Asing

4 0 0
                                    

semua orang sedang suka, menyanyi, berjoget
mereka kira kita semua juga sedang begitu
gembira menikmati keindahan malam merakam memori di dalam kotak memori kita semua masing-masing.

Mereka tidak sedar tetapi masa tu aku sedar  yang kau sedang bagaimana.
Hanya kau sahaja yang asing di situ.
Aku tidak bercakap tentang kau.
Aku bercakap tentang jiwa kau.
Kau tidak begitu seperti selalu.
Kau seperti didalam buih sendiri.

Jikalau aku mempunyai kuasa untuk memanipulasikan masa, tanpa berkira-kira akan aku berhentikan waktu pada malam itu, pada ketika itu masa engkau sendirian di atas tikar di dataran.

terus aku berdiri, dan menghala ke arah itu, duduk di samping engkau dan bertanyakan, " Are you ok?"
waktu berhenti berputar tapi kita tidak terkesan. engkau menceritakan aku mendengar kita bercerita sambil ditemani mereka yang sedang kaku seperti patung mannequin.

Dalam diri masing-masing tersimpan seribu rasa dan perasaan dan aku tahu pada malam itu rasa gembira mendominasi jiwa-jiwa kita. Cuma pada ketika itu mereka sedang kaku. Kita sedang berkisah.

Tapi ini kan cuma fiksyen yang tidak dapat diadaptasikan dalam dunia leper ni.
Rasa itu sahaja yang real.

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now