LAR | 07

106 9 0
                                    

TAKBIR raya kedengaran pada pagi yang bermakna itu. Sudah memasuki 1 Syawal, mereka kini berada di kampung Perak. Beraya bersama ibunda tercinta sang suami serta si abang, kakak dan anak-anak buah kesayangan.

Pagi-pagi lagi, mereka sudah menunaikan solat Subuh berjemaah dengan diimamkan oleh Iman Raykal. Kemudian, orang perempuan sibuk bertukang di dapur bagi menyediakan juadah raya. Orang lelaki pula bersiap-siap untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Selesai membantu di dapur, Raisha bergerak masuk ke dalam bilik. Dia melihat suaminya sedang memakai sampin berwarna hitam. Tema raya mereka sekeluarga pada hari raya pertama adalah berwarna merah delima. Manakala, pada hari raya kedua berwarna hijau emerald. Berbeza dengan keluarga si kakak yang dikatakan memilih warna babyblue.

"Abang..." Raisha menyapa sang suami sambil berjalan merapati lelaki itu. Kandungan yang besar melambatkan sedikit pergerakannya.

"Hanani..." Raykal ukir senyum sambil memandang sekali lalu isterinya sebelum perhatiannya beralih semula ke sampin di pinggang.

"Boleh tak tu? Nak Sha tolong?" Raisha mempelawa bantuan.

"Tak apa, sayang. Boleh ni. Asal jadi je. Sayang rehatlah. Tadi dah tolong umi, kan? Mesti penat. Baring. Lelap kejap pun takpe. Nanti balik solat raya, abang kejut." Raykal menolak lembut. Menyatakan alasan di atas penolakannya sekali.

Raisha menggeleng laju tanda tidak mahu. Dia membantu juga suaminya memakai sampin dan lelaki itu akur. Tidak menghalang.

"Sha nak siap terus. Nak siapkan anak lagi. Sha nak berdandan lebih sikit hari ni... boleh, abang?" Raisha bersuara lagi setelah sampin suaminya terpakai elok dan kemas di pinggang lelaki itu.

Raykal tersenyum. Menjatuhkan kepala sekali. Anak mata melirik wajah isteri bersilih ganti dengan tangan halus yang mengusap-usap dadanya. Jari-jemari itu ditangkap lalu digenggam kemas.

"Jangan nak goda abang pagi-pagi raya ni, sayang..."

Raisha ketawa. "Abang ni... ke situ pula dia. Sha nak kemaskan penampilan abang jelah."

"Yalah tu. Bukannya abang tak kenal isteri abang. Ermm... pasal sayang tanya, boleh tak abang tu... hari ni kan hari bermakna. Mestilah semua orang nak pakai cantik-cantik, handsome-handsome... Sayang berdandanlah secantik mana yang sayang nakkan. Sayang tak berdandan pun, mata abang tetap nampak sayang abang ni wanita paling cantik pernah abang jumpa. Jangan risau ya." Raykal membalas ayat minta izin isterinya tadi. Berdandan untuk dia, tak perlu izin, isterinya sudah buat. Tetapi, berdandan di tempat umum, pada masa dan hari tertentu, memang wanita itu akan meminta izinnya.

Raisha tersenyum lebar. Mengeratkan pegangan pada jemari kasar suaminya sebelum dia menarik tangannya lalu dilabuhkan kedua belah di sisi wajah suami.

"Abang pun... lelaki paling handsome dan seksi yang Sha pernah jumpa. Abang pakai biasa pun, Sha boleh terpikat. Apa lagi kalau abang pakai baju Melayu lengkap macam ni... hati Sha terus cair. I heart you, mr sexy husband." Raisha tersenyum comel sambil merapatkan wajah mereka lalu puncak hidungnya dilagakan manja dengan puncak hidung suami.

Raykal tersengih selepas wajahnya dilepaskan isteri.

"Ish, dahlah. Layan isteri abang ni, habis solat raya abang ni. Abang nak pergi dah ni, sayang. Kalau sayang tak larat nak layan Izz, minta tolong umi atau Kak Aira ya. Jaga diri dan babies elok-elok. Takmo nakal-nakal. Takmo lasak-lasak. Tau, tau!" Sempat dia memberi pesanan kepada mak buyung itu. Isterinya bukan boleh percaya sangat. Lagi nak dekat bersalin, lagi banyak kerja dia nak buat. Tak reti duduk diam.

"Tak janji! Sha nak siapkan baju kait untuk babies lagi. Semalam tak sempat siap. Ni, nanti... Sha nak curi masa untuk buat lepas siap-siap semua. Jangan risau, Sha kait guna tangan aje. Tak berjalan sana, sini." Raisha memberitahu perancangannya kepada suami.

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOKWhere stories live. Discover now