2: Pelindung

4.7K 62 1
                                    

2: Pelindung

Suasana halaman rumah sunyi sepi sesudah azan Maghrib berkumandang tadi. Tubuh sasa zaki masih terkaku di tangga beranda rumah. Bibir zaki terkumat-kamit membaca surah Kursi. Peluh dingin mula membasahi dahi zaki.

Lembaga hitam yang berdiri terpacak di bawah pokok belimbing itu masih tidak berganjak. Badan zaki mula mengigil. Tiba-tiba dua cahaya merah kelihatan di bahagian atas lembaga hitam itu. Seolah-olah cahaya merah itu datang dari mata lembaga hitam tersebut. Tiba-tiba lembaga hitam itu ghaib sekelip mata sesudah zaki selesai membaca surah Kursi.

"Arghh!!"zaki mengerang ketika angin hangat menerpa kemukanya. Zaki terbaring pengsan.

"Ya Allah zaki!!"jerit rahimah yang tiba diberanda rumah melihat anaknya terbaring kaku.

+-+-+-+

Zaki membuka matanya. Silau. Berkali-kali zaki mengosokkan matanya. Zaki bangkit dari katil dan berjalan ke luar bilik. Zaki terdengar beberapa orang lelaki sedang berbual dengan emaknya.

"Alhamdulillah, dah sedar pun anak mak sorang ni"kata rahimah tersenyum melihat zaki berjalan ke arahnya.
"Macam mana kau boleh pengsan?"tanya razak
"Saya nampak 'benda' tu"jawab zaki lalu duduk disebelah emaknya.
"Kan saya dah kata.. memang saya dah jangka zaki ni kene gangu dengan makhluk halus. Sebab tu saya suruh razak panggil pak imam datang. Zaki pernah beritahu saya dulu dia ada mimpi pasal lembaga belaan pak wardi!"kata rahimah
"Betul ke ni zaki? Betul kamu nampak makhluk itu?"tanya pak imam
"Betul pak imam, banyak kali saya mimpi makhluk tu gangu saya dan tadi lepas maghrib saya nampak makhluk tu muncul bawah pokok belimbing. Makhluk tu pandang saya.. terus saya pengsan"ujar zaki
"Dulu arwah imam arif dah tumpaskan makhluk belaan arwah pak wardi. Macam mana makhluk tu boleh muncul kembali?"pak imam hairan.
"Macam mana ni pak imam? Apa kita nak buat?"tanya razak
"Kita tak tahu macam mana makhluk tu boleh muncul semula. Sebab dah bertahun lamanya makhluk tu hilang. Saya ingat makhluk tu dah mati dengan tuannya pak wardi"
"Jangan-jangan makhluk tu dah ada tuan baru"kata razak
"Wallahualam"jawab pak imam.

Sejurus pak imam selesai memagari kawasan rumah rahimah, pak imam beransur pulang. Jam sudah menghampiri 9 malam.

"Kamu nak kemana zaki?"tanya rahimah bila melihat zaki mencapai kunci kereta.
"Zaki nak ke pekan."kata zaki
"Isyhh kau ni, berani nak keluar rumah malam-malam ni. Kau tu baru lepas kene gangu.. buatnya makhluk tu kokak kau tengah jalan nanti macam mana?!"marah rahimah
"Mak jangan risau lah. Tak lama zaki keluar. Zaki bacalah apa yang patut"kata zaki lalu melangkah keluar dari rumah.
"Isyhh budak ni degil! Kalau apa-apa jadi kat tengah jalan tu kang..isyhhh!!"rahimah membebel.

Zaki memberhentikan kereta di depan warung Pak Seman. Niat hatinya ingin melepak sambil minum secawan dua kopi tarik. Belum sempat zaki mematikan enjin kereta, telefon bimbitnya bergetar. Panggilan masuk dari tunangnya.

"Assalammualaikum"
"Waalaikumsalam"jawab zaki
"Awak ok ke? Kenapa saya whatsapp tadi tak balas?"tanya alia
"Saya tak check handphone tadi."
"Awak buat apa?"
"Nothing.. sembang dengan mak je tadi"
"Mak sihat ke?"
"Yup"
"Kirim salam mak nanti"
"Sure"
"So have u decide which colour you nak?"
"For what?"
"For our weadinh dress la"
"Let's try black"
"Black?? Euwww"
"Laa ok what"
"Sayang, kita buat majlis kahwin ok, bukan majlis pengebumian nak pakai hitam"
"Then awak jela decide"
"Tengok tu! Suka lepas tangan!"
"Look sayang, benda-benda pasal kahwin ni saya tak retinak buat. Awak jela handle everything ok.. saya setakat nak awak sah jadi isteri saya je.. thats all!"
"Tapi atlease awak kenalah buat keputusan juga.. kalau saya seorang je nanti awak tak suka pula dengan pilihan saya"
"Saya dah cakap tadi. Saya tak kisah. Janji awak happy... Awak happy saya pun happy"
"Hmmm ok"
"Anything else? I have to go"
"go? Go where?"
"Meet my friends la.. kitorang dah janji nak lepak malam ni.. saya rindu nak lepak dengan kawan-kawan saya"
"Hmm yela.."

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now