Menanti Melur

1 0 0
                                    

Mana mungkin dia secantik itu,
ibarat melur
mekar tika malam
haruman nya sudah tentu akan memikat
bagi siapa-siapa yang melihat

pfft cliché dan agak cringe
tapi ketahuilah yang
aku bukan sekadar berbasa-basi
mata aku belum buta lagi
tapi apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini
sebenarnya adalah,
aku bukan jenis yang suka berebut, serabut
aku pun jenis yang suka muhasabah diri, sedar diri.

antara dua perbandingan, aku lebih rela menggalas semua yang kurang itu walaupun teman" cakap sebaliknya. takpelah. sikit je ni. apa yang ditakdirkan itu pasti akan datang. yang dah pergi tu, pergilah. tak payahlah dekat" lagi. itu lebih bagus.

benar orang kata jikalau kau menginginkan sesuatu,
rebutlah.
tapi kalau dalam bab memetik hati sunti,
aku agak pesimis.
kalau kau mahu dia kau perlu berebut,
terus setelah kau dapat kau julang dia seperti piala,
lepastu?
lepastu apa?
tang mana hat orang dok bilang cinta sejati nya?
anggapan aku, apabila kau mempunyai pilihan untuk memilih, nilai authentic dalam sesuatu wasilah tu jadi pudar.

tak tahu la kalau anggapan korang macam mana,
maybe kalau korang ada opinion bole share sekali.
aku perlukan enlightenment.

coretan yang aku tulis sambil tengah sedap layan lagu "Gundah Gulana by Loko"

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now