9: Pelukan Kasih -Part 2-

2.6K 61 8
                                    


9: Pelukan Kasih -Part 2-

Waktu sudah berganjak ke tengah malam.  Zaki akhirnya berjaya ditenangkan dan kembali tidur. Zali akhirnya keluar dari bilik zaki dan menuju ke dapur. Isteri dan emaknya sedang duduk berbual.

"Macam mana bang, zaki dah ok ke?"tanya siti
"Dah.. dia dah tidur"jawab zali lalu duduk dikerusi sebelah emaknya.
"Mak tak tahu kenapa benda tu mencari zaki lagi"kata rahimah
"Zaki cakap dengan saya dia dah berubat dah. Kawan cikgu dia tolong dia yang ustaz dulu pernah lawan dengan dukun tu"kata zali
"Bila? Mak tak tau pun"
"Zaki kene gangu dengan jembalang tu kat KL, zaki jumpa cikgu sekolah rendah dia waktu UPSR dulu mintak tolong. Cikgu tu suruh kawan dia yang ustaz tu pagarkan rumah zaki"cerita zali.
"Abang cakap dulu benda tu dah mati dengan dukun tu, kenapa tiba-tiba boleh muncul pulak?"sampuk siti sambil menuangkan air kopi panas ke cawan suaminya
"Itu yang pelik. Patutnya jembalang tu dah takde lagi."kata zali
"Ya Allah kenapalah anak aku jadi mangsa.. dia dah la nak kahwin nanti.. mak risau benda tu kacau perkahwinan zaki tu nanti"
"Mungkin benda tu tak nak zaki kahwin kot"kata siti
"Apa yang benda tu nak dari zaki sebenarnya?"rahimah buntu
"Dah lewat ni, mak jangan fikir pape lagi. Mak masuk tidur berehat. Esok zali akan pergi jumpa tok imam kat kampung minta tolong pagarkan rumah ni."
"Mak tak boleh tidur la risaukan zaki tu"
"Zali akan jaga dia.. arwah ayah dah pesan kat zali untuk jaga keluarga kita bila dia dah takde. Zali tahu apa nak buat nanti"kata zali lalu menghirup kopi panas.
"Yela.."
"Awak pergi tidur dengan aiman ye"kata zali pada isterinya.
"Yela bang"jawab siti

"TOKTOKTOK!!"

Masing-masing terkejut mendengar bunyi ketukan pintu didepan rumah.

"Sape pulak yang datang malam-malam ni?"rahimah risau
"Assalammualaikum!! Kak imah!!"suara orang memberi salam kedengaran diluar
"Eh tu suara razak tu"kata rahimah

Pintu rumah dibuka rahimah. Kelihatan razak berdiri didepan pintu sambil membawa lampu suluh.

"Oh razak, ada apa datang malam-malam ni?"tanya rahimah
"Saya dengar tadi suara orang menjerit minta tolong.. suara azan pun ada tadi.. ada yang tak kena ke?"tanya razak
"Adik aku kene kacau"kata zali
"Zaki ke? Kene kacau apa?"
"Jembalang yang selalu rasuk zaki masa zaki kecil dulu"kata zali.
"Ya Allah, yeke?? Macam mana boleh jadi macam tu, makhluk tu kan dah lama mati!"kata razak
"Tak tau la.. tiba-tiba dia muncul balik"kata rahimah.
"Mana zaki? Dah elok ke?"tanya razak
"Dia dah tidur kat dalam bilik.. meh la masuk dulu"jemput rahimah

Siti membawa sedulang air dan beberapa keping biskut ke ruang tamu. Razak dan zali sedang berbual.

"Aku rasa rumah kau ni dah kene pagar balik ni"kata razak
"Tu la, aku ingat nak jumpa tok imam esok"kata zaki
"Aku tak sangka, dah berpuluh tahun dukun tu mati tapi makhluk belaan dia rupanya masih hidup bebas"kata razak
"Aku pelik kenapa benda tu cari balik si zaki tu"
"Seingat aku, makhluk tu cari budak-budak sekolah je dulu.. tak cari budak dewasa. Tapi zaki dah besar sekarang, kenapa makhluk tu tetap nak kat zaki"
"Aku tak tau jak.. aku ingat dulu yang jadi mangsa budak-budak kecil sebab dukun tu.. dukun tu suka kat budak-budak. Makhluk tu ikut je arahan dukun tu"
Razak minum air kopi yang dihidangkan siti.
"Mak kau cakap, esok kau balik KL. Betul ke?"
"Ye, sebab isnin aku dah kerja. Bini aku pun kerja. Anak aku yang nombor dua tu sekolah"
"Habis zaki macam mana?"
"Tu la.. aku ingat nak minta cuti nanti. Jaga zaki"

"Arghhh jangan!! Jangan dekat!!"

Suara jeritan zaki tiba-tiba kedengaran dari dalam bilik. Zali segera berlari mendapatkan adiknya sambil diikuti razak.

"Zaki!! Zaki!! Kenapa ni wei?! Zaki?!"tanya zali sambil menepuk-nepuk manja muka adiknya
"Aku takut bang, dia ada lagi"zaki memeluk kuat abangnya
"Mana? Mana dia?"
"Tadi .. dia .. kat tingkap tu!"kata zaki
"Ya Allah panas badan kau ni zaki. Kau demam ni"kata zali
"Nak bawak ke hospital ke?"tanya razak
"Aku nak cakap apa nanti? Adik saya kene rasuk?"
"Isyhh tak guna betul makhluk ni, tak habis-habis nak gangu hidup orang!"kata razak
"Awak ambilkan tuala dengan air, saya nak tuam dahi zaki ni"arah zali kepada siti
"Macam ni la zali, esok waktu subuh aku jumpa tok imam kat masjid aku ceritakan hal ni kat dia. Kau jaga la adik kau ni. Kau baca la apa yang patut untuk hindari makhluk tu"
"Ye. Terima kasih jak"kata zali

Dukun 2 (COMPLETED)Where stories live. Discover now