GADIS TOMBOY 6

872 43 0
                                    

Malam itu aku tidak pergi ke mana-mana. aku berbaring aje di atas katilku sambil mendengar lagu di radio. ketika aku sedang leka mendengar lagu di radio tiba-tiba handphoneku berbunyi nyaring. aku pun segera menjawap panggilan tersebut.

"hello..."
"hello... kau kat mana ni?"
"aku kat rumahlah sham... kenapa kau call aku malam-malam buta ni?"
"aku bukan shamlah.... aku zizan... kau tak kerja ke malam ni?"

Aku merasa sungguh terkejut bila aku mendapat tahu panggilan itu datangnya dari zizan. setahu aku belum pernah pun aku bagi dia nombor handphone aku. tiba-tiba pula dia call aku malam ni. pelik betul.

"wei.... kau dapat dari mana nombor handphone aku ni ar?"
"dari mana aku dapat nombor handphone kau itu tidak penting... yang penting sekarang kau kena jawap soalan aku ni... kau tidak pergi kerja ke malam ni?"
"er.... tak...."
"kalau tak, kenapa kau suruh aku tunggu kau kat restoran srikandi malam ini pula?... kau memang sengaja nak mempermainkan aku, eh?"

aku terdiam seketika. aku cuba mencari alasan yang terbaik untuk menjawap soalannya itu.

"eh.... bukan macam tu... aku cuma rasa tak sihat.... sakit kepala dari petang tadi... tu yang tak dapat pergi kerja tu...."
"oh ye ke?...."
"iye...."
"boleh aku tahu kat mana kau tinggal?....boleh juga aku datang menjenguk kau kat sana..."
"Eh.... tak payahlah kau datang menjenguk aku tengah malam buta ni... aku dah nak tido ni.... okay, good night....bye...."

Aku pun segera mematikan talian handphoneku. belum pun sempat aku melelapkan mataku handphoneku berbunyi lagi. aku cepat-cepat off kan handphoneku itu. aku malas nak bercakap dengan si malaun tu lagi.

*** *** ***

aku berjalan keluar dari dalam bas. Earphone di telingaku terus ku buka dengan pantas sekali. malas sudah ku mendengar lagu di pagi hari yang indah itu. dengan langkah kaki yang teratur aku mula melangkah masuk ke kawasan kampus yang sibuk. kelihatan shamsul dan haikal sedang menungguku di luar dewan kuliah yang terletak tidak jauh dari situ. aku pun cepat cepat berjalan menuju ke arah mereka berdua tiba-tiba bahuku di tepuk orang dari belakang. terkejut betul aku saat itu. topi yang melekap di atas kepalaku terjatuh di atas lantai. rambutku yang panjang terhurai bebas di tiup angin pagi yang lembut. aku ingin mngambil topiku tapi ada pula orang yang mengambilnya

"kau nak ambik topi kau, eh?... topi kau ada dengan aku...", kata orang itu. perlahan lahan aku mengangkat wajahku. aku terkejut apabila aku melihat zizan sedang berdiri memerhatikanku saat itu. di tangannya tergenggam erat topi kesayanganku itu. "kenapa kau pandang aku macam tu sekali ar?.... bagi balik topi aku tu...", kataku dengan wajah yang serius.

"apa?... kau nak aku bagi balik topi kau ni?... boleh... boleh... boleh.... aku boleh bagi balik topi kau ni tapi dengan 1 syarat... kau harus bersetuju untuk berbincang dengan aku bagaimana nak selesaikan tugasan kita tu selepas habis waktu kuliah nanti... kalau tidak aku tidak akan bagi balik topi ni pada kau....", kata zizan dengan wajah yang serius. aku cuba merampas topi tersebut dari tangannya tapi dia menyembunyikan topi itu di belakangnya pula. "bagi balik topi aku tu zizan....", kataku mula marah. "no way.... kalau kau bersetuju dengan syarat aku tu barulah aku bagi balik topi ni pada kau....", kata zizan sambil tersenyum sinis.

Aku cuba merampas topi itu dari belakangnya tapi dia mengangkat topi tersebut ke udara. aku cuba menggapai topi tersebut namun usahaku menemui kegagalan. Aku tidak putus asa. Aku cuba lagi untuk meraih topi itu dari tangannya. Ntah macamana tiba-tiba saja aku terjatuh. Begitu juga dengan zizan. Dia pun terjatuh lalu terbaring di atas lantai. aku pula terjatuh di atas tubuhnya. pandangan kami bertamu. aku rasa jantungku seakan akan berhenti berdenyut saat itu. darahku juga seakan akan berhenti mengalir.

Pandangan zizan membuatkan aku merasa seperti di pukau. inilah kali pertama aku merenung sepasang matanya yang bening itu. tak sangka pula dia mempunyai sepasang mata yang sangat mengancam. Tiba-tiba, "ayoyo.... romantik gilalah korang ni.... siap berbaring berpeluk di atas lantai simen lagi tu....", usik suatu suara. "Fewiittt.... romeo dan juliet berdrama romantik di pagi hari....", usik suatu suara pula. usikan demi usikan kedengaran di sana sini. aku tahu semua student yang lalu lalang kat situ mula mentertawakan kami. aku merasa sungguh malu skali

Cepat-cepat aku bangun tapi lenganku di pegang erat oleh zizan. "Nah... ini topi kau...kau harus berjumpa dengan aku di library selepas habis waktu kuliah nanti.... anyway, cantik betul rambut kau bila terhurai macam ni.... i really like it....", katanya sambil tersenyum nakal. aku hanya diam membisu. dengan sepantas kilat aku mengambil topiku itu dari tangannya lalu beredar dari situ.

*** *** ***

Di sepanjang sesi kuliah hari itu aku lebih banyak berdiam diri. peristiwa yang terjadi sebentar tadi benar-benar membuatkan aku jadi tidak menentu. Tidak tahu knapa. aku tidak berani memandang wajah zizan yang duduk tidak jauh dari mejaku saat itu. aku merasa sungguh malu padanya. malu yang teramat sangat sehinggakan sukar untuk aku mengangkat wajahku lagi. selepas habis waktu kuliah aku pun segera berjalan meninggalkan dewan kuliah itu. shamsul dan haikal terkejar kejar di belakangku. "eh....kamal, kenapa kau jalan laju-laju ni ar?", soal shamsul kehairanan. aku tidak menjawap soalannya. aku hanya berdiam diri. Ketika kami berjalan meredah koridor yang sibuk itu tiba-tiba muncul pula aida natasha dan kawan-kawannya di situ. mereka berdiri menghalangi langkahku. "apa korang nak ar?", soalku dengan marah. "aku dengar kau dah ada affair dengan si zizan tu... betul ke?", soal aida sambil memegang hujung rambut keritingnya itu.

"aku?...kau cakap aku ada hubungan dengan si zizan tak guna tu?....", soalku dengan cukup jengkel sekali. "ya.... ramai student lain cakap yang kau ada hubungan dengan dia...", balas aida dengan pantas. "buat pengetahuan kau, cik aida natasha...aku tidak ada sebarang hubungan pun dengan si zizan yang tak guna tu... apa yang kau dengar itu cuma khabar angin saja, ok?...", kataku dengan nada suara yang keras sekali. "oh ye ke?...aku tak percaya cakap kau ni.... ntah-ntah kau memang dah ada hati dengan zizan tu, siapa tau kan?....", kata aida sambil memintal mintal hujung rambut keritingnya itu.

"kau tak percaya.... apa ke... itu terpulang pada diri kau sendiri.... sudahlah... aku malas nak layan kau ni...", kataku dengan marah. cepat-cepat aku berjalan merempuh bahu kirinya dengan kasar sekali. dia hampir saja terjatuh tapi sempat juga dia brpaut pada bahu rakannya rosita. "celaka kau tomboy...", marahnya. "ya.... celaka kau betina...", laungku dengan kasar. aku meninggalkan tempat itu dengan pantas. tiba-tiba, "lia....", panggil suatu suara. aku pun terus mengalihkan pandanganku. kelihatan zizan sedang berlari menuju ke arahku."ya Allah ya Tuhanku.... kenapalah aku asyik bertemu dengan mamat tak guna ni ar??.... tak de ke orang lain lagi dalam dunia ni selain daripada dia tu??!!!... hishhh!!!...", gerutu hati kecilku dengan cukup jengkel sekali

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now