19: Mencari Zaki -PART 2-

2.3K 60 5
                                    

19: Mencari Zaki -PART 2-

Selepas bersarapan, zali meminjam motor razak untuk misi mencari zaki. Zackruddin mencadangkan untuj guna keretanya tapi zali berkata lebih mudah menggunakan motorsikal kerana banyak jalan-jalan sempit di kampung ini yang sudah untuk kereta lalui.

"Naik la"ajak zali ketika menghidupkan enjin motorsikal
"Tak pakai helmet ke?"tanya zackruddin
"Ini kampung cikgu, polis dengan jpj takde buat roadblock"kata zali

Zackruddin membonceng motorsikal yang ditunggang zali. Zali dan zackruddin menuju ke tapak rumah peninggalan dukun pak wardi untuk mencari petunjuk zaki.

"Ini ke rumah dukun tu?"tanya zackruddin ketika zali memberhentikan motorsikal
"Ye"jawab zali mematikan enjin motor

Zackruddin berjalan menghampiri rumah dukun itu. Walaupun waktu siang yang cuacanya terang, namun zackruddin sedikit seram sejuk melihat rumah yang usang dah hampir 90% roboh itu.

"Dukun itu tidak mampunyai anak. Sejak kematian isteri dia, dukun itu tinggal berseorangan. Dukun itu gunakan budak-budak lelaki sebagai tempat memuaskan nafsunya. Adik saya antara mangsanya" kata zali

"Berapa ramai yang jadi mangsa dukun tu?"tanya zackruddin
"Saya tak tahu"kata zali

Selepas selesai melihat kawasan sekeliling tapak rumah dukun pak wardi, zali membawa zackruddin ke hutan yang pernah di katakan keras oleh penduduk kampung disitu kerana pernah menjadi tempat pembuangan saka dan aktiviti pemujaan.

"Cikgu kene jaga adab dan hati-hati bila bercakap, sebab tempat ni keras"kata zali yang berjalan didepan zackruddin.

Zackruddin hanya mengangguk paham. Suasana hutam itu redup dan agak suram. Cahaya matahari tidak 100% berjaya menembusi daun-daun pokok yang tebal. Suhu lebih dingin dan agak bising dengan bunyi unggas.

Zali terhenti melangkah. Zackruddin datang menghampiri zali. Zali menunjukkan tempat dimana zaki pernah ditemui terbaring pengsan disini ketika zaki dirasuk. Zaki berusia 12 tahun ketika itu.

Dalam hutan itu juga terdapat beberapa boneka manusia yang tidak cukup sifat. Beberapa bekas lilin dan colok juga terdapat di beberapa batang pokok yang besar. Tiba-tiba zackruddin melihat kelibat zaki yang berbogel di sedang berjalan di balik semak didepannya.

"Zaki!" Zackruddin terus mengejar zaki

Zali terkejut melihat zackruddin tiba-tiba berlari. Zali mengekori zackruddin. Zackruddin tidak henti-henti memanggil nama zaki.

"Cikgu!! Jangan!! Itu bukan zaki!" Jerit zali mengejar zackruddin

Zackruddin tidak mengendahkan kata-kata zali. Zackruddin terus mengejar zaki yang semakin jauh didepannya. Zackruddin terjatuh selepas kakinya tersadung akar pokok besar.

"Cikgu!! Cikgu tak pape ke?"zali terus merapati zackruddin. Zali membantu zackruddin untuk berdiri
"Saya nampak zaki tadi!"kata zackruddin
"Tak! Itu bukan zaki! Awak nampak benda lain!"tegas zali
"Ye sumpah! Tu zaki... Zaki? Mana zaki?"zackruddin aneh
"Zack istighfar banyak-banyak, zaki takde.. tadi tu bukan zaki!"kata zali

Zackruddin akhirnya tenang. Memang benar kata zali, zackruddin diperdaya makhluk halus yang menyerupai zaki. Waktu tepat jam 12tengahari. Waktu-waktu begini merupakan waktu aktif makhluk halus.

Zackruddin mengikut langkah zali berjalan keluar dari hutan itu. Setiba dia motorsikal zackruddin mengucapkan terima kasih kepada zali. Jika tidak sudah pasti zackruddin sesat mengikut 'zaki' masuk lebih dalam ke hutan itu.

Zackruddin dan zali masuk ke pekan. Dipekan zali ada bertanya kepada beberapa orang jika ternampak kelibat zaki. Namun semuanya berkata tidak. Rahimah menelefon zali menyuruhnya pulang dahulu untuk makan tengahari.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now