Kepala Kuda-Bahagian Akhir

29 0 0
                                    

 Kiren bersandar di kerusi, sambil mendengar dengan tekun. Matanya sekejap-sekejap memandang Rahman dan Chin, yang sedang berdiri di hadapan pasukan keselamatannya. Mereka berdua saling bertutur, seperti sedang berdansa kata. Rahman memulakan, Chin menyambut. Ada kalanya Chin yang berkata dan Rahman tukang mengiakan.

Kiren memandang pula pada ahli pasukannya. Tak ramai, termasuk Rahman dan Chin, ada lebih kurang 8 orang yang tinggal. Kebanyakannya sudahpun terkorban ketika malapetaka yang melanda mereka sekarang. Malapetaka yang ketika ini sedang diceritakan asal usulnya oleh Rahman dan Chin.

Dan bila sahaja Rahman dan Chin menghabiskan bicara mereka, mereka terdiam lalu memandang pada Kiren, menunggu reaksi darinya. Membuatkan dia merasakan yang dialah orang terakhir yang mendengar kisah itu.

"Kapten?" soal Rahman, bila melihatkan tiada respon dari kaptennya. Secara jujurnya Kiren tak mampu nak menyediakan reaksi sepantas yang mungkin. Segala yang didengarnya terlalu baru buatnya. Gas yang boleh menukarkan manusia menjadi raksasa? Sukar untuk dia hadam, apatah lagi untuk menerimanya.

Tapi dia perlu tawarkan jawapan, dengan pantas. Kerana hanya dalam beberapa minit sahaja lagi Kenari yang mereka naiki akan tiba di stesen Bernard. Setiap seorang dari anggotanya sudahpun lengkap dengan sut mereka, dan juga senjata. Masing-masing sedang menunggu arahan ataupun strategi bijak darinya. Kerana itulah Kiren akhirnya bangun dan menghampiri pasukannya yang sedang menunggu.

Rahman dan Chin pantas merapatkan kaki mereka, berdiri tegak tanda hormat pada ketua pasukan. Tapi Kiren terlebih dahulu mengangkat tangannya, meminta semuja anak buahnya untuk ber 'senang diri'.

"Dua benda yang kitab oleh simpulkan dari carita Jamal tadi. Pertama, gas itu tak mampu menyentuh kita, selagi sut yang pakai intact. Jadi pastikan kita sentiasa pakai sut tu, dan jangan sesekali bukak," tutur Kiren, yang mula mengambil keputusan untuk menerima sahaja cerita Jamal itu.

Ahli pasukannya pula mengangguk, tanda faham dan setuju dengan arahan kapten mereka. "Kedua, ada.... raksasa..."

Kiren terdiam sebentar. Perkataan raksasa yang keluar dari mulutnya tadi pun dah dirasakan mengarut, tapi dia tak pula pilihan lain dari menerima sahaja apa yang terbentang di depannya.

"Kalau mengikut pada cerita Jamal tu, mereka yang bertembung dengan gas tu, boleh bertukar menjadi raksasa. Dan bukan sahaja sebarang raksasa. Raksasa yang punya kekuatan fizikal yang hebat, sehingga mampu memecahkan kebuk eksperimen. Jadi, kita semua kena berhati-hati. Sentiasa bersedia dengan senjata di tangan," tutur Kiren lagi.

"Stesen Bernard, ETA, 2 minit," tutur juruterbang melalui sistem pengumuman.

"Bersiap semua. Dan tunggu di dek bawah," arah Kapten Kiren. Semua yang ada di situ mengangguk lalu terus beredar. Meninggalkan Rahman dan Chin yang masing-masing masih lagi berdiri memandang Kapten Kiren dengan wajah yang curiga.

"Kapten tak percaya cerita kami?" soal Chin, tak berlapik.

Kiren mengeluh. "Maafkan aku Chin, kalau aku susah nak percaya apa yang baru sahaja aku dengar. Tapi walau apapun, itu sahaja maklumat yang kita ada. Jadi nak tak nak, aku kena terima."

Jamal dan Chin saling berpandang sekali lagi lalu mengangguk, setuju denga napa yang dikatakan Kiren.

"Yang paling penting sekali sebenarnya misi kita. Kita kena bawak pulang seberapa banyak yang boleh mayat kawan-kawan kita yang terbiar di stesen."

"Dan selamatkan yang mana yang masih hidup," celah Rahman.

Kiren tak menjawab, sebaliknya terus melangkah meninggalkan Rahman dan Chin sambil berkata, "Kalau masih ada yang hidup."

Koleksi CerpenWhere stories live. Discover now