LAR | 06

103 7 5
                                    

"SAYANG... buat apa lagi ni?" Iman Raykal melangkah masuk ke dalam sebuah bilik khas yang dirancang mereka untuk anak-anak kembar. Sejak tengah hari tadi dia melihat wanita itu sibuk menghias bilik itu. 

Ini jarum jam sudah menunjukkan angka 5, si isteri masih sibuk di situ dan tidak lagi menjengah dapur. Dia bukan kisah isterinya tidak memasak untuk berbuka puasa. Wanita itu sudah sangat sarat. Dia tidaklah mahu memaksa isteri memasak untuknya. Kalau larat, buat. Kalau tak, beli makan dekat luar atau dia yang masuk dapur. Cumanya dia risau apabila ibu mengandung itu seharian berkemas dengan keadaan diri yang begitu. 

Nak kata banyak benda tak siap untuk menyambut anak-anak?

Baru 2 bulan, isterinya sudah memintanya membeli pakaian dan permainan anak-anak. Masuk bulan ke-4, bilik ini sudah tersedia untuk menerima tetamu cilik dua orang.

Alahai, cik puan isteri...

"Abang... Sha rasa tak berkenanlah letak katil tu dekat situ. Kita alih, boleh tak? Sha nak panggil abang tadi, tapi abang solat... layan Izz. Sha tak naklah kacau."

"Ermm... alih?" Raykal bercekak pinggang sambil memandang isterinya yang sedang menepuk-nepuk katil bayi.

"Ya, encik abang sayang. Sha nak alih. Sini macam tak bestlah. Tak nak tutup langsir tu. Nanti gelap dan suram bilik ni. Katil kita alih ke dinding. Almari baju dah kat sini. Tempat mainan dia oranglah kita buat dekat area bawah tingkap ni. Nanti dah besar sikit baru alih. Karang anak-anak memanjat pula." Raisha menerangkan kepada suaminya sambil tangan terawang-awang menunjuk ke situ dan ke sini.

Raykal mengangguk. "Yalah, sayang. Untuk sayang dan anak-anak, abang ikut aje. Tepi sikit. Abang nak alih katil ni..." Bahu isterinya dipaut lalu ditolak perlahan ke tepi.

Raisha akur sahaja diusir ke tepi.

Dia memerhati tingkah suami sambil mengarah itu dan ini kepada lelaki itu.

"Dah? Ada lagi sayang tak puas hati? Nak ubah kedudukan apa pula?" Raykal menyoal setelah selesai mengalih dua katil bakal kembar mereka.

"Abang jangan perli Sha ya."

"Eh, abang tak perlilah. Abang tanya aje."

Raisha mencebik. "Yalah tu..."

Beberapa ketika, suasana sepi menyelubungi bilik itu. Raisha melangkah ke arah almari dan menyandarkan tubuhnya di situ. Raykal mengikut dan berbuat perkara yang serupa.

"Sayang suka?" soal Raykal setelah puas melihat wajah bahagia isterinya dari sisi. Tangan bersilang di dada dengan kaki terangkat sedikit ke pintu almari.

Raisha menjatuhkan kepala sekali. Laju.

Konsep biru langit yang cukup mendamaikan hati membuatkan dia sangat senang berada di situ. Bagai sudah terlihat kelibat anak-anaknya bermain di tempat permainan mereka, tidur di katil bayi mereka, mandi dan salin pakaian di hadapan almari.

Tidak sabar dia ingin menimang anak kecil lagi selepas beberapa tahun Izz Haider lahir ke dunia.

"Abang tahu... waktu kecil, Sha dengan Iyan dapat bilik macam nilah. Sampai kita orang umur lima tahun, kita orang tak tinggal bilik yang sama dah. Masuk tujuh tahun, terus terpisah rumah. Iyan ikut mama dan Sha ikut papa selepas mama dan papa bercerai." Raisha membuka cerita masa kecilnya kepada suami. Entah mengapa, hari ini dia begitu sentimental.

"Sayang ceritalah... abang dengar." Raykal memberi galakan. Dia tahu isterinya ingin meluahkan rasa di hati. Wanita itu sedang merindui momen semasa kecilnya. Dan dia sebagai suami, tugasnya untuk mendengar setiap luahan wanita kesayangannya. Tugasnya untuk menghapus air mata yang bakal terbit dari birai mata itu.

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOKWhere stories live. Discover now