YANG KEDUA

49 10 6
                                    

AKU-9 TAHUN YANG LALU-

Mungkin aku terlupa untuk beritahu kalian. Aku ini, tidak punya ramai kawan. Tak semestinya hari-hari aku ini penuh dengan matahari. Ada juga harinya dimana hujan singgah dihatiku. Oh ya, ada juga tahap di mana orang kaya pun tak mampu nak menang kalau ada orang berkuasa yang muncul. Untuk kes ini, aku berkawan dengan seorang anak guru.

Di waktu sekolah rendah, anak guru lah yang paling berkuasa. Sehebat mana pun kita, tak mampu nak mengalahkan anak guru.

Satu hari, aku dituduh mengejek dia kerana berkulit gelap. Masih ingatkah kata-kata ku sebelum ini? Aku terima sesiapa sahaja yang ingin berkawan denganku. Aku tak pandai pilih kawan. Masih kecil lagi kan? Tahu main saja lah. Aku terkejut. Bayangkan, aku berkawan dengannya sejak kami berusia 8 tahun. Walhal bukan aku yang berbuat demikian.

Aku dihadapkan ke kelas darjah 4. Waktu itu, ibunya ingin berjumpa denganku. Bayangkan, ramai yang mengenaliku, sudah pasti akan timbul gosip sekali lagi berkaitanku.

"Sofia, cuba beritahu cikgu. Betul ke awak ejek Ida?", soal puan Ros kepadaku.

"Tak cikgu, saya tak pernah ejek dia. Kami elok saja tadi waktu kelas musik."

"Awak cakap betul-betul. Ida sendiri beritahu saya."

Kaget. Buntu.

'aku duduk sebelah dia, mustahil aku nak ejek dia depan-depan macam itu?!'

'kenapa aku selalu dituduh macam itu sekali? Apa dosa aku?!"

"Bukan saya cikgu. Budak lelaki yang ejek dia. Saya cuma dengar. Tak terlintas langsung saya nak ejek Ida."

"Kamu tahu kan, kisah Bilal Bin Rabbah?"

----------------------

Aku menangis. Semahu yang mungkin aku menangis. Di 'lubuk gelap' sahaja lah aku mampu meraung. (lubuk gelap itu tandas ya hihi)
Aku tak sangka aku dikenakan sebegini. Cikgu Ros itu adalah guru kelas aku. Kami hidup berjiran. Sudah pasti hubungan kekeluargaan kami rapat.

Semahu yang mungkin, aku menumbuk tanganku ke dinding. Kotor pun kotor lah. Amarah aku biarlah tiada siapa yang tahu. Ya, aku marah. Tapi aku tak pandai mengekspresikan kemarahan aku. Maka, aku menangis.

"Ya Tuhan!"

Aku mengadu, aku ingin mengadu!

"Aku sakit, tolong aku Tuhan!!"

-----------------

"Kamu tahu kan, kisah Bilal Bin Rabbah?"

Aku tersentak. Sudah pasti aku tahu. Kenapa cikgu Ros tanya aku soalan sebegitu?

"Bilal ini, kulitnya gelap"

Aku diam seribu bahasa.

"Tapi kamu tahu tak? Bilal ini suaranya merdu. Sangat lunak suaranya ketika beliau azan. Bahkan Nabi SAW berkata Bilal ini antara ahli syurga!"

Aku sedaya upaya menahan air mataku. Seluruh kelas memandangku. Merah mukaku ini hanya Tuhan yang tahu.

"Apa yang saya ingin sampaikan ialah jangan sesekali menghina orang dari luaran. Lihat dalamannya juga. Walaupun kulit gelap, bukan bererti tidak layak untuk berjaya, bernafas dan bergembira"

"Tapi bukan saya yang ejek Ida-"

"Ya, saya tahu. Tapi ingat kata-kata saya. Sofia, awak anak murid yang paling saya sayang sebab awak rapat dengan Ida. Awak berkawan dengannya. Saya tahu, awak baik."

Sekali lagi, aku diam seribu bahasa.

"Sekarang, awak pergi minta maaf dengan Ida. Tak mengapa, mungkin awak tak bersalah. Ida ada cakap ada dua orang budak lelaki yang mengejeknya juga. Betul ke?"

"Betul, cikgu."

"Okay. Dah, masuk ke kelas"

Aku menurut arahannya. Salam dengannya sambil mendengar nasihat yang aku sendiri tidak dengar dan aku selaju yang mungkin membawa kakiku ke 'lubuk gelap'.

"KENAPA?!????"

Aku meroyan semahunya.

--------------

Ya. Sakit hatiku bila mengingati peristiwa tersebut. Dengan lemah, aku mendongak ke atas. Aku penat.

"Ya Tuhanku! Apa nasib aku ini? Aku penat! Aku penat! Aku tak buat apa-apa pun. Kenapa aku yang kena? Kenapa? Kena-"

Aku tak tahan. Aku kembali menangis sekuat mungkin.

"Kenapa aku kena lalui semua ini? Aku asyik gaduh dengan Ida je. Apa yang aku buat sampai dia tak puas hati? Kenapa asyik ada salah faham saja? Tuhan, aku ini tak layak ke untuk berkawan dengan manusia? Aku seboleh yang mungkin menjaga hati mereka supaya mereka mahu berkawan dengan aku. Tapi kenapa ini yang aku dapat? Aku ini, tak layak untuk mempunyai kawan ke? Memang tak layak ke? Memang ini kah nasib aku? Dituduh sebegini rupa. Aku dimalukan. Aku tak tahu nak buat apa. Aku penat wahai Tuhan. Aku penat!"

Setelah beberapa waktu aku di dalam tandas, aku berasa lega. Berulang kali aku membasuh mukaku supaya aku tidak kelihatan begitu teruk. (haih, tipu saja. Teruk juga mukaku ini)
Dengan langkah yang lemah, aku kembali semula ke kelas aku.

-YANG KEDUA-

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now