungguh kami memikirkan tiga assignment yang harus lengkap dan hantar pada minggu hadapan. Perit sungguh rasa penat ini.

Aku masih lagi berada di fasa perubahan. Masih lagi belajar agama. Masih lagi mengejar ilmu dunia akhirat. Setelah Yang Maha Esa menghantar 'mimpi' kepadaku sebanyak dua kali. Sudah dua tahun aku mendapat mimpi itu, masih segar dalam ingatanku. Aku yakin, itu adalah mesej dari Tuhan setelah berpuluh tahun lamanya aku mencari diri aku yang 'hilang'. Sudah sekian lama aku berada di lubang hitam, aku yakin ini adalah laluan cahaya yang jauh lebih terang dari cahaya bintang. Ini adalah cahaya taubat.

"Merenungkan nasib lagi ke, Hauri?"

Datang satu suara menyapaku. Aku tersenyum. Aku kenal suara itu.

"Kali ini kau baca apa dekat langit?"

Pemilik suara itu kemudian duduk di sebelahku, menantikan jawapan untuk soalannya.

"Aku baca kitaran hidup manusia"

Balasku kepada Hillia. Hillia merupakan kawan aku di matrikulasi ini. Dia.......ibarat diriku yang 'hilang'. Kami mempunyai rahsia hitam yang tak mungkin dapat diceritakan kepada orang. Hillia, atau nama sebenarnya adalah Afrina. Aku masih ingat lagi saat dimana dia datang menegurku. Seminggu juga lah aku mengambil masa untuk selesa dengannya. Maklumlah, aku yang menghidapi social anxiety ini semestinya sukar untuk memulakan bicara.

"Manusia ini, macam-macam warnanya bukan?"

Soal Hillia sekaligus membuatkan aku terhenti daripada mengelamun. Manusia, sudah semestinya mempunyai kisah silam yang berbeza. Mungkin juga kisah mereka itu cerah ibarat pelangi. Mungkin juga kisah mereka penuh dengan duka seperti awan mendung menunggu untuk hujan. Kami ini, ibarat awan mendung.

"Kalau tak ada warna, macam mana nak saling melengkapi?

Soal aku pada Hillia. Hillia tersenyum. Benar, kalau semua manusia warnanya putih, masakan pula mahu saling melengkapi kalau semuanya sempurna?

"Mana Nova? Tak turun padang ke?"

"Ouh, Nova ada perjumpaan. Sabtu ini kan ada karnival"

Balasku ringkas. Nova a.k.a Sofia. Kami berdua mempunyai nama yang sama. Oleh itu, kami bercadang untuk mereka nama panggilan yang unik untuk diri kami. Nova juga merangkap teman sebilikku di blok Polaris. Hillia pula di blok Mira. Sejak dua hari yang lepas, Nova begitu sibuk dengan urusan karnival Sabtu ini. Maklumlah, memegang jawatan sebagai PRD ini memerlukan hati yang kental.

"Agito tak join sekali ke? Ingatkan dia turun padang dengan kau."

"Ouh, Agito tak turun hari ini. Dia ada discussion dengan group assignment dia."

"Oooooo... Kau dah siap ke?"

"Hampir."

Jawabku pendek. Hari ini, kami hanya menikmati suasana di padang memandangkan kami kehilangan idea untuk aktiviti riadah hari ini. Bila usia semakin dewasa, aku hanya memikirkan apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Tapi, apa yang aku kerap memikirkan ialah berakhirnya dunia ini semasa hari kiamat. Oleh kerana aku begitu banyak melakukan dosa pada masa lalu, aku memikirkan bahawa aku layak atau tidak untuk memasuki Syurga, imanku, amalanku, apakah cukup untuk aku melepasi rintangan 'itu'?

"Kau......ada takut sesuatu?"

Tanyaku pada Hillia.

"Takut apa?"

"Apa sahaja, yang kau paling gerun."

Hillia diam sejenak. Mungkin sedang memikirkan jawapan.

"Aku......tak pasti. Kau pun tahu bukan, hidup aku ini complicated. Mungkin aku tak dapat nak berikan jawapan sekarang."

Aku hanya mengangguk kemudian kembali melihat langit.

"Kenapa? Kenapa kau tanya?"

"Tak ada apa. Saja nak tahu."

Aku hanya memberikan jawapan palsu. Sukar untuk aku memberikan jawapan sebenar. Benda yang aku paling takut adalah benda yang paling dahsyat, yang digeruni oleh manusia, yang ditakuti oleh Yahudi. Hari dunia musnah, hari di mana berlaku kemusnahan yang manusia tidak dapat bayangkan. Hari kiamat. Aku bukan sahaja tidak solat, malah banyak lagi rahsia hitam yang aku rahsiakan pada kalian dari masa silamku.

"Jom pergi cafe, aku belanja ice blended. Teringin nak minum."

"yessssssssss. Dua minggu aku mengidam."

Aku hanya ketawa dengan karenah Hillia. Sepanjang dua semester ini, aku banyak meluangkan masa dengan Hillia. Cuma, semester kedua ini, kami kurang bergaul kerana tugasan.


"Ya Tuhan, seandainya kau ingin mengakhiri dunia ini, sekurang-kurangnya izinkanlah aku untuk melakukan ibadah sebanyak yang mungkin. Aku tak pasti ibadah aku ini setinggi gunung, tapi aku takut hanya kerana masa silamku. Seandainya Kau ingin memberikan petunjuk, aku mohon berilah sekarang atau masa yang terdekat sebelum tibanya hari tersebut. Sebelum aku mati......"

************************************

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now