14 : Disini ia bermula

2.6K 49 20
                                    

14 : Disini ia bermula

Kereta honda zaki meluncur laju di atas lebuhraya. Wajah zaki kelihatan sedikit risau. Kelajuan yang dipandu zaki melebihi had 110km/j kelajuan yang dibenarkan. Hanya tinggal kutang dari 5km lagi zaki bakal tiba ke destinasinya.

Masih tergiang-giang suara razak dihujung panggilan telefon tadi. Razak memberitahu bahawa emak zaki demam panas dan jatuh pengsan di dapur rumah.

Akhirnya zaki tiba di kampung tepat jam 2 pagi. Zaki terus melompat keluar dari perut kereta dan berlari masuk ke dalam rumah. Kosong. Zaki terus menuju ke dapur. Kosong. Zaki bergegas masuk kedalam bilik emaknya. Kosong.

"Zaki!! Zaki!!" Kedengaran suara seorang perempuan di luar rumah
"Kak salwa, mana emak saya?"tanya zaki
"Baru tadi ambulans amek mak kau bawak ke hospital"kata salwa
"Ya Allah.. teruk ke keadaan mak?"zaki mula panik
"Akak tak tau.. kalau kau nak ke hospital, akak nak ikut sekali"kata salwa
"Haa yela jom!"kata zaki lalu menutup pintu rumah kembali.

Zaki masuk kedalam bilik wad icu yang menempatkan emaknya. Zaki kelihatan sedikit pucat dan matanya berkaca melihat susuk tubuh emaknya terbaring berselimut di atas katil.

"Encik ni waris puan rahimah ke?"tanya seorang perempuan yang memakai kot putih.
"Saya anak dia"jawab zaki
"Saya doktor Shila yang merawat emak encik"doktor perkenalkan diri.
"Saya zaki. Emak saya sakit apa doktor?"
"Mak encik kene Transient Ischaemic Attack.. atau ministrok.."
"Emak saya kene strok?"
"Bukan strok biasa tapi ministrok sahaja"
"Ministrok?"
"Biasanya dalam 24jam akan pulih.. buat masa sekarang saya terpaksa tahan emak encik untuk pengawasan lanjut.. saya dah lakukan CT scan, so far tak nampak apa yang bahaya..memandangkan hospital kami takde Mesin MRI, saya cadangkan nanti boleh hantar emak encik ke hospital dibandar untuk buat MRI scan apabila emak encik dah betul-betul stabil nanti"ujar doktor yang berbangsa india itu.
"Baik. Terima kasih doktor"jawab zaki lalu mengusap tangan rahimah lalu menciumnya.

Zaki menoleh keluar, razak dan isterinya berdiri memandang zaki. Zaki berjalan keluar dan menuju ke razak dan salwa.

"Macam mana mak boleh jadi macam ni?"tanya zaki
"Aku pun tak tahu ki.. lepas maghrib aku pergi rumah mak kau nak hantar kotak-kotak bunga telur. Aku masuk dalam rumah,aku tengok  mak kau dah terlentang kat dapur sambil muka dia terherot sedikit. Tu yang aku cepat-cepat panggil ambulans bawak mak kau ke hospital"cerita razak
"Lama ke mak kene strok?"tanya zaki
"Strok? Mak kau kene strok ke?"sampuk salwa
"Ministrok,macam strok biasa tapi tak teruk"
"Baguslah kalau tak teruk.. berapa lama mak kau kat sini nanti"
"Tengok esok macam.mana keadaan mak"kata zaki

"Zaki!"

Zaki menoleh ke belakang, zali berjalan laju mendekati zaki. Zaki menjadi sebak lalu memeluk abangnya. Zaki gagal menahan perasaan. Seorang jururawat wanita menegur zaki supaya kawal perasaannya dan meminta yang lain beredar kerana wad icu hanya terhad kepada ahli keluarga sahaja.

"pukul berapa kau sampai?"tanya zali lalu duduk disebelah zaki.
"Entah, dalam jam 2 kot"jawab zaki
"Kalau kau mengantuk, kau balik lah.. biar aku je dok sini jaga mak"kata zali
"Tak pe, aku ok je ni.. "kata zaki memandang ke arah emaknya.
"Kau takut?"tanya zali
"Kau nak tau, aku sebenarnya risau kalau mak kene rasuk dengan makhluk tu"kata zaki
"Oh.. tak kot.. selama ni mak ok je duduk sorang-sorang kat rumah tu"kata zali
"Aku ingat nanti lepas kahwin nak ajak mak duduk dengan aku sekali kat KL"kata zaki
"Kau ingat aku tak pernah ajak mak duduk dengan aku ke? Tapi mak tak nak, mak nak duduk sini juga"kata zali
"Tu sebelum dia jadi macam ni, lepas ni mesti dia akan tukar fikiran punya"kata zaki.

Pukul 6:30 pagi seorang jururawat mengejutkan adik beradik itu. Zaki tertidur dalam dakapan zali. Zaki dan zali diminta untuk tunggu diluar untuk doktor datang membuat pemeriksaan pada emak mereka.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now