Teaser 11

688 25 6
                                    

#diamasihdisini
#pbakl2023

“Reen...”

“Abang...”

Serentak mereka berdua bercakap. Qaireen tergelak kecil.

“Abanglah cakap dulu.”

“Tak apa. Reen cakap dulu. Abang dengar.”

Qaireen masih teragak-agak untuk bercerita. Risau juga Elman tak percayakan dia.

“Abang cakaplah dulu. Nanti Reen beritahu abang.” Dia cuba mengelak.

Elman berdeham sedikit. Terasa berat lidahnya untuk bercakap. Tapi dia sudah berjanji kepada umi dan walid untuk membawa mereka berdua ke sana.

“Hujung minggu ni abang akan bertunang.”

Hampir terlepas telefon di tangannya. Wajahnya sedikit pucat.

“Abang nak jemput Reen dan Emir. Ini permintaan umi. Umi nak Reen dan Emir ada sekali.”

Tak sedar air matanya sudah mengalir ke pipi. Mulutnya ditekup laju. Tidak mahu esakannya terlepas.

“Abang jemput Reen dan Emir Ahad ni. Boleh?”

Qaireen cuba bersikap tenang. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Kenapa umi nak Reen ada di sana?” soal Qaireen ingin tahu.

Terdengar keluhan di hujung talian.

“Umi dah anggap Reen seperti anak dia. Walaupun kita tak boleh jadi suami dan isteri, kita boleh jadi satu keluarga demi anak kita.”
Terlalu perit hati Qaireen mendengar jawapan itu.

“Abang harap, hubungan kita masih baik walaupun abang dah berkahwin nanti.”

“Ehmmm...”

Qaireen sudah tidak mampu untuk bercakap. Risau lelaki itu tahu dirinya sedang menangis.

“Reen nak cakap apa tadi?”

“Tak ada apa.”

“Tadi Reen cakap, nak beritahu abang sesuatu.” Elman masih menunggu.

‘Dah tak penting, abang.’

Semuanya sudah terlambat. Untuk apa dia beritahu perkara yang sebenar. Tak sanggup dia merosakkan majlis yang bakal berlangsung.

“Reen penat. Nanti abang nak datang, mesej Reen. Assalammualaikum."

Tak sempat Elman membalas, dia terlebih dahulu mematikan panggilan. Wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

Allah...

Terlalu berat ujian yang diterima kali ini. Tak dapat dia bayangkan lelaki yang paling dia cintai bakal bergelar suami orang.

🥲

Ya. Cerita Qaireen dan Elman sangat berat dan dark. Dark yang macam mana? Kena baca baru tahu. Kalau di Wattpad, kisah Elman dan Qaireen agak tergantung tp dalam versi novel, insyaAllah sudah tentu ada perakhiran yang sempurna💕

Tq masih setia menyokong karya MA.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Masih Di Sini...Where stories live. Discover now