A.N

4 0 0
                                    

Bagi aku jika aku dan kalau aku,
kebiasaanya begitu,
mencintai = Depresi
Penyakit yang muncul hanya ketika apabila
aku jatuh hati terhadap seseorang dewi
jiwa dan jasad menjadi kecil sekecilnya
walaupun dikelilingi dengan spektrum yang hingar
aku rasa sendiri
dada berdegup kencang tidak senang
otak hanya memikirkan dia seorang
minda ligat memikirkan situasi fantasi
apabila dia sedang bersama
imaginasi nya indah
realitinya goyah
aku merana menderita kerana semua itu tidak real
aku cuba untuk jadikan nya realiti menapak di atas bayangan imaginasi akan tetapi mana mungkin air dan minyak itu dapat bersatu.
Mustahil.
Mahu hidup dengan realiti yang memedihkan
atau hidup dengan angan yang mengindahkan
yang memang lazimnya kau sudah tahu yang ianya palsu. pilih.

Wujudnya depresi itu kerana kedua-dua itu ligat bertarung di dalam otak aku.
menyerap segalanya dari dalam.
menarik senyuman yang terukir di bibir itu ke bawah agar dia menjadi suatu tangisan juga kesenduan.

Selalu nya begitu, dan sekarang aku sudah mula rasa sebegitu.
selamat datang ke ruang depresi,
moga cinta ini dapat bersemi!

Baskara yang suramWhere stories live. Discover now