#

15 3 0
                                    

"Wahai Tuhanku, langit waktu malam ini, ternyata lagi indah daripada langit waktu siang. Tuhan, andainya waktu itu bisa diputar, aku mohon kembalikanlah aku waktu aku masih jahil agar aku mampu ubahkan diri aku. Oh Tuhan, seandainya aku masih waras, aku tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu. Tuhan, kenapa aku diberikan ujian yang tidak mungkin aku mampu jalani? Tuhan, aku-"

"Hauri..."

Aku tertoleh mencari empunya suara yang memanggil namaku. Nova, teman sebilikku. Kadangkala, aku bersimpati dengannya. Hari-hari pulang dalam keadaan stres dan penat sehinggakan kerja kuliah tidak disentuhnya. Aku hanya mampu tersenyum. Walaupun Nova ini menunjukkan sikapnya yang garang dan mungkin agak terbuka bagi semua orang, aku yakin Nova ada simpan sesuatu yang tidak mahu diketahui oleh semua. Bagaimana aku tahu? Setiap masa aku membaca reaksi orang. Aku dapat rasa perasaan orang.

"Penat?"

Soalku sambil senyum kearahnya.

"Hmm, entahlah. Aku sakit hati dengan mamat tu. Bagi aku banyak kerja pula. Kertas kerja tak siap lagi. Aku penat."

"Hahaha. Pergi mandi dulu, kemudian cerita."

"Malam ni, bilik Indera. Makan maggie."

"Siapa lagi yang join?"

"Aries."

-----------------------------------------------------------

Tuhan,
Seandainya sakit ini begitu perit,
Bahkan lagi perit daripada ditikam badan,
Malah lagi perit daripada ditikam belakang,
Aku mohon kepada-Mu,
Izinkan aku mengakhiri nyawaku,
Izinkan aku mengakhiri duniaku,
Ampunkan aku.
Aku tak mampu untuk hidup.
Aku cuma.....tak mampu

************************************

"Kenapa kita kena ucapkan kalimah syahadah sedangkan kita dah memang Islam?"

"Amboi, soalan kemain nak deep...."

Balas Nova. Hilla, dia ini hebat berkata-kata. Maklumlah, pernah menyertai pertandingan debat. Apa sahaja buku sudah pasti diserap oleh pemikirannya. Lihatlah, soalannya juga bukan main pedas.

"Aku tanya saja. Curious."

"Aku tak pandai nak bahas jawapan kau ini. Aku risau aku salah cakap."

Balas Aries. Aku juga rapat dengan Aries. Dia juga merupakan orang yang berani menegurku. Aries atau namanya Siti, kini menjadi rakan yang selalu bersamaku.

"Aku pun."

Ruby membalas pendek. Ruby atau Amiera. Dia ini sempurna bagiku. Baik, nampak ayu, sejuk mata memandang. Jika hendak dibandingkan aku dengan Ruby, kami bagaikan langit dengan bumi. Ternyata ramai akan memilih Ruby lebih daripadaku. Ruby pandai berkias dalam menjaga hati orang, aku ini tidak walaupun aku cuba semampu aku. Mungkin hati aku ini telah lama sakit, mungkin lah.

Aku hanya diam sahaja dalam sesi perbahasan mereka. Mungkin aku kelaparan atau mungkin, aku juga tidak pandai untuk memberikan jawapan itu. Bagaimana pula anda?

"Hauri, tahu tak jawapannya?"

Soal Hillia.

"Aku ingatkan kau tanya Nova."

"Nova diam je."

Aku pandang Nova. Aku tahu Nova punya jawapan.

"Syahadah. Satu-satunya kalimah yang mebuktikan kebesaran Tuhan. Bukti tiada Tuhan selain Allah. Rukum Islam yang pertama. Kenapa syahadah dulu baru solat 5 waktu? Syahadah ini, ibarat pintu cahaya. Sebab, syahadah merupakan pintu kemasukkan Islam bagi mereka yang memeluk Islam. Terbukti, 'tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'. Cukup menyatakan syahadah, dapat membuktikan bahawa Tuhan itu satu. Tak perlu sembah benda thaghut."

Aku memberikan jawapan yang merupakan pendapat aku. Aku tidak pasti apakah jawapan ini diterima atau tidak.

"Err, seeloknya tanya pakar ya. Aku kata ikut logik akal. Takut aku bagi jawapan salah."

Nova menepuk bahuku, tanda semangat. Hillia hanya senyum, juga berikan semangat. Begitu juga Aries dan Ruby.

"Tak dating ke hari ini?"

Hillia ubah topik. Soalan itu ditujukan kepadaku. Cis.

"Malas."

Aku hanya membalas ringkas sambil berharap agar Hillia tidak tanya lagi tentang Agito. Haih, kawanku ini.

-----------------------------------------------------------

Tuhan,
Seandainya sakit ini begitu perit,
Bahkan lagi perit daripada ditikam badan,
Malah lagi perit daripada ditikam belakang,
Aku mohon kepada-Mu,
Izinkan aku mengakhiri nyawaku,
Izinkan aku mengakhiri duniaku,
Ampunkan aku.
Aku tak mampu untuk hidup.
Aku cuma.....tak mampu



Maafkan aku wahai Tuhan

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now