Teaser 4 ❤️

286 9 0
                                    

#diamasihdisini
#PBAKL2023

AFIA rasa nak pitam. Sepatutnya dia gembira apabila Qaireen berjaya mendapat kerja di tempatnya. Tapi sekarang, dia rasa nak bacakan Ruqyah di telinga Qaireen.

“Kau tak berguraukan?”

“No.” Qaireen masih sibuk menggosok baju yang akan dipakainya pada hari esok.

“Serius, Reen. Kau nak pakai baju macam ni esok.”

Qaireen hembus nafas kasar. Tajam dia merenung wajah Afia.

“Kalau kau nak membebel, tolong keluar sekarang dari bilik aku. Aku nak buat persediaan untuk hari esok pun terganggu.”

Afia rasa nak menangis. Takkanlah dia nak biarkan Qaireen pakai baju tak cukup kain esok. Mahu terbeliak mata pekerja di sana. Itu belum lagi angin kus-kus anak Haji Emad.

“Reen pandang aku.”

Kedua bahu Qaireen dipegang kemas. Dia paksa gadis itu berdiri di hadapannya.

“Etika kerja dekat sana, tak boleh pakai baju macam ni.”

“Tak ada pun mereka cakap apa-apa masa aku pergi interview.”

Afia tarik nafas dalam-dalam.

“Sebab tu aku beritahu sekarang. Buatnya kau kena marah dengan bos kita, teruk kau nanti.”

Qaireen ketawa dengan sikap gelabah Afia. Tangan gadis itu ditepis lembut. Dia menyambung kembali kerja menggosok pakaian.

“Aku bukan budak lagi. Dah sah-sah aku kerja di bahagian marketing. Mestilah kena faham kenapa aku berpakaian macam ni?”

“Ya Allah! Kenapa kau ni degil sangat?” Naik pening kepala Afia nak menyedarkan Qaireen
.
“Bos kita tu Haji Emad. Kau rasa, dia suka ke tengok pekerja dia pakai tak cukup kain?”

Puas hati Afia. Cakap berkias, masih tak faham.

“Zaman sekarang, gelaran haji tu hanya sekadar pangkat aje. Kau dah lupa beberapa orang lelaki yang pernah jadi mangsa aku sebelum ni. Kononnya ada haji. Tapi bila nampak perempuan seksi, gugur terus iman tu.”

Itulah realiti kehidupan sekarang. Dia paling benci mereka yang menggunakan agama untuk mengaburi mata-mata orang disekelilingnya. Hakikatnya, banyak perbuatan terkutuk yang dilakukan tanpa pengetahuan sesiapa.

❤️❤️

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now