20 : Pergi Dari Hidupku!!

2.3K 47 7
                                    

20: Pergi Dari Hidupku!!

Motorsikal yang ditunggang zali masuk kedalam halaman rumah fitri. Zali memandang sekeliling rumah fitri. Pintu dan tingkap rumah tertutup rapat. Zackruddin dan zali turun dari motorsikal.

"Tak silap saya.. ini rumah anak murid saya"kata zackruddin
"Siapa?"tanya zali
"Saya macam tak berapa ingat nama dia..fakri ke fazli ke fitri ke fikri.."kata zackruddin
"Hmmm macam takde orang"kata zali
"Tula.. bertutup je rumah ni.."
"Kita cuba bagi salam dulu"

"Assalammualaikum.."

Zali dan zackruddin silih berganti memberi salam. Zali berjalan keliling rumah itu. Zackruddin memandang persekitaran rumah itu. Zackruddin menoleh ke arah tingkap. Zackruddin seperti melihat kelibat orang mengintai di balik tingkap cermin nako yang kabur itu. Zackruddin merenung lama-lama ke tingkap tersebut.

"Macam mana? Ada orang tak?"tanya zackruddin bila melihat zali berjalan kembali ke arahnya.

Zali mengelengkan kepala. Zali dan zackruddin kemudiannya keluar dari halaman rumah fitri. Fitri berasa lega kerana kedua-dua lelaki itu akhirnya berlalu pergi dari rumahnya.

"Tak boleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu.. kalau tak habis akan ada orang tahu tentang aku"kata fitri sambil memandang ke arah zaki yang lena.

Malam itu selepas solat isyak dan juga solat hajat untuk mencari zaki, rahimah bersama anak sulungnya dan bekas cikgu sekolah rendah anak bongsunya makan malam di dapur. Malam itu rahimah memasak makanan kesukaan zali.

"Mana mak dapat daging itik salai ni?"tanya zali
"Razak yang belikan.. tu yang mak buat masak lemak tu"kata rahimah
"Zack makan itik?"tanya zali
"Makan je"kata zackruddin
"Macam mana tadi? Ada jumpa pape ke pasal zaki?"tanya rahimah
"Tak jumpa lagi mak.. zali dah buat report polis dah"kata zali
"Apa kata tok imam?"tanya rahimah
"Tok imam yang suruh buat report polis"kata zali
"Mak harap sangat dapat jumpa zaki dengan selamat."kata rahimah
"Mak jangan risau, zali percaya zaki selamat dan baik-baik je"kata zali.

Selesai makan zali duduk di beranda rumah sambil membalas whatsapp dari isterinya. Zackruddin berada didalam bilik zaki. Zackruddin membalas whatsapp dari pembantu pengurus restorannya. Setakat ini segala urusan perniagaan di restoran zackruddin berjalan lancar.

Zackruddin juga membalas whatsapp dari alia. Alia selalu bertanya akan perkembangan zaki. Zackruddin meminta alia untuk bersabar dan berdoa supaya zaki dipertemukan dengan cepat dan selamat.

Waktu sudah menghampiri jam 11malam. Zackruddin berjalan keluar dari bilik dan menuju ke beranda rumah. Zackruddin tersenyum melihat zali sedang leka menonton video di youtube.

"Hi"tegur zackruddin lalu duduk disebelah zali
"Hi"zali tersenyum
"Tengok apa?"tanya zackruddin
"Video-video prank lawak ni"kata zali
"Tak mengantuk ke?"tanya zackruddin
"Belum lagi.. awak dah mengantuk ke?"tanya zali
"Tak.. sedap mak awak masak itik tadi"puji zackruddin
"Ye memang sedap.. lauk kegemaran saya tu"kata zali
"Saya nak minta resepi la kat mak awak.. boleh saya masuk dalam menu restoran saya"kata zackruddin
"Boleh.. tanya la mak saya nanti"kata zali lalu menyambung menonton youtube

Zackruddin mengusap lengan zali mengunakan jari telunjuknya. Zali menoleh ke arah zackruddin. Zali tersenyum. Zackruddin juga tersenyum. Zali mengusap rambut zackruddin. Zackruddin membiarkan zali membelainya.

"Jangan.. nanti mak awak nampak"kata zackruddin bila zali merapatkan wajahnya ke wajah zackruddin
"Mak saya dah tidur"kata zali
"Nanti orang lain nampak"kata zackruddin
"Takde orang dah waktu-waktu macam ni"kata zali lalu memaut leher zackruddin.

Zali mencium bibir zackruddin. Zackruddin membalas ciuman zali. Tidak sampai 15 saat mereka berbalas ciuman. Zali tersenyum sambil mengusap pipi kanan zackruddin dengan ibu jarinya.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now