Teaser 6

301 9 0
                                    


#diamasihdisini
#PBAKL2023

“Mana dia ni? Aku tahu dia tak balik lagi.”

Dah setengah jam dia menunggu. Bayang lelaki itu masih belum muncul. Sesekali dia betulkan solekan di wajahnya.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kelam kabut Qaireen berteduh di hadapan bangunan kerja. Mujurlah dia sempat melarikan diri ke sini.

“Hishh… habis basah kain aku. Ni yang malas nak pakai baju kurung.”

Semuanya disebabkan Elman. Boleh dikatakan setiap hari dia ke tempat kerja dengan memakai baju kurung. Kononnya untuk meraih perhatian lelaki itu. Tapi jangankan nak pandang. Nak terserempak pun payah.

“Ehem!”

“Ooo… mak kau!” Terperanjat Qaireen. Dia menoleh ke sebelah. Wajah masam tadi berubah ceria.

“Eh, tuan tak balik lagi?”

“Memang ini masa saya balik bekerja. Yang awak tu, kenapa tak balik lagi?” soal Elman sambil melihat penampilan gadis itu.

Manis tapi solekan di wajah gadis itu yang membuatkan dia kurang gemar.

“Hujan. Itu yang saya tunggu dekat sini.” Bohong Qaireen.

“Dah sejam awak balik dari kerja. Kalau nak salahkan hujan, rasanya tak sampai lima minit hujan baru turun.”

Terkulat-kulat Qaireen.

“Err… saya ada kerja banyak. Saya ni tak suka tangguhkan kerja.”

Ternaik kening Elman. Dia bukannya bodoh. Dah setengah jam dia perasan gadis itu berdiri di sini. Tak mustahil gadis itu ada agenda sendiri. Elman segera bergerak ke tempat letak kereta.

“Eh, tuan dah nak balik ke?”

“Ehmmm…”

“Hujan ni. Tuan… tuan tak nak tumpangkan saya?” Lantaklah Elman nak kutuk dia. Zaman sekarang ni, perempuan kena berani bertindak.

“Tumpangkan ke mana?”

Lebar senyuman Qaireen.

“Ke rumah sewa saya.”

Tiba-tiba Elman ketawa kecil sambil mengusap rahangnya. Sekarang dia dah faham agenda gadis di hadapannya.

“Ini ke cara awak dapatkan lelaki kaya?”

Mati senyuman Qaireen.

“Rasanya cara awak ni tak sesuai untuk saya. Saya tak berminat untuk rapat dengan mana-mana pekerja saya terutamanya…”

Elman dekatkan sedikit bibirnya ke telinga Qaireen.

“Pekerja bawahan saya.”

Merah muka Qaireen. Dia bukannya malu disebabkan jawatan kecilnya di syarikat Elman. Tapi kata-kata lelaki itu umpama memijak maruah dirinya.

“Ooo… maksud tuan, kita tak sekufu.”

Elman tak menjawab.

“Saya minta maaf sebab buat tuan tak selesa. Tak sangka tuan ni sama aje dengan lelaki yang saya kenal sebelum ni. Terlalu mementingkan kesempurnaan.”

“Tak salah untuk kita memilih yang terbaik dalam hidup kita,” celah Elman. Tak tahulah kenapa dengan gadis ini dia terlalu banyak bercakap.

Qaireen ketawa kecil. Kepalanya mengangguk setuju dengan kata-kata Elman.

“Betul. Itulah yang saya buat sekarang. Saya rasa, tuan yang terbaik dalam hidup saya. Tak salah saya mencuba dapatkan tuan.”

Elman tergamam.

“Hujan pun dah berhenti. Saya balik sendirilah hari ini. Saya yakin, tak lama lagi tuan sendiri yang akan tawarkan diri untuk hantar saya balik.” Qaireen kenyitkan mata. Sempat jari halusnya mengusap lembut dagu Elman.

Tersentak Elman. Semuanya berlaku secara spontan. Sentuhan gadis itu berjaya membuatkan dia berdiri kaku di situ.

😝

Qaireen versi Wattpad sangat baik tapi dalam versi cetak, dia sangat daring seperti kata admin LNP🥶🥶

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now