1: Kampung Permai

10.4K 81 15
                                    

Bunyi getaran dari telefon bimbit menyedarkan Zaki dari lena. Mata zaki terkebil-kebil. pandangannya mula jelas. Telefon bimbit zaki masih lagi bergetar di atas meja disebelah katilnya.

Zaki masih tidak bergerak. Hanya tertiarap diatas katil. Akhirnya zaki mengangkatkan kepalanya. Tangannya mencapai telfon bimbitnya. Panggilan dari tunangnya Alisa.

"Hello.. ye.. morning.. belum lah.. baru bangun tidur ni.. ok.. ok.. ok... Hmmm ok.. bye.. love you too"zaki melemparkan telefon bimbitnya ke sebelah. Zaki kembali meniarap semula. Zaki memejamkan mata.. 20 saat kemudian zaki bangkit dari katil. Panggilan dari tunangnya mematikan nafsu tidurnya.

Zaki melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Seluar dalam bewarna putih yang dipakainya sejak semalam tidak diganti. Sejak pulang dari kerja, zaki terus menanggalkan pakaiannya dan terus menghumbankan badannya di atas katil dengan hanya berseluar dalam. Zaki terlalu letih untuk mandi dan bersihkan badannya.

Zaki mencapai sebuah kotak susu segar dan berjalan ke ruang tamu. Zaki meneguk beberapa kali susu rendah lemak itu. Tv dihidupkan. Zaki berjalan ke balkoni rumah. Zaki menatap sebentar permandangan waktu pagi itu. Zaki berjalan semula ke dalam biliknya. Zaki memandang ke arah sebuah beg bagasi yang sudah terisi dengan pakaiannya.

Zaki menanggalkan seluar dalamnya lalu mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Pili pancuran air dipulas. Air separa hangat membasahi tubuhnya.

Zaki akan pulang ke kampung pada hari ini. Entah mengapa kali ini, hati zaki seakan berat untuk pulang. Sudah 4 malam berturut-turut zaki mengalami mimpi yang sama. Mimpi mengenai sejarah hitam dalam hidupnya yang berlaku beberapa puluh tahun lalu. Lebih tepat lagi 21 tahun lalu.

Zaki berharap peristiwa hitam 21 tahun yang lalu tidak akan berlaku lagi. Namun jauh disudut hatinya tetap risau jika peristiwa itu berulang kembali kerana mimpi yang dialami sejak 4 malam berturut-turut seolah-olah petanda bagi dirinya.

"Tak!orang tua sial tu dah mati! Dia tak akan gangu aku lagi!"bentak zaki sambil menumbuk dinding bilik air.

Kereta  Honda Civic Type R yang berwarna putih itu dipandu zaki menuju ke kampung. Pemanduan zaki kali ini lebih santai dan tidak laju seperti yang selalu.  Zaki hanya berhenti sekali di RnR Seremban untuk makan tengahari sebelum meneruskan pemanduan menuju ke selatan.

Pukul 5 petang zaki memasuki kawasan Kampung Permai. Zaki memberhentikan kereta. Zaki menoleh kekanan. Sebuah rumah usang yang dipenuhi lalang yang meninggi. Rumah usang yang tidak berbumbung hanya tiang kayu yang kukuh terpacak dipenuhi lumut dan rumput lalang. Rumah milik dukun pak wardi.

Kenangan lampau bermain dimata zaki. Zaki masih ingat lagi saat arwah ayahnya membawa zaki berjumpa pak wardi, saat itu juga zaki yang berumur 12 tahun itu hilang keterunaannya akibat di liwat pak wardi.

Kereta honda type R mula bergerak semula meninggalkan tempat berlakunya sejarah hitam Zaki. Zaki memberhentikan keretanya dihalaman rumah.

+-+-

Malam itu zaki tidak keluar. Zaki berbaring diruang tamu menonton tv. Zaki leka membalas pesanan whatsapp tunangnya.

"Bila kamu balik ke KL zaki?"tanya Rahimah sambil membawa dulang berisi teko dan beberapa kuih karipap.
"Tak tahu lagi mak"jawab zaki
"Tunang kamu kenapa tak ikut sekali?"tanya rahimah sambil menuang air kopi ke dalam cawan.
"Dia kerja la mak jaga butik dia"jawab zaki.
"Lagi 6 bulan je kamu akan berkahwin. Semua persiapan dah buat ke?"tanya rahimah
"Dah. Dia yang uruskan.zaki bagi je dia duit"jawab zaki.
"Hmm yela.. esok pagi bawa mak ke pekan, nak beli barang.. lusa mak nak meniaga semula"kata rahimah
"Mak ni dah banyak kali zaki cakap, tak payahlah meniaga nasi lemak lagi.. zaki kan ada, zaki boleh bagi mak duit"kata zaki
"Mak bosan kalau duduk rumah je.. biarlah mak meniaga"kata rahimah
"Kalau bosan,mak tengok jela tv ni.. zaki ajak ikut duduk kat KL mak tak nak."kata zaki
"Tak nak lah mak duduk KL.. duduk kampung je sudah, mak dah ada rumah kat sini.. lagipun, senang mak nak ke kubur hari-hari jenguk ayah kau"kata rahimah
"Hmm yela.. ikut mak lah"kata zaki

+-+-+-+

Zaki membimbit beg-beg plastik yang berisi barangan yang dibeli emaknya. Zaki hanya mengikut kemana sahaja rahimah pergi. Ramai kawan-kawan rahimah memuji ketampanan zaki. Zaki hanya tersenyum menerima pujian tersebut.

"Zaki! Bila kau balik?"tegur seorang lelaki sambil menepuk bahu zaki
"Eh fitri, aku sampai malam tadi"kata zaki.
"Banyak kau beli, nak buat kenduri ke?"tanya fitri
"Emak aku kan meniaga nasi lemak.. kau dah lupa ke?"tanya zaki
"Si fitri ni mengalahkan orang tua, asyik lupa je.. padahal dia la yang selalu pagi-pagi beli nasi lemak makcik"sampuk rahimah
"Hehe esok makcik meniaga ke?"tanya fitri
"Ye meniaga"jawab rahimah
"Kau beli apa?"tanya zaki
"Beli ikan tenggiri.. nak buat sambal tenggiri hari ni"kata fitri
"Kalau kau dah kahwin senang, biar orang rumah kau je ke pasar dan masak.. tak payah susah.. tengok zaki ni, dah bertunang dah.. kau tu bila lagi?"tanya rahimah
"Eh makcik ni.. sapela nak kat saya ni.. saya tak handsome macam zaki.. mana ada anak dara yang nak"jawab fitri
"Kalau takde anak dara, cari lah janda hehehe"zaki ketawa
"Haha banyak lah kau janda.. nak anak dara, masih ketat lagi hehehe"fitri ketawa
"Amboii nak yang ketat-ketat ke hahaha"rahimah geli hati

+-+-+

Azan maghrib berkumandang. Zaki masih lagi duduk bersila di beranda rumah.  Zaki leka melayari facebook di telefon bimbitnya. Zaki membalas komen-komen rakan facebooknya pada satu foto yang diupload zaki pada petang tadi. Foto bersama emaknya ketika membeli belah di pasar pagi tadi.

"Zaki cepat masuk rumah!! Mandi!! Dah maghrib ni!"pekik rahimah dari dapur rumah
"Yela-yela kejap lagi zaki masuk!"jawab zaki.

'apalah mak aku ni, ingat aku ni budak kecil ke nak suruh mandi cepat-cepat'getus hati zaki. Tiba-tiba hidung zaki menangkap bau yang kurang menyenangkan. Bau bangkai.
'bau apa ni?'bisik hati zaki dengan dahinya berkerut. Mata zaki melilau memandang halaman rumahnya yang mulai suram setelah matahari terbenam.

"Ya Allah!!"terpacul dibibir zaki. Mata zaki terbeliak memandang sesusuk lembaga hitam di bawah pokok belimbing yang ada dipenjuru kiri halaman rumahnya..

'Ya Allah!! Macam mana makhluk ni boleh muncul semula??!!'

Bersambung

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now