Menyelamatkan Mayaloka

107 2 0
                                    

Kesuntukan masa. Irfan tak tahu sama ada frasa itu sesuai tak untuk digunakan di sini, di Mayaloka. Tempat di mana semuanya...maya. Mungkin konsep masa di luar sana tak terpakai di sini. Masakan tidak, sudah terlalu lama dia berlari, tapi peluh lansung tak setitik pun keluar dari badannya.

Tubuhnya bergerak, jantungnya berdenyut. Naik turun dadanya menyedut nafas. Tapi peluh tak juga keluar. Ataupun mungkin konsep masa itu ada di alam ini. Cuma, tubuhnya sahaja yang tak boleh berpeluh. Yelah, semuanya kan maya.

Mungkin juga, disebabkan semuanya maya, dia boleh berlari selaju yang mungkin. Melompat dari bumbung ke bumbung. Menjadikan bangunan 50 tingkat sebagai taman permainannya. Geraknya tangkas, pantas. Lincah bak atlit parkour professional.

Batang besi menjadi tempat penghayun, perancah menjadi landasan, dan segala macam tingkap di sisi bangunan menjadi tempat bagi kakinya berlari. Gayanya bak Captain America yang sedang mengejar masa demi menyelamatkan dunia. Ya, bukan atlit parkour. Tapi adiwira.

Destinasinya satu, piramid mega. Misinya? Menyelamatkan piramid mega daripada musnah. Kerana bila hancurnya piramid mega, hancurlah mayaloka.

Irfan bangun pagi tadi di biliknya seperti biasa. Matanya terus memandang siling yang bergantung candelier dengan lampu yang hidup, menandakan siang hari sudahpun tiba. Sambil menggosok mata, Irfan bangun dan turun dari katil. Mata Irfan kini menoleh pada jam di dinding. Pukul 8 pagi. Di bawah tertulis 600 jam, dalam paparan digital berwarna merah. Tempoh masa dia sudah berada di Mayaloka.

Irfan tersenyum. Positif. Mungkin inilah harinya. Walaupun dah beratus kali mencuba, mungkin inilah harinya. Tanpa berfikir panjang, Irfan terus memulakan rutin harian.

Dia ke bilik air. Membasuh muka, dan mengggosok gigi. Sambil lama memerhatikan cermin. Mengagumi wajahnya sendiri yang kacak bak pelakon pujaan wanita. Selepas puas berangan, Irfan akan terus ke dapur. Memasukkan roti dalam pemanggang, sambil menuangkan kopi ke dalam cawan.

Itulah yang dilakukan Irfan hari demi hari. Rutin yang dilaksanakan secara autopilot, tanpa disedari. Tapi hari ini lain. Hari ini ada sesuatu yang berbeza. Dan Irfan menyedarinya, ketika dia sedang enak menghirup kopi, memerhatikan pemandangan di luar anjungan apartmen.

Terbeliak mata Irfan bila matanya terpandang piramid mega. Permukaannya yang berwarna emas itu masih lagi bersinar terang, memantulkan cahaya matahari. Saiznya yang besar dan meninggi melepasi semua bangunan yang ada, menimbulkan rasa kagum pada sesiapa yang melihat. Tapi hari ini, kelihatan asap berkepul menaik dari piramid mega, memadam sedikit kerlipan emas yang ada di permukaannya.

"Mikail!" Irfan memanggil. Sebuah hologram terpancar di tengah bilik. Memaparkan humanoid AI berbadan perak. Wajahnya hanya kosong, tak menampakkan sebarang emosi. Tapi setia dia menyahut seruan Irfan.

"Ya, tuan."

"Apa yang jadi kat piramid mega?"

"Sekejap tuan. Kalau mengikut pada aliran informasi yang ada, nampaknya piramid mega diserang pengganas!"

"Pengganas?! Siapa? Pawaka?"

"Ya, tuan. Pawaka dan orang-orangnya sudahpun merampas piramid mega dan menahan tebusan."

"Bedebah! Berani dia berbuat durjana di Mayaloka! Mikhail, sediakan sut aku. Aku ada perhitungan dengan Sang Pawaka!"

Dengan sut perlindungan di badan, Irfan kini berlari. Menggunakan bumbung bangunan sebagai laluan. Kini piramid mega sudah dekat di depan. Seluruh tubuhnya kini berada di dalam lindungan bayang piramid yang besar itu. Dengan asap berkepul-kepul bertiup ke arah Irfan, memudarkan sedikit pandangannya.

Koleksi CerpenDonde viven las historias. Descúbrelo ahora