Seorang Badut di kaunter filantropi

3 0 0
                                    

HAHAHAHA
kelakarnya,
bagaimana mungkin aku tidak perasan
sudah lelah berduka
kuota nya pun sudah hampir kering
kini hanya mampu tertawa mengenang nasib
biarlah gelak menjadi pengisi rasa sedih buang jauh-jauh

Bagaimana aku mungkin tidak perasan
selama ini petanda terbentang di depan mata
yang dia itu lebih erat dengan dia
yang dulunya kita juga erat bersama dalam himpunan
kini aku yang ketinggalan

petanda juga sudah terurai di depan retina
sebelum ini
akan tetapi sengaja berpura-pura buta
menafikan yang sebenarnya

bila terkenang tika itu,
argh serasa ingin meronta bertempik cemburu
ya perkara yang sama bakal terjadi
selepas dan selepas selepas ini

semoga kau kuat wahai diri
kira-kira memang begitu
kau itu seorang badut di kaunter filantropi

noktah.

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now