-

7 2 0
                                    

"Hera kata apa je?"

"Dia tak kata apa. Dia terus pergi."

Kami berlima berehat di tempat biasa. Berhampiran dengan perpustakaan. Aku bercadang untuk ceritakan insiden semalam pada Nova, tapi memandangkan semuanya ada disini kecuali Hillia, aku ceritakan saja semuanya pada mereka.

"Hera masih salahkan kau lagi?"

Ruby bertanya padaku. Aku sekadar mengangkat bahu. Indera memberikan pandangan kurang selesa. Begitu juga Nova. Aku tahu mereka tak sukakan Hera atas apa yang dia katakan pada aku dan Nova.

"Tuhan, seandainya aku bisa melihat Kau, apa patut aku buat? Apa patut aku sampaikan kalau aku bertembung dengan Hera lagi?"

Aku tahu, aku tak mungkin dapat jumpa Tuhan dengan mata kasarku. Sekurang-kurangnya, bukan di dunia ini.

"Hilia-"

Mata kami berempat beralih pada Aries saat dia membuka kata.

"Kenapa Hilia masih berkawan dengan kita kalau dia sendiri tak percayakan kita? Aku tahu dia tak suka kita. Bukannya kita nak kutuk kembar dia..."

Kami membisu. Kami masih tak tahu apa motif Hilia. Susahkan? Bila kita berkawan dengan ramai orang, kita kena jaga hati semua. Tapi hati sendiri, pernah anda hargai? Pernah tak mereka hargai?

Tak..... Mereka tak akan hargai...... Sikit pun......

Nova menepuk bahuku saat mula menyedari aku sudah mula mengelamun.

"Lebih baik kita jumpa Hilia sendiri. Kalau dia tak nak cakap, tak mengapa. Aku sendiri jumpa kembar dia."

Nova memberi penegasan. Ruby seperti tidak setuju dengan kata Nova.

"Agaklah, kau nak kita gaduh lagi ke dengan diorang?"

Nampaknya, Indera juga tidak setuju.

"Sampai bila kita nak biarkan diorang buat macam ni dekat kita? Dekat Hauri? Sampai bila? Kau Indera! Kau pun tahu bukan apa yang Hilia cakap belakang Hauri. Kau tahu bukan?!"

Mata Indera membuntang. Terkelu. Begitu juga yang lain. Diam seribu bahasa. Aku...... Aku hanya menundukkan kepalaku. Dadaku terasa sempit.

"Wajar ke seorang kawan makan kawan sendiri hanya sebab dia kata 'sujud pada Tuhan kalau sedih'? Wajar ke? Aku tahu Hilia kutuk belakang aku juga. Hanya sebab diorang tak nak dengar nasihat berlandaskan agama, diorang toleh belakang dan kata aku dengan Hauri tak faham diorang? Apa diorang tahu masa silam aku? Masa silam Hauri?! Apa diorang tahu apa jadi dekat Hauri masa-"

Aku tarik lengan Nova, dengan harapan dia tak buka kisah silam aku. Kisah silam aku, hanya Nova dan Supra saja tahu. Supra, meskipun kami satu kolej, kami jarang berjumpa dek kelas yang berbeza. Supra selalu bersama aku saat susah dan senang. Begitu juga sebaliknya. Saat Supra dipinggirkan satu kelas, hanya seorang sahaja yang berani menegurnya. Aku. Aku tahu bukan dia yang lakukan apa yang mereka kata.

"Aku tak ready lagi nak bagi diorang tahu masa silam aku."

Nova hanya mengeluh.

"Hera pernah kata, dia mula tak percayakan Tuhan"

Kami terkejut. Sangat menyesakkan dada dengan penyataan ni.

"Kau merapu apa Indera?"

Nova seperti meninggikan suara. Seakan tidak percaya dengan apa yang Indera katakan.

"Aku tak tipu. Dia sendiri bagitahu aku. Kau pun tahu, apa saja masalah dia akan cerita dekat kembar dia, kau, aku dan Hauri. Walaupun si kembar tu rapat dengan Ruby, bukan semua masalah dia cerita dekat Ruby, apatah lagi Aries. Sejak kau berdua bagi nasihat, dia tak pernah percayakan korang. Katanya, apa guna Tuhan kalau dia merayu sekalipun, Tuhan tak pernah jawab pertolongan dia."

Aries mengeluh berat. Aku pegang dadaku. Ya Allah, kenapa sesak sangat dadaku ini?

"Hera...... Hera atheist?!"

Ruby masih tak percaya.

"Hampir"

"Tapi kenapa?"

Begitu juga Aries.

"Aku tak tahu. Mungkin, dia dah putus asa...."

Indera seperti tiada jawapan lain. Berat bagi kami untuk menangani ujian ini. Hanya sebab Tuhan menguji manusia dengan setitis air, ia ibarat manusia berhadapan dengan banjir kilat yang tiada penghujungnya.

Kami sebagai manusia, tidak pernah lari dengan ujian Tuhan. Tuhan menghadirkan setiap umat dengan rasa yang berbeza. Nikmat yang diberi, azab yang diberi, bukan semua mempunyai rasa yang sama. Bahkan nikmat juga satu ujian. Kufur nikmat. Kufur hakikat. Semua akan dirasai oleh setiap umatNya. Tapi, semua akan merasai pengakhiran yang manis jikalau mereka mampu menghadapi dengan sabar.

Namun, sekuat mana pun manusia, jika terkena setitis ujian Tuhan, tumbang juga kalau mereka tidak percayakan keimanan mereka pada Tuhan. Semuanya akan salahkan dunia. Dunia kurang nikmat. Dunia kurang kasih dan sayang. Dunia kejam. Dunia tidak adil. Walhal apa yang mereka salahkan itu adalah takdir Tuhan. Hanya doa yang tak putus, zikir yang berpanjangan dan kudrat untuk tidak tinggalkan lima waktu serta penambah perisa dengan melakukan solat sunat, mampu untuk mengubahkan takdir mereka dengan izin Tuhan. Apakah kamu masih mahu teruskan untuk tidak percaya akan kata-kata Tuhan? Apakah anda masih mahu teruskan dengan fana anda sendiri?


Maka nikmat Tuhan apa kah yang engkau dustakan wahai manusia?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Yang Maha Esa Where stories live. Discover now