GADIS TOMBOY 2

1.5K 69 2
                                    

- 2 minggu kemudian -

Aku melangkah masuk ke halaman rumah mak cik jenab. kelihatan mak cik jenab sedang leka menyapu daun kering di halaman rumahnya. "hai!.... mak cik... selamat petang!!!....", jeritku dalam telinga wanita gemuk itu. dia terkejut beruk. "opocot... petang selamat... petang tak selamat", mak cik jenab melatah panjang.

"hahahahahahaha...", aku ketawa tak henti henti. mak cik jenab menarik muka masamnya. "hish!.... awak ni kamalia... asyik buat mak cik terkejut aje.... nasib baik mak cik ni tak sakit jantung... kalau mak cik sakit jantung sudah tentu mak cik dah k.o dah...", mak cik jenab bersuara separuh geram.

"hahaha... mak cik ni... itu pun marah juga ke?... hehe... jangan marahlah mak cik...saya ada bawakan buah tangan special untuk mak cik ni...", aku menghulurkan buah tangan yang ku bawa dari kampung untuknya. dia segera mengambil plastik yang ada di tanganku itu. "wah... buah rambutan.... buah pisang... buah jambu pun ada.... semuanya buah kegemaran mak cik... terima kasih kamalia sebab awak sudi membawa buah tangan ini untuk mak cik...", mak cik jenab bersuara sambil tersenyum. aku membalas senyumannya. "sama-sama....", balasku perlahan lahan. "masuklah kamalia... bawa beg tu sekali....", pelawa mak cik jenab. aku pun segera melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan membawa beg pakaianku. "apa khabar orang tua awak di kampung, kamalia?... diorang sihat ke?", soal mak cik jenab ingin tahu. "diorang sihat mak cik... er... mak cik saya masuk bilik dulu, ya... saya nak berehat sekejap... saya letihlah...", kataku sambil tersenyum. "oh... ok... mak cik nak pergi ke dapur ni. awak berehat dulu, ya...", kata mak cik jenab lalu beredar dari situ.

Perlahan-lahan aku melangkah menuju ke bilik sewaku yang terletak tidak jauh dari situ. bilik tidur kecil itu aku perhatikan seketika. walau pun bilik tidur itu kecil namun ianya sudah cukup sempurna di mataku. sewa bulanannya jauh lebih rendah jika di bandingkan dgn sewa bulanan rumah yang beratus ratus ringgit setiap bulan. sebenarnya pihak universiti ada juga menyediakan hostel untuk pelajar yang datang dari kampung macam aku ni tapi aku tidak suka tinggal di hostel. aku lebih suka menyewa bilik daripada tinggal di hostel. bagiku menyewa bilik kecil di rumah mak cik jenab jauh lebih banyak faedahnya jika di bandingkan tinggal di hostel. Faedah yang prtama sekali ialah aku dapat pergi kuliah dengan mudah sekali sebab ianya terletak tidak jauh dari universiti UITM, shah alam. kedua ianya terletak tidak jauh dari pusat bandar. ketiga aku boleh melakukan pekerjaan part timeku di restoran srikandi pada waktu malam. keempat aku bebas buat apa yang aku suka. mak cik jenab tidak penah mengongkong kebebasanku. itulah sebabnya aku suka tinggal di situ. aku meletakkan beg pakaianku di atas lantai lalu aku duduk di birai katil yang ada d situ. perlahan-lahan aku berbaring di atas katil itu. ketika aku berbaring di atas katil tiba-tiba handphoneku berbunyi nyaring. aku terus menjawap panggilan di handphoneku itu.

"hello...."
"hello.... sham ni... kau kat mana ar? kau masih bercuti kat kampung lagi ke?"
"bukan... aku baru sampai kat rumah mak cik jenab ni.... kenapa?"
"baguslah kalau macam tu. sebenarnya aku nak ajak kau lepak-lepak kat plaza ni..."
"aku letihlah, sham... aku nak berehat ni..."
"ala.. tak bestlah kalau macam tu. kau keluarlah sekejap..."
"tak bolehlah sham..."
"hm... kalau macam tu tak apalah... see you tomorrow... ok, bye"
"bye..."

Aku tersenyum sambil mematikan handphoneku itu. shamsul memang macam tu. Kalau dia keluar jalan-jalan atau melepak dia pasti akan mengajak aku keluar dengannya. shamsul memang kawan baikku yang paling best. sungguh pun dia seorang lelaki namun dia tidak pernah pun buat benda yang tidak elok padaku walaupun kami sering keluar bersama. itu yang membuatkan aku suka berkawan dengannya....

*** *** ***

Keesokan harinya aku bangun awal. selepas mandi, aku pun terus memakai pakaianku. Seluar jeans dan t'shirt sudah menjadi pakaian rasmiku. aku sudah tidak peduli lagi pada pandangan orang lain terhadap diriku sebab aku sudah terbiasa memakai pakaian sebegini. Pernah satu kali salah seorang pensyarah di tempatku belajar menegur cara aku berpakaian tapi aku buat tak tahu aje. aku bukannya dengar cakap dia pun. Selepas bersarapan pagi aku segera berangkat ke UITM dengan menaiki bas awam yang sesak dengan penumpang itu. Tidak lama kemudian aku pun sampai di tempat yang di tuju. perlahan-lahan aku melangkah menuju ke arah kawasan universiti UITM shah alam yang sibuk itu. ketika aku sedang berjalan tiba-tiba ada orang melanggarku dari arah yang bertentangan. Habis jatuh semua buku-bukuku. aku terpaksa tunduk mengutip semua buku-bukuku itu. "Oppss... sorry... sorry.. aku tak sengaja...", kata orang yang melanggarku itu. aku segera mengalihkan pandanganku ke arah orang itu. alangkah terkejutnya aku bila aku lihat orang yang melanggarku itu ialah pemuda yang nyaris melanggar aku dan kak long midah di tepi jalanraya tempohari.

"kau?!....", kataku dengan terkejut. dia pun turut merasa terkejut ketika itu. "kau lagi?!!...", katanya dengan suara yang terkejut. "yeah... so what?... kau nak cari gaduh dengan aku ke, hah?", balasku dengan geram sekali. "eh... sapa nak cari gaduh dengan kau?... aku cuma tidak sengaja melanggar kau. itu saja...", kata pemuda itu dengan pantas. "tak sengaja konon... yang kau jalan main redah orang tak tentu pasal tu kenapa ar?, mata kau dah rabun ke atau dah buta?", soalku dengan marah. "woi... cakap tu baik-baik sikit tau... mata aku ni masih okay lagi tau... jangan-jangan mata kau tu yang rabun sebab tak nampak aku jalan tadi. akibatnya kau langgar aku macam orang buta...", balas pemuda itu. "eh... eh... bila masa pula aku melanggar kau ni?... kau tu yang mula-mula langgar aku tadi tau...", marahku pula. "yelah tu... macamlah kata-kata kau tu betul sangat...", kata pemuda itu sambil tersenyum sinis. semua siswa dan siswi yang ada di situ berhenti lalu berdiri memerhatikan kami. mereka seperti suka sangat bila melihat kami bergaduh di situ. "woi... kamal.... ada apa ni?", soal suatu suara. kelihatan shamsul datang menghampiriku. aku langsung tidak menjawap soalannya. mataku hanya tertuju ke arah pemuda yang tak guna itu. buku lima ku genggam erat....

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now