Teaser 1

680 18 0
                                    

Teaser 1 💥

#diamasihdisini (versi belum edit)
#PBAKL2023

“Reen…”

Bahu Qaireen dicuit. Gadis itu menoleh ke sebelah.

“Makin teruk ni. Kau tak rasa pelik ke?” Afia berbisik perlahan.

“Aku dah lama perasan. Dah tiga bulan kita dilayan macam ni. Setahu aku, tempat kita ni selalu dapat bantuan.”

Afia mengangguk laju.

“Aku tak tahanlah hidup macam ni. Kita lari nak?”

Bulat mata Qaireen. Laju dia gelengkan kepala.

“Jangan buat gila? Kita dah nak SPM. Bertahan sikit. Lepas tamat SPM, kita dah ada lampu hijau untuk keluar dari sini.”

Ikutkan hati, dia dah lama nak pergi dari sini. Disebabkan dirinya masih terikat dengan peperiksaan penting, terpaksalah Qaireen bertahan.

“Badan aku ni dah kurus sangat. Makan pun asyik kena catu.”

Qaireen hembus nafas panjang. Badan dia pun dah kurus mendadak.

“Sabarlah sikit. Kita ni bernasib baik masih diberi makan. Ada lagi yang tak dapat makanan.” Qaireen cuba menyedarkan Afia.

Sedang mereka menikmati sarapan, anak mata Qaireen terpandang kelibat anak kepada pemilik rumah anak yatim itu.

Lelaki itu sedang memerhati mereka bersarapan di dewan. Tiba-tiba anak mata mereka bertemu. Sengaja Qaireen tidak mengalihkan anak matanya. Lelaki itu hadiahkan senyuman kepada Qaireen.

Qaireen tersenyum sinis. Dia segera habiskan makanan dan minumannya. Lebih baik dia cepatkan habiskan sarapan supaya dapat masuk ke bilik.

“Siapa nama?”

Qaireen mendongak sedikit ke atas. Dahinya berkerut.

“Siapa nama awak?” soal lelaki itu.

“Qaireen.”

Lelaki itu mengangguk bersama senyuman lebar di bibir. Afia di sebelah sudah berasa pelik.

“Umur?”

“Encik boleh tengok maklumat peribadi kami di sini. Takkan selama ni encik ada di sini, langsung tak ambil tahu tentang penghuni di sini?” Nak kata ramai, hanya ada 60 orang yang tinggal di rumah anak yatim ini.

Berubah air muka lelaki itu. Afia di sebelah rasa nak tepuk tangan. Padan muka. Nampak sangat kerja di sini hanya habiskan duit bantuan.

“Saya sibuk. Banyak kerja yang perlu diselesaikan sejak saya ambil alih tempat ni. Maaf kalau pertanyaan saya tadi kurang senang. Saya Zayed.”

“Saya tahu. Takkanlah kami tak kenal dengan encik.”

Qaireen berdiri sambil membawa cawan kosong. Selamba dia berjalan melintasi lelaki itu. Afia cepat-cepat mengikut Qaireen dari belakang.

“Kau dah gila ke?” Bisik Afia sebaik saja mereka keluar dari dewan makan.

“Apa yang aku buat?” Qaireen pura-pura menyoal.

“Muka dia berubah teruk lepas kau cakap macam tu.”

Qaireen tergelak kecil. “Itu baru sikit. Kalau ikutkan hati, aku rasa nak simbah air teh ke muka dia. Dasar lelaki gatal.”

Qaireen tak bodoh. Dari cara lelaki itu memandangnya, dia sudah tahu Zayed ada agenda sendiri.

“Kau janganlah berani sangat. Nanti dia kenakan kau, macam mana?”

Qaireen tak endahkan kata-kata Afia. Nak kata dia berani, tak juga. Dia cuma bercakap perkara yang betul.

Walaupun dia hidup sebagai anak yatim di sini, itu bukan pakej untuk mereka terus ditindas. Sebelum ini, hidup Qaireen aman tetapi sejak kemunculan Zayed, semuanya seperti mimpi ngeri.

Makanan dicatu. Belanja sekolah dikurangkan. Malah bantuan untuk mereka tidak diagihkan dengan betul.

😌

Nak tahu kisah hidup Qaireen dengan lebih jelas, dapatkan buku ni ya. Masa di Wattpad, kak terus lompat dia dah kahwin n insaffff. Penerbit dan ambil tempahan. Nak beli dgn akak, tunggu 2 Mei 💖

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now