serasi

8 0 0
                                    

Dia dan dia kelihatan cocok berdua
serasi
lebih erat barangkali
banyak menghabiskan masa bersama
saling bertukar hadiah
menghargai pemberian yang diberi
sehingga tidak kesah untuk berkongsi kepada semua
tunjukkan kepada semua yang mereka itu cocok
lihat, bilangan mata mereka juga itu pun sudah sama jadi apa lagi yang mahu dinafikan

kau jangan cemburu buta...
eh, bukan aku seorang yang bersangka begitu
kata hati ku yang menghasutku
jikalau menurutku, aku harap ianya firasat palsu
tapi nampak gayanya,
semacam benar sahaja apa yang terbentang di depan mata;

mereka serasi bersama

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now