18: Zaki Hilang

2.3K 51 12
                                    

18: Zaki Hilang

Suasana dibutik pengantin itu tidak begitu bising. Terdapat 2 pasangan bakal pengantin turut berada di dalam butik itu. Alia sedikit cemburu melihat mereka. Masing-masing bersama pasangan. Cuma alia sahaja yang keseorangan. Sekali lagi panggilan telefon tidak dijawab tunangnya.

"Macam mana sis? Nak kek yang mana?"tanya perunding dibutik itu.
"Saya suka yang ni"kata alia
"Oh red velvet ye. Excelent. Yang ni photographer kami, sis boleh lah berbincang dengan dia jika nak tambah pakej photo nanti"
"Ok baik"kata alia tersenyum.

Alia berjalan keluar dari butik dan menuju ke keretanya. Alia menghubungi bakal mak mertuanya. Alia masuk kedalam kereta dan terus menghidupkam enjin kereta. Rahimah masih belum menjawab panggilan alia. Alia menanti dengan sabar dan penuh harapan.

"Hello.."rahimah menjawab panggilan
"Mak, ni alia ni.."alia gembira
"Oh alia.. ada apa call?"
"Mak sihat dah ke? Minta maaf la lia tak sempat melawat"
"Sihat dah, jalan pun dah tak pakai tongkat. Tak pe mak faham, kamu dah nak kahwin.. tentulah sibuk"
"Hmm mak..zaki ada kat sana tak mak?"
"Zaki dah balik KL dah.. 2 hari lepas"
"Yeke?"
"Dia tak jumpa lia ke? Dia sibuk kerja la tu sampai lupa nak jumpa lia.. nanti dah kahwin duduk serumah sepanjang masa berjumpa hehe"
"Hehe yela mak, ok la mak.. lia nak buat kerja sikit ni.. nanti pape hal lia call ye"

Mungkin benar kata mak mentuanya, bakal suaminya sedang sibuk bekerja memandangkan zaki ambil cuti kecemasan. Sudah tentu banyak kertas kerja yang perlu disiapkan segera.

Keesokkan harinya alia tidak bekerja. Alia menghabiskan masanya mengatur susunan tempat duduk para tetamu untuk majlis resepsinya yang bakal berlangsung seminggu selepas majlis pernikahannya. Majlis resepsi yang bakal berlangsung di hotel ditaja sepenuhnya oleh ayah alia sebagai hadiah perkahwinan buat puterinya

Telefon bimbit alia berdering, nama pengapit lelaki muncul di skrin telefon bimbitnya. Alia sedikit pelik, alia segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello"
"Hello alia.. u kat mana?"tanya fuad
"Kat rumah"jawab alia
"Kat rumah u ke rumah zaki?"
"Rumah i la. Kenapa?"
"Mana zaki? Zaki ada dengan u?"
"Nope he's not here. Why?"
"U tau tak dia kat mana?"
"Dia tak masuk office ke?"
"Nope, sejak dia balik kampung haritu"
"What?"alia terkejut
"Ye and boss dah cari dia, banyak kerja dia tak siap lagi ni"
"U dah try call dia?"
"Banyak kali dah,tapi dia tak jawab.. that's why i call u tanya mana dia"

Alia terkedu seketika. Zaki tidak pernah bersikap begini, zaki tidak pernah lepas tangan. Segala tanggungjawab yang diberi akan dilaksanakannya. Tapi kemana zaki menghilang.

"Alia? Hello?? Are u still there?"tanya fuad dihujung talian
"Yeah yeah.. i'm here.. look i cuba cari dia kat rumah dia, anything i will let u know"kata alia lalu memutuskan panggilan.

Alia terus mencapai kain tudungnya serta kunci kereta. Alia bergegas keluar dari rumah.
Alia mula khuatir jika sesuatu yang buruk terjadi pada tunangnya. Setiba dirumah zaki, alia makin risau. Pintu rumah zaki terkunci. Alia dapat melihat jelas rak kasut di sebelah pintu rumah. Kasut kegemaran zaki tiada. Ini bermakna zaki tiada dirumahnya.

Tiba-tiba alia teringat sesuatu. Alia terus menuju kembali ke keretanya. Alia memandu keretanya menuju ke putrajaya. Jika benar tekaan alia, pasti insan ini dapat membantu alia mencari dimana zaki.

"Cikgu zackruddin"
"Ye saya.. eh alia!.. buat kat sini? Mana zaki?"tanya zackruddin ketika selesai mengelap meja makan direstorannya.
Alia tidak mampu menahan perasaan. Alia mula menitiskan airmata dan menangis teresak-esak.

"Eh alia.. kenapa ni?! Dah-dah meh masuk dulu"jemput zackruddin.

Seorang staff perempuan membawa dukang berisi dua minuman. Staff tersebut menghidangkan minuman itu kepada zackruddin dan alia. Alia mengesat airmatanya.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now