Teaser 3

262 6 0
                                    

Teaser 3 🩷

#diamasihdisini
#PBAKL2023

“Nah. Tapi aku buat semua ni bukan percuma. Seminggu kau kena belanja aku makan.”

Afia ketawa kecil.

“Jangan cakap seminggu. Sebulan pun boleh.”

Terherot-herot mulut Qaireen mengajuk kata-kata Afia. Cakap besar konon. Silap-silap, dia pula yang kena keluarkan duit.

“Eh, darah apa ni?” Terkejut Afia.

Qaireen pandang tapak tangannya yang tergesel di atas jalan tar tadi. Patutlah pedih semacam.

“Aku jatuh tadi,” bohong Qaireen.

“Macam mana boleh jatuh? Teruk sangat ni. Tu… seluar kau dekat lutut pun dah koyak.”

Anak mata Qaireen jatuh ke bawah. Besar juga kesan koyakan pada seluarnya. Nafas dihembus kasar. Kalau dia nampak muka lelaki tadi, memang teruk lelaki itu dikerjakan dia. Dah buat salah, boleh pula tinggalkan dia macam tu.

Tiba-tiba dia terpandang sesuatu. Tak sedar kakinya sudah menghampiri gambar-gambar yang ada di situ.

“Ini… siapa?”

“Siapa?” soal Afia.

Jari telunjuk Qaireen di hala ke arah gambar lelaki itu.

“Ooo… inilah anak bos aku. Yang ni bos besar kami. Haji Emad. Yang ni anak dia…”

“Elman Firdaus.” Spontan nama itu disebut.

Terkebil-kebil mata Afia.

“Mana kau tahu nama dia? Kau dah kenal dia lama ke?” Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Qaireen.

“Dekat situ kan ada nama dia. Mestilah aku boleh baca.” Bengang Qaireen. Lurus sangat perempuan ni.

“Sorry. Lupa.” Tersengih-sengih Afia.

Qaireen terfikirkan sesuatu. Laju dia menoleh ke arah Afia.

“Kau cakap, tempat ni nak ambil pekerja. Betul ke?”

“Betul.”

“Bila?” soal Qaireen.

“Minggu depan. Kalau ada yang nak cuba, boleh isi borang yang ada dekat kaunter tu.”

Tanpa banyak soal, Qaireen terus bergerak ke arah kaunter pertanyaan. Bingung Afia. Lengan gadis itu ditarik bersamanya.

“Kau nak bawa aku pergi mana ni?”

“Ambil borang.”

“Ha?!” Terjerit Afia.

“Aku dah buat keputusan nak cuba kerja di sini. Jangan lupa doakan aku dapat kerja satu tempat dengan kau.”

Qaireen kenyitkan mata sebelum berlalu ke kaunter. Afia masih tak berganjak dari tempatnya. Tiba-tiba saja Qaireen mahu bekerja di sini. Sebelum ini, bukan main liat lagi.

Perlahan-lahan dia menoleh ke arah gambar tadi. Air liur ditelan terasa payah. Takkanlah sasaran Qaireen selepas ini ialah…

Elman Firdaus!

🌹

Qaireen dah jumpa crush dia. Habislah Elman 👉👈

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now