Bidadari senja

1 0 0
                                    

Aku tertidur lepas sedap melantak ayam ketuk petang tadi, dalam pukul 4 camtu.
Tapi aku betul tak sedar yang aku
boleh terlelap.

Bukak je mata aku ingat dah pukul 7 pagi,
aku baru nak sambung tidur, azan berkumandang.
bukak mata, cari handphone, pandang skrin, 7:30 malam. kepala aku pening, sial. Aku merebahkan kembali kepalaku di atas bantal. cuba untuk mentafsir kembali momen-momen mimpi tadi.

Dalam mimpi tu ada kau?
kenapa kau hadir?
aku kecewa selepas mataku terbuka kerana aku tahu yang sekiranya kau muncul di dalam mimpi maknanya di dalam dunia selepas mata terbuka kau dan aku tak akan menjadi.

Tapi ini kisah tentang semasa mataku tertutup.
kau memanggil namaku ketika di situ ada beribu.
kau menghidangkan aku segala macam manisan
tanpa luak manis yang terbit dari riak wajah kau.
kita berbicara dan berbual lama sambil ketawa;
indah.

itu sebelum mimpi ku bertukar,
mungkin syaitan ingin mengubah plot penceritaan kerana pada waktu itu senja sudah semakin deras.
aku dimomokkan dengan suara" orang mati, wajah" tengik dan ular putih berkepala merah bercincin hijau. Ketika itu aku terjaga, Kepala aku pening gila.
sakit.

Orang kata kalau dia yang kau minati itu muncul di dalam mimpi tandanya kau dengan dia tidak akan bersemi. Tapi masa tu, dialah bidadari.
pandangan dia,
lembut bicara dia,
comel,
putih,
perfect.
Muncul dalam mimpi ku yang diluar konteks.

kau,
Muncul di dalam mimpi senja,
membuatkan aku keliru sama ada ini mimpi indah ataupun rengsa,
kalau ditakdirkan kita tidak akan sama dalam dunia yang sebenar,
izinkan aku untuk bersama engkau di dalam mimpi dunia,
Kau bidadari senja
Kau bidadari senja
Kau bidadari senja aku,
Kau bidadari senja aku sayang.

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now