Kampung Seribu Kubur

126 2 0
                                    

Yep. Kau orang semua tak salah baca. Memang itulah namanya kampung aku. "Kampung Seribu Kubur".

Tapi kalau orang yang baru nak kenal dengan aku, tanya aku asal mana, aku akan jawab dengan ringkasnya, "KSK". Bunyi macam gempak kan, moden gila. Padahal kampung je.

Kalau mereka nak tahu apa maksud "KSK", sampai ke sudahlah aku tak akan beritahu. Tak kisahlah kau bagi aku RM 1000 ke, kau ugut aku ke, aku tetap tak akan beritahu nama kampung sendiri. Sebab jujurnya kalau aku beritahu, ia hanya akan menimbulkan pelbagai persoalan yang aku sendiri tak tahu jawapannya. Pada awalnya lah. Sekarang, ketika aku sedang menulis nukilan ni (eceh, bahasa sastera), aku dah tahu dah asal usul nama kampung aku. Sesuatu yang aku akan ceritakan pada kau orang semua hari ni.

Dalam berpuluh kawan dan awek (seorang je eh) yang aku ada, tak ada siapa pun di antara mereka yang tahu tentang kampung aku. Jadi bila awek aku kata nak ikut aku balik kampung, aku terus jadi tak senang duduk.

"Sayang nak buat apa?" soalku kembali.

"Eh dia boleh tanya pulak. Minggu lepas B buat apa?"

Aku yang masih kurang mengerti sekadar mengangkat bahu.

"B lupa ke, B ikut sayang balik kampung?"

Kampunglah sangat. Padahal rumah mak bapak dia kat tengah kota Melaka.

"Yelah, sebab awak yang ajak," balasku kembali.

"Saya dah bawak awak jumpa mak bapak saya. Mereka dah restu perhubungan kita. Bila awak pula nak bawak saya jumpa mak bapak awak?"

Aku terdiam. Soalan itu merupakan salah satu soalan yang tersimpan dalam "Bank Soalan Maut Bercouple" yang pernah diingatkan kawan aku satu ketika dulu. Dihentam dengan soalan itu ketika aku sedang enak menjamu chicken chop yang bersalut cheese benar-benar boleh mematikan selera makan.

"B...." panggil Intan, awekku. Tak ada kelembutan atau kemanjaan lagi dalam panggilannya. Hanya desakan bersalut amarah.

"Pertama, B dah tak bapak, B ada mak je," balasku, yang meletakkan kedua-dua sudu dan garpu di atas pinggan.

"Ok, sayang faham. Sayang mintak maaf," tuturnya, kembali lembut dalam nada suara.

"Kedua, kampung B memang kampung betul. Takut sayang je tak selesa nanti," tuturku menyampaikan hujah. Ketika itu aku lihat Intan mengeluh, dan turut sama meletakkan sudu dan garpunya. Adakah ini petandanya yang aku sudahpun beroleh kemenangan pertama?

"B, B lupa ke yang sayang ni pun asal dari kampung jugak? Kampung mak sayang kan kat Kedah sana tu,"balas Intan.

Hm, dah keluar dah loghat Kedah dia. Kalau tak, sampai ke sudah cakap macam orang KL, fikirku di dalam hati.

Melihat tiada jawapan dariku, Intan bersuara sekali lagi, "B, boleh kan, bawak sayang balik kampung B, jumpa mak b?"

Aku tersenyum. Seboleh-bolehnya aku tak mahu membawa Intan ke tempat yang bukan-bukan. Walaupun kampung tu adalah tempat asal-usulku. Tapi aku tak punya pilihan lain, melainkan menuturkan ayat persetujuan. Aku tak mahu memanjangkan perbincangan.

"Macam nilah, B tanya mak b dulu, boleh ke bawak anak dara orang balik kampung," tuturku, mengharapkan kata-kataku itu cukuplah sebagai penamat. Intan tak menjwab, sebaliknya hanya tersenyum dan menyambung kembali suapannya. Ketika itu, aku menganggap yang aku sudahpun beroleh kemenangan kedua. Tapi tanpa aku tahu, yang aku hanyalah memenangi satu dua pertarungan, Intan sudahpun memenangi peperangan.

Ditakdirkan, pada malam Ahad, dua hari kemudian, aku mendapat panggilan dari mak.

"Mak dengar citer menantu mak nak ikut sama balik sekali minggu depan?"

Koleksi CerpenDonde viven las historias. Descúbrelo ahora