Lapang

7 0 0
                                    

Aku pernah berkata bahawa antara dua orang yang mahu dipilih antara aku atau dia, pilihlah dia.
Aku tidak rela menjadi opsi antara dua.
Ego aku takkan padam.
Dan kemarin,
tibalah waktunya,
Hari dimana engkau telah membuat keputusan
bukan dengan perkataan tapi dengan perutusan
bahawa engkau sudah memilih dia
alhamdulillah,
aku sudah tidak perlu lagi bermain teka-teki dengan diri sendiri kerana jawapan itu sudah ada,
telah lengkap.
jaga diri,
semoga dia yang kau pilih itu lebih sempurna.
tidak lagi membuatkan kau memendam rasa
menanggung segalanya sendiri
menceriakan hari disamping mengejar ambisi
yang serupa.
selamat jalan meja kayu!
terima kasih atas segala memori dan rasa
aku tidak sedih aku terima dengan lapang.
anggaplah ini cuma salah satu rencah dalam riwayat hidup aku.

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now