plaster

5 1 0
                                    

wow ajaib, sudah hari yang ketiga
aku sudah tidak merasakan apa-apa
sudah tidak beria mahu ambil tahu
sudah tidak bertukar rentak denyutan pabila terlintas namanya di bening minda
barangkali hati sedang tidur
aku juga berpikiran sebegitu akan tetapi tidak.
ya, mungkin tadi ada juga bertemu di loka mimpi kau mengirim text bertanyakan khabar aku juga membalas titipan itu,
akan tetapi hal itu hanya tersekat di perbatasan visual sahaja.
takkan hati masih lagi tidur,
aku rasa akhir nya dia sudah faham dan sedar
redha dan ikhlaskan merupakan tingkatan paling tinggi dalam sesuatu perkata yang kita cinta.
Tidak lagi mencuba dan ingin memaksa-maksa
tertutup sudah segalanya tanpa perlu kesah sedang apa dan di mana.
kini biar aku menutup mata sambil melentokkan kepala di perbatasan tingkap bas,
menenggelamkan fikiran dengan rasa yang kosong tetapi lapang,
sudah tidak seserabut dulu
sudah tidak secelaru dulu
hahahaha hanya kerana seorang sunti kau boleh hampir gila ya,
hanya kerana seorang sunti kau bisa jadi bodoh

sebangang itu sebodoh itu
takpe ni lah namanya pengalaman
pengalaman main "suka suka"
main cinta
serik dah aku
tanak dah
biarkan saja dia tidur tertutup elok di situ

bagi yang lain,
tak payah ngada-ngada nak datang cuba kejutkan
cuba petik acah" kau boleh fix aku
awak ni orang baik sebenar nya
saya tulus ni dengan awak
try hard nak jadi semacam aku padahal kau tak layak untuk seperti itu
tak payah lah
kau tak mampu bendung aku
semua nya habis sudah

aku dah tak mau
serik dah,

Baskara yang suramDonde viven las historias. Descúbrelo ahora