Teaser 5 😚

309 8 0
                                    

Teaser 4 💖

#diamasihdisini
#pbakl2023

TALI lehernya dibetulkan sedikit sebelum dia masuk ke dalam lif. Terkial-kial tangan Elman cuba mengikat tali leher.

“Kejap!”

Pintu lif terbuka kembali. Elman pandang ke hadapan. Hampir terlepas beg kerjanya gara-gara kemunculan gadis itu.

“Maaf, tuan. Boleh saya masuk.”

“Errr… boleh.” Gugup Elman memberikan keizinan.

Ceria wajah Qaireen. Setelah seminggu bekerja di sini, baru hari ini dia mendapat peluang mendekati lelaki itu.

Elman masih terkejut. Dia sendiri tertanya-tanya punca gadis itu ada di sini. Atas bawah dia pandang penampilan gadis itu. Air liur ditelan payah. Cepat-cepat dia alihkan anak matanya ke arah lain.

“Eh, kenapa senget? Mari saya betulkan.”

Bulat mata Elman. Gadis itu sedang membetulkan tali lehernya. Bau wangian gadis itu menusuk ke lubang hidungnya. Berpeluh wajah Elman.

“Barulah nampak kacak.” Dada bidang lelaki itu diusap lembut.

Elman terundur kaki ke belakang. Merah wajahnya ketika ini. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

Sebaik saja pintu lif terbuka, laju kakinya melangkah keluar. Dia berpaling ke arah gadis itu.

“Awak bekerja di bahagian mana?”

“Marketing, tuan.”

Elman putarkan badan dan bergerak ke biliknya. Setibanya di bilik, dia segera menghubungi pihak sumber manusia. Ada perkara penting yang perlu dia tahu.

Hampir 10 minit menunggu, pintu biliknya diketuk. Dia membenarkan lelaki itu masuk ke sini.

“Awak ada bawa fail pekerja baru tu ke sini?” soal Elman kepada Azizul.

“Ada. Ini dia.”

Fail itu sudah berpindah tangan. Dia membaca dengan teliti maklumat gadis yang ditemui tadi di dalam lif.

“Dah seminggu dia bekerja, takkan tak ada sesiapa yang tegur cara pakaian dia di sini?”

Kelu lidah Azizul.

“Kenapa tak jawab?” Keras nada suara Elman.

“Maaf, tuan. Kami… kami tak berani nak tegur.”

Pap!

Fail dihempas kasar di atas meja. Mujurlah walid tidak datang ke sini dalam minggu ini. Tak pasal-pasal orang tuanya boleh sakit jantung melihat keadaan gadis tadi.

“Esok suruh dia datang jumpa saya. Tolong pesan kepada dia, pakai pakaian sopan.” Tegas Elman berikan arahan.

“Ba… baik, tuan.”

“Fail tu biarkan di atas meja.”

Tak jadi Azizul untuk mengambil kembali fail yang dibawa ke sini. Cepat-cepat dia keluar dari bilik itu.

Sebaik saja pintu ditutup rapat, Elman baca sekali lagi maklumat yang ada di dalam fail itu.

“Qaireen Irsa…”

😬

Elman dan muncul.  Bermulalah misi Qaireen untuk dapatkan crush dia.

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now