LAR | 04

129 10 0
                                    

"ABANG..." Raisha mendekati suaminya yang baru sahaja pulang dari kerja. Anak dan anak buah sudah melesap setelah menyambut bapa dan bapa saudara mereka tadi.

Pada ketika ini, mereka sekeluarga berada di rumah abang dan kakak iparnya. Si kakak memintanya mengajar cara membuat menu kegemaran si kembar. Itu yang dia pujuk suaminya untuk berbuka puasa lagi di rumah si kembar hari ini, walaupun semalam sudah berbuka bersama.

"Sayang..." Raykal ukir senyum kepada isteri walaupun wajahnya jelas kepenatan setelah seharian di tempat kerja. Hari ini, dia turun ke tapak projek. Dengan cuaca yang panas terik dan keadaan diri yang sedang berpuasa, sememangnya dia begitu lelah.

"Nak peluk!" Manja Raisha meminta tatkala tubuhnya sudah berhadapan dengan tubuh suami. Kedua belah tangan dihulur kepada lelaki itu.

Melayan permintaan isteri kesayangan, Raykal ikut membuka kedua belah tangannya. Menapak satu lagi langkah ke hadapan. Namun, apabila pelukan ingin disatukan, ada sesuatu yang menghalangnya.

Mereka suami isteri saling berpandangan sebelum anak mata masing-masing menghala ke arah gangguan yang dimaksudkan.

Raykal ketawa. "Anak-anak abang jealous Hanani minta peluk dengan abang."

Raisha juga ketawa bersama.

Setelah ketawa mereka reda, Raykal mendekatkan wajah dan bibirnya berlabuh di dahi si isteri.

"Nanti abang peluk Hanani waktu nak tidur ya." Ayat memujuknya walaupun wanita itu terlihat baik-baik sahaja. Eloklah dia pujuk awal-awal. Karang tiba-tiba datang angin puting beliung isterinya, dia juga yang terkapai-kapai sendiri.

Raisha mengangguk dalam senyuman. "Macam tu... nak kiss!" Dia meminta dengan nada suara dan lagak yang manja. Wajah ditadah ke arah suami.

"Eh? Tadi tu, abang buat apa, sayang? Abang cium dahi Sha, kan?"

"Mana cukup! Tak sampai sesaat pula tu!"

"Sayang..." Raykal menegur. Si isteri mula lagi... Dia bukan tidak boleh layan permintaan isterinya, tetapi sekarang ini mereka di rumah si kakak. Lagi pula, dia sedang berpuasa! Lainlah isterinya itu!

"Haa... tak sayanglah tu!"

Mendengar rengeken kecil itu, lagilah buatkan Iman Raykal merasa sebal. Wajah cemberut bersama muncung itu ditatap dalam kesal. Eish, dia ni kan...

"Ish, dahlah! Orang minta kiss aje pun... kedekut betul! Tak nak dah peluk abang malam ni!"

"Takpe... abang peluk Sha nanti." Malas mahu melayan rajuk isterinya, Raykal bersuara selamba. Dia sudah berura-ura ingin melangkah ke arah sofa. Sedari tadi mereka di hadapan pintu menyekat laluan keluar masuk.

"Tak boleh! Sha merajuk! Abang jangan sentuh-sentuh Sha dah!"

Langkah Raykal terhenti tatkala mendengar suara isterinya lagi. Dia berpusing menghadap wanita itu semula.

"Sayang... ish, sini..." Raykal cuba mencapai jari-jemari halus itu, tetapi dilarikan laju oleh si empunya diri.

Raisha berpeluk tubuh dengan bibir yang tersebik. Matanya menjeling tidak puas hati sang suami yang memandang.

"Sinilah, sayang... Takmo merajuk dengan abang." Raykal mendekatkan tubuh mereka. Lengan itu dipaut sebelum peluk tubuh si isteri dirungkaikan. Jari-jemarinya disatukan dengan jari-jemari isteri sebelum ditarik wanita itu mengikut langkahnya.

"Abang tak sayang Sha..." Raisha bersuara bersama memek muka yang semakin keruh. Nada suaranya jelas sayu kedengaran.

Raykal yang mendengar bicara itu mencari lagi wajah isterinya sebelum dia ambil tempat duduk di sofa dan ditarik juga wanita itu duduk di sisinya. 

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOKWhere stories live. Discover now