LAR | #R. TEASER

181 9 0
                                    

TELEFON bimbitnya terlepas daripada genggaman tatkala mendengar sebuah berita yang tidak terduga. Dia yang baru sahaja masuk ke dalam kereta kerana ingin pulang ke rumah segera menukar arah tuju ke hospital yang menempatkan isteri dan anak lelakinya.

Di dalam kereta, tidak henti-henti dia berdoa mengharapkan agar isteri dan anak-anaknya selamat. Sebak mencengkam di dada tatkala memikirkan keadaan si isteri yang sedang sarat mengandung. Kesal dia rasakan dengan diri sendiri kerana alpa dengan permintaan wanita itu yang ingin dia pulang dengan segera. Mesyuarat penting yang menjadikan setiap langkahnya terbejat sebentar tadi dipersalahkan dalam diam.

Tiba di hospital, Iman Raykal segera menuju ke ruang kecemasan. Isterinya sedang diberikan rawatan di sana.

Ruang menunggu di hadapan sana dituju. Dia melihat lampu di atas pintu bilik rawatan itu masih lagi merah.
Tidak senang duduk, dia mundar-mandir di situ sendirian. Jelas dia sedang gelisah dengan keadaan isterinya.

Beberapa minit menunggu, abang ipar dan si kakak tiba di situ. Wajah masing-masing jelas menunjukkan perasaan bimbang yang dirasai.

"Macam mana keadaan Sha, Ekal?" tanya Rayyan kepada suami si kembar.

"Tak tahu lagi. Doktor belum keluar," jawabnya laju.

"Izz Haider?"

Raykal berdecit geram dengan diri sendiri kerana terlupa perihal anak lelaki sulungnya. Duk kalutkan isteri punya pasal!

"Ayah..."

Satu suara kedengaran menyebabkan mereka segera berpaling ke arah si empunya suara. Izz Haider terlihat berwajah sugul menatap bapanya. Sembab mata itu dek menangis sedari tadi.

"Izz!"

Raykal segera menerpa ke arah anaknya yang berbalut separa di bahagian kaki. Tubuh kecil itu didakap erat ke dada. Wajah Izz Haider dicium bertalu-talu.

"Izz... anak ayah..." Sebak suara Raykal kedengaran menyeru si anak.

"Ayah, ibu..." adu Izz Haider sebelum air matanya gugur lagi di hadapan sang bapa.

"Ya, sayang. Ibu will be fine. Don't worry... okay, baby?"

"Tak... Izz nampak ibu berdarah banyak. Muka ibu... kaki ibu..."

"Syhh... Izz... Izz..." Raykal berusaha menenangkan anak lelakinya. Tubuh itu didekatkan lagi ke dada. Belakang tubuh si anak digosok-gosok lembut.

Namun, Izz Haider menolak dada si bapa menjauh. Dia mendongak memandang wajah bapanya dengan linangan air mata. Begitu merah wajahnya kerana asyik menangis.

"Ayah... babies... babies macam mana? Izz nak adik-adik Izz. Izz nak ibu..." Izz Haider mengongoi lagi. Pilu tangisannya. Menghadirkan sebak di hati mereka yang mendengar.

"Syhh… don’t worry, baby. Kita doa pada Allah ya. Allah jaga ibu dan babies. Izz tenang. Izz kuat ya. Ayah ada." Raykal memujuk lagi si bujang.

"Izz minta maaf, ayah. Izz tak jaga ibu dan babies dengan baik macam yang ayah suruh. Izz tak nak ibu dan babies tinggalkan kita. Izz sayang ibu dengan babies. Ayah…" Izz Haider sembamkan wajahnya di bahu si bapa. Esakannya berlagu hiba sekali lagi.

Tidak dapat menahan diri mendengar luahan dan tangisan Izz Haider, air mata Iman Raykal turut gugur membasahi wajah. Dia mengalih pandang ke arah lain. Tidak lagi mampu menatap wajah anak, juga wajah si abang dan kakak yang turut mengalirkan air mata.

P/s: link di bio untuk pembelian... ❤

Вы достигли последнюю опубликованную часть.

⏰ Недавно обновлено: Jun 04, 2022 ⏰

Добавте эту историю в библиотеку и получите уведомление, когда следующия часть будет доступна!

Lebaran Aidilfitri Rayisha | E-BOOKМесто, где живут истории. Откройте их для себя