Waktu Makan

6 1 0
                                    

Tiada apa yang lebih bernilai dari keluarga.
walaupun kadangkala kau rasa annoyed nak mati dengan semua nya diorang still keluarga.
Aku cakap begini bukanlah aku nak flex kat satu dunia yang family aku ni terpaling boek.
Ada yang lagi happy daripada itu, kalau nak dibandingkan dengan family aku ni ape lah sangat.

waktu makan, waktu dimana kita dapat berkumpul tukar-tukar cerita, loyar buruk, sakat adik waktu tu lah yang paling best.
Dengan umi yang tak habis-habis suruh aku ambilkan kicap yang terletak berdekatan dengan aku, Abah yang takkan makan selagi buah adalah benda pertama yang masuk dalam tekak terus ke perut nya.

"umi, saya broken la".

"oh dengan kak syad eh?" sakat adik aku. ha memang yang tu je lah kau kenal sebab dia pernah belanja kau tealive kan? huh. cerita lama lah tu dek.
orang nya pun dah hilang dari radar. tidak tahu kemana dimana.

"Dengan yang mana ni haritu cakap lain ni cakap lain, yang ni yang mana pulak?" .Yang tu laa..
aku pun sambung lah cerita sambil lap hingus dekat lengan umi sebab umi gemar memakai sleeveless apabila di rumah. haah, jangan tanya apa jadi lepas aku buat begitu kat umi. Abah hanya melihat saja apa yang sedang terjadi sambil menikmati laksa yang dia beli masa balik kerja tadi. jauh dari  Putrajaya nak ke Shah Alam.
Pergi kelam balik malam itu rutin.

"Dah orang tanak nak buat macam mana.., tapi lepas ni kalau ada orang nak ke apa ke, bagitau dulu.."
"asal lakk"
"Bukan nak soal siasat nak kasi pencerahan kat dia yang anak makcik ni dahla busuk, bilik sepah, bangun lambat, baju pakai banyak kali tak payahla dengan dia ni, pengotor."
"tf ! nedee!"
dusta lah semua tu. huh.
suka nampak yang buruk buruk je kat aku.
ey ambik balik kicap letak jauh-jauh kang baru tau.

"tula tu, birthday umi pun tak ingat bila" ah adik kedua menambah perisa pulak.
jujur aku tidak ingat birthday mereka semua yang persis dan jitu. aku cuma ingat bulan mereka lahir sahaja. Dasar anak derhaka. "sorry la, hehe".
ingatkan topik tarikh birthday ni dah tamat selepas aku meminta maaf, tapi tak, ha sudah, semua suruh aku meneka bila tarikh lahir mereka.
salah takpe yang penting konfiden.
puas aku tembak menembak di meja makan tu.
tak cukup dengan AK-47,
aku menggunakan UZI yang tersisip rapi di samping aku dan yang penting sekali sebelah botol kicap.
masing-masing muka toye je mengenang nasib mereka bagaimana lah dapat anak dan abang macam aku.
muahahah padan muka.

secara random nya,
abah bersuara,
"kalau mualaf pun ok jugak..."
aku macam HAHAHA
seres ah ni bah?
"tapi kalau chinese nanti susah la sikit sebab umi kan anti parti ...."
uh,umi rasis.

takpelah, maleh lah, kita travel dulu lah banyak-banyak, lagi best.
banyak lagi benda yang bole aku buat selain daripada menagih serotonin, dopamine, endorphine daripada makhluk.
tuhan ciptakan alam untuk kau jelajah.
cari hikmah dalam rehlah.
ya, itu objektif terbaru aku, tawan satu dunia
tapi kena ada cafe racer dulu lah.
jap,
sebelum tu lagi,
tapi kena ada duit dulu lah....

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now