Teaser 7

289 8 0
                                    

Qaireen hela nafas berat. Kepalanya dilentok ke bahu lelaki itu.

“Patutlah umi tak suka Reen. Mungkin Reen bukan yang terbaik untuk abang.”

Terhenyak Elman. Dagu isterinya ditarik sedikit ke atas. Mereka saling berpandangan.

“Sayang jangan kecil hati dengan umi. Sekarang ni sayang dah jadi isteri abang. Nak tak nak, umi perlu terima Reen sebagai isteri abang.”

Qaireen tersenyum kelat. Ketika dia tahu umi dan adik Elman tak sukakan dia, Afia pernah menasihati agar dia memikirkan kembali tentang perkahwinan ini. Afia tak nak Qaireen makan hati masuk ke dalam keluarga Elman.

Tapi dia tak mampu menipu diri sendiri. Dengan Elman, dia rasa ingin memiliki. Malah dia meneruskan perkahwinan ini disebabkan tercabar dengan sikap Hajah Natasya.

“Abang…”

“Ehmmm…” Guman Elman sambil merangkul bahu isterinya. Sesekali ubun Qaireen dicium penuh kasih.

“Kalau satu hari tiba-tiba hati abang berubah, tolong pastikan nama Reen masih di sini.” Tapak tangannya melekat ke dada bidang Elman.

Hampir bertaut kening Elman.

“Kenapa sayang cakap macam ni?” Suara Elman dah berubah serius.

“Hati manusia ni boleh berubah. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang.”

“Tak perlu fikir perkara yang belum berlaku lagi. Kita fikir yang baik-baik.”

“Reen nak abang janji. Dalam masa lima tahun lagi, hati Reen masih ada di sini.” Dada lelaki itu ditepuk lembut.

“Kenapa nak tunggu lima tahun lagi?” Pelik Elman.

“Reen pernah dengar, lima tahun pertama adalah fasa perkahwinan yang sangat berat. Banyak ujian yang kita bakal tempuhi. Reen harap, untuk lima tahun akan datang, kita masih kekal menjadi suami isteri.”

Elman tak senang hati dengan kata-kata si isteri. Seolah-olah wanita itu memberi bayangan rumah tangga mereka bakal retak sebelum perkahwinan mereka berusia lima tahun.

❤️❤️❤️

Tempahan dibuka sehingga 15 Mei. Diingatkan buku akan dipos selepas PBAKL. Nak walk in, boleh singgah di booth kami Dromance M05.

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now