4 : Dia Masih Hidup

3.6K 52 2
                                    


Zaki mengemas meja kerjanya. Pemohonan untuk kerja separuh hari di luluskan oleh majikannya. Zaki mematikan komputernya. Zaki berjalan keluar dari bilik pejabatnya.

Setelah menetapkan lokasi di applikasi waze, zaki memandu keluar keretanya dari kawasan parking pejabat. Zaki menuju ke putrajaya. Keadaan trafik pada waktu tengahari tidak begitu sesak. Namun mengambil masa hampor 40 minit untuk zaki tiba di putrajaya.

Selama 5 hari dikampung, malam tadi zaki pulang semula ke kuala lumpur. Zaki ingin menemui zackruddin. Zaki berharap agar lelaki yang pernah mengajarnya dulu dapat membantunya.

Zaki tiba disebuah restoran. Zaki berjalan masuk ke dalam restoran itu. Air wajah zaki ceria melihat lelaki dalam lingkungan awal 40an melambai-lambai ke arahnya.

"Assalammualaikum cikgu"kata zaki lalu berjabat tangan.
"Waalaikumsalam.. wah besar panjang kamu ye, badan pun dah sado hehe"kata zackruddin sambil memegang lengan zaki dalam kemeja yang agak sendat.
"Cikgu pun apa kurangnya.. maintain macho macam dulu hehe"puji zaki
"Haha mana ada.. cikgu dah tua dah hehe eh jemput duduk"perlawa zackruddin.
"Kamu nak makan apa?"tanya zackruddin
"Takpe cikgu.. masih kenyang lagi"
"Ok nak minum apa?"tanya zackruddin
"Bagi mineral jela, saya tak minum manis sangat"kata zaki
"Wah betul-betul jaga badan ni hehe"zackruddin tersenyum lebar

"Cikgu buat sekarang? Kenapa berhenti dari mengajar?"tanya zaki setelah pesanan diambil oleh pelayan.
"Cikgu buat business sendiri. Buka restoran. Restoran ini"kata zackruddin
"Ni restoran cikgu? Wahh cantik"zaki kagum
"Siang cikgu jaga restoran ni, malam cikgu buat partime jadi guru tuisyen. Cikgu masih mengajar lagi.. tapi ajar tuisyen jela"kata zackruddin.
"Baguslah tu.."kata zaki
"Kamu pula keje apa sekarang? Nampak smart je.. kamu dah ada company sendiri ke?"tanya zackruddin
"Eh mana ade cikgu, saya kuli je.. makan gaji"
"Yela kuli.. kuli mana ade pakai tie"
"Saya jadi arkitek cikgu.."
"Baguslah.. dah berjaya.. kamu dah kahwin?"
"Lagi 6 bulan lagi Insyaallah"
"Alhamdulillah.. baguslah tu, kerjaya kamu dah ada.. lepas ni kamu dah ada keluarga kamu sendiri dah"
"Harap macam tu la.."wajah zaki sunggul
"Kenapa ni?"tanya cikgu
"Takde apa cikgu.. cuma risaukan perkara tu je"
"Oh pasal tu.. cikgu dah rujuk dgn kawan cikgu, ustaz Asri.. yang dulu pernah lawan dukun tu.. dia kata dalam beberapa hari lagi dia akan datang sini berjumpa kamu,sekarang dia ada di terengganu"kata zackruddin
"Laa susahkan dia je.. saya boleh je pergi berjumpa dia"
"Takpe, dia sendiri yang nak kesini.. lagipun dia nak berjumpa dengan kawan dia nanti disini.. sebab tu dia nak datang sini..alang-alang leh jumpa kamu"kata zackruddin.

Petang itu selepas solat Asar dimasjid putrajaya, zackruddin mengajak zaki untuk ke rumahnya. Zackruddin menjemput zaki masuk ke dalam rumah dan terus menghidangkan air untuk tetamunya.

"Oh ye, cikgu bukan dah kahwin ke? Mana wife cikgu?"tanya zaki ketika duduk disofa.
"Dah 4 tahun isteri saya meninggal. Arwah isteri saya kene cancer rahim"kata zackruddin.
"Oh saya..saya minta maaf cikgu"
"Takpe kamu tak tahu..lagipun benda dah berlalu"
"Hmm cikgu tak cari pengganti ke?"
"Tak.. takde keperluan untuk itu... Cikgu boleh je hidup berseorangan, lagipun cikgu tak sunyi..cikgu sibuk uruskan restoran, sibuk buat kelas tuisyen"kata zackruddin.
"Baguslah macam tu"
"So.. pasal mimpi kamu.."
Zaki menoleh memandang zackruddin
"Kamu hanya mimpi pasal pak wardi? Pak wardi buat apa?"tanya zackruddin
Zaki terdiam. Serentak itu beberapa imej pak wardi menerpa ke dalam ingatannya.
"Dia liwat saya"jawab zaki perlahan.
"Itu je? Dalam mimpi kamu,ada kamu nampak ke makhluk tu?"tanya zackruddin
Zaki mengelengkan kepala
"Habis tu, macam mana kamu yakin yang makhluk tu masih hidup?"tanya zackruddin
"Minggu lepas saya balik kampung, lepas maghrib saya duduk diberanda rumah. Saya nampak ada lembaga hitam di bawah pokok dan lembaga itu menyerang saya sehingga saya pengsan"ujar zaki
"Lembaga hitam tu sama dengan makhluk yang dibela pak wardi?"soal zackruddin
"Rasa macam sama"kata zaki
Zackruddin memandang bekas anak muridnya itu. Zackruddin berasa simpati kerana kejadian lampau yang berlaku pada anak muridnya mungkin akan berulang kembali.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now