Teaser 2

393 19 0
                                    

#diamasihdisini
#PBAKL2023

“Siapa yang tolong kau?”

Qaireen gelengkan kepala. Yang dia tahu, lelaki itu membawa di ke hospital. Selepas beberapa hari dia sedar, lelaki itu tidak pernah muncul.

“Kaki kau okey?”

“Sikit aje.” Afia pandang ke arah kakinya yang masih berbalut.

Qaireen terharu dengan kesungguhan Afia. Sanggup gadis itu berlari berkaki ayam mencari seseorang untuk menyelamatkan dirinya. Kaki Afia terkena sesuatu yang tajam ketika mencari bantuan.

“Aku dah bawa semua barang-barang kau. Dokumen penting pun ada dalam beg ni. Kau nak buat apa dengan barang-barang ni?” soal Afia.

“Aku nak pergi dari sini.”

Tergamam Afia.

“Aku nak cari kerja. Keputusan SPM aku pun dah tak ada makna lagi. Aku kena cari duit untuk ambil peperiksaan sekali lagi.”

Afia bersimpati dengan nasib Qaireen. Gadis itu bijak tapi disebabkan perbuatan bodoh Zayed, dia menjadi mangsa.

“Aku nak beritahu kau tentang Hana.”

Qaireen masih tayang wajah bersahaja. Langsung tak berminat untuk mengambil tahu tentang perempuan simpanan Zayed.

“Hana meninggal.”

Laju Qaireen menoleh ke sebelah.

“Meninggal?”

“Ehmmm… dia bunuh diri.”

“Allah…” Mengucap panjang Qaireen di dalam hati.

“Dia mengandung. Zayed tu tak nak bertanggungjawab. Sekarang jantan tak guna tu dah masuk penjara. Mungkin sebab tu…” Tak sanggup Afia habiskan ayatnya. Mereka semua masih terkejut dengan kematian Hana.

Dendam Qaireen terhadap lelaki seperti Zayed semakin bertambah. Dia takkan biarkan dirinya ditindas lagi selepas ini.

“Ini…”

Hampir bertaut kening Qaireen.

“Jam siapa ni?” soal Qaireen apabila Afia hulurkan jam tangan kepadanya.

“Doktor cakap, ni jam lelaki yang tolong kau. Nampak macam jam mahal. Kau simpanlah. Manalah tahu dia datang nak ambil balik.”

Jam tangan sudah bertukar tangan. Ada perkataan E di belakang jam itu. Tak ada rezeki dia nak pulangkan jam ini. Lagipun dia akan keluar wad petang ini. Biarlah dia simpan jam ini untuk dijadikan kenangan.

😬

Agak2 jam tangan siapa tu??
Kalau dalam wattpad cerita ni tergantung. Dalam novel mestilah ada ending yang.... 💖💖

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now