7 : " What The F*ck is Wrong With Me?!"

3.1K 52 8
                                    

7: What The F*ck is Wrong With Me?!

Selesai menyalin pakaian zaki menutup pintu lokar. Beg yang berisi pakaian bersenam yang dipakai tadi digalas. Zaki berjalan keluar dari gym. Sudah sebulan zaki hidup dalam tenang. Zaki tidak digangu oleh makhluk hitam belaan arwah dukun pak wardi.

Zaki memandu keretanya pulang ke rumah. Peramcangan untuk berjumpa cikgu sekolah rendahnya tidak jadi. Zackruddin ada kelas tuisyen pada malam ini. Ketika di persimpangan lampu isyarat merah, zaki mengusap lembut cincin pertunangannya.

Hanya tinggal kurang dari 2 bulan lagi zaki zaki bakal berkahwin dengan alia. Zaki berjalan masuk kedalam rumahnya. Sepi. Setelah rumahnya dipagar oleh ustaz asri iaitu kawan kepada zackruddin, zaki jadi lebih berani untuk tidur dirumah ini.

Pukul 10 pagi zaki tersedar dari tidur. Zaki mandi dan berpakaian. Zaki membawa sebuah beg pakaian ketika keluar dari rumah. Esok dan lusa zaki cuti jadi zaki pulang ke kampung untuk menjenguk ibunya.

Zaki sempat singgah berjumpa dengan zackruddin di restoran zackruddin. Zaki juga sempat makan tengahari disitu. Tiba-tiba darah zaki berderau ketika keretanya dipandu masuk ke pintu gerbang kampungnya.

Tiba-tiba zaki dapat rasakan hembusan bayu dingin menerpa ke wajahnya. Kereta honda yang dipandu zaki terhenti ditepi jalan. Jantung zaki berdegup kencang. Tangan zaki umpama melekat distereng kereta. Zaki tidak mampu untuk bergerak.

"Astaghfirullah al-azim.."bisik mulut zaki berkali-kali.

Akhirnya segala pulih kembali. Zaki mampu untuk bergerak seperti biasa. Zaki melihat kiri dan kanannya. Zaki terlihat sebuah pondok usang di tepi sungai.

"Itukan pondok pak wardi.. rupanya aku kat kebun pak wardi" zaki bercakap sendirian.

Zaki singgah sebentar di kedai runcit yang pernah menjadi milik arwah ayahnya. Zaki membeli toiletries. Zaki terlupa untuk membawanya. Zaki tersenyum bila melihat fitri didalam kedai yang sama.

"Fitri"tegur zaki
"Eh zaki! Bila kau sampai?"tanya fitri teruja melihat rakan sekolahnya.
"Baru sampai.. aku nak beli berus gigi.. lupa bawak"kata zaki bersalaman dengan fitri
"Berapa lama kau balik?"
"Kejap je.. lusa aku dah balik KL"
"Ada masa nanti jomlah lepak"
"Haha ok-ok.. wei aku balik dulu "jawab zaki
"Malam ni kalau free datangla kay warung pak seman k"kata fitri.

Zaki mengangkatkan tangan. Zaki berjalan keluar dari kedai tersebut. Fitri hanya tersenyum melihat zaki berjalan pergi. Jantung fitri masih berdegup kencang. Fitri benar-benar terpikat pada zaki. Sudah lama dalam diam fitri menaruh hati pada zaki.

-FLASHBACK-

Cuaca pada pagi itu cerah. Bunyi deruan air sungai agak deras kerana malam tadi hujan lebat berlarutan hingga ke subuh. Fitri duduk berseorangan dicelah batu sungai. Harini fitri ponteng ke sekolah lagi. Fitri tidak menyiapkan kerja sekolah subjek sejarah.

Selain sebab itu, fitri juga tidak mahu dibuli oleh khuzir lagi. Hari-hari fitri dibuli oleh khuzir. Perwatakan fitri yang pendiam itu membuatkan fitri nampak lemah. Fitri selalu diejek pondan kerana tidak mahu berkawan dengan pelajar lelaki.

Fitri menepuk-nepuk muka dan badannya. Walaupun hari siang tapi nyamuk masih aktif untuk hinggap dan mengisap darah. Tiba-tiba fitri terdengar suara gelak tawa beberapa lelaki. Suara yang sangat dikenalinya.

Zaki dan khuzir serta 2 orang lagi lelaki sedang berjalan menghampiri sungai. Fitri tidak sangka, mereka juga ponteng sekolah pada hari ini. Fitri tersenyum melihat zaki sedang menanggalkan pakaiannya bersama pelajar lain.

Fitri terkejut melihat khuzir, lelaki yang selalu membulinya bogel tanpa seurat benang sedang berlari ke dalam sungai. Fitri memandang zaki, zaki tidak berbogel seperti khuzir. Zaki memakai seluar dalam berwarna hitam.

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now