GADIS TOMBOY 8

810 42 0
                                    

Sebaik saja aku sampai di bilik sewaku aku pun terus berbaring di atas katilku. kata-kata yang di ucapkan oleh zizan padaku tengahari tadi masih lagi terngiang ngiang di cuping telingaku. ".... by the way, kalau kita bercinta betul-betul lagi bagus,kan?....", perkataan zizan itu membuatkan aku berfikir panjang. aku tidak tahu samada zizan sengaja bergurau padaku atau pun tidak. dulu pernah juga mohd izan bercakap macam tu padaku dan akhirnya kami bercinta juga. bila aku fikirkan tentang zizan secara automatic aku teringatkan mohd izan. aku merasa ada sesuatu tentang zizan yang mengingatkan aku pada mohd izan. pandangan matanya yang bening itu mengingatkan aku pada bekas kekasihku.

Tiba-tiba saja hatiku merasa sedih. kalaulah mohd izan masih ada dalam hidupku sudah tentu hatiku tidak akan jadi sedih macam ni. aku teringat akan loket silver pemberian mohd izan padaku dulu. Ketika itu kami menyambut valentine day bersama sama. Dia menghadiahkan aku loket silver yang sangat cantik. Aku bingkas bangun dari atas katilku sebaik saja aku teringatkan loket silver itu. beg sandang yang selalu ku bawa pergi kuliah aku buka dengan pantas sekali. aku mula mencari loket silver berbentuk hati itu. puas sudah aku mencari loket silver tersebut namun ianya tidak ada di dalam beg sandangku itu. berkerut dahiku bila memikirkan di manakah kali terakhir aku menyimpan loket silver tersebut. setahu aku loket itu memang aku simpan dalam beg ni tapi loket silver tersebut sudah hilang. aku tidak tahu di mana hendak ku cari loket silver itu lagi

*** *** ***

Pagi itu aku pergi kuliah seperti biasa. sampai di kawasan kampus aku lihat shamsul dan haikal berdiri menungguku di luar dewan kuliah. mereka sedang berborak dengan zizan. aku merasa hairan kenapa pula tiba-tiba shamsul dan haikal berbual dengan si zizan tu. apa yang mereka bualkan tu?... jangan-jangan mereka sedang mengumpat tentang aku. cepat-cepat aku berjalan menuju ke arah mereka bertiga. "hai.... sham... ikal....", sapaku. "oh... hai... kamal...", sapa shamsul dan haikal hampir serentak. "hai... lia...", sapa zizan pula. aku buat-buat tak tahu aje padanya. Cepat-cepat aku mengajak shamsul dan haikal masuk ke dalam dewan kuliah yang sibuk itu. tanpa banyak bicara mereka melangkah bersamaku.

"sham... apa yang korang bualkan tadi dengan si zizan tu?...", soalku ingin tahu. "oh... kami cuma berbual kosong aje....", balas shamsul sambil tersenyum. "oh.... berbual kosong ke atau mengumpat pasal aku?", soalku dengan wajah yang serius. "eh.... kami bukannya mengumpat pasal kaulah... kami bercerita pasal motor aje....", balas shamsul dengan wajah yang kelat. "ya... betul cakap sham tu... kami tak mengumpat pasal engkau pun...", celah haikal pula. "oh begitu... apa-apa pun aku tak nak korang berkawan dengan dia tu...", kataku dengan tegas. "kenapa pulak?", soal shamsul kehairanan. "sebab aku tak suka korang rapat dengan dia...", balasku dengan pantas. "eh.... dia okay juga orangnya...", bidas shamsul.

"orangnya okay ke... tak okay ke... aku tetap tak suka korang berkawan rapat dengannya... titik...", kataku dengan wajah yang serius. "eh....kamal tak baik tau kalau kita unfriendly dengan orang yang friendly dengan kita. nanti orang cakap kita ni orang yang sombong pula...", kata shamsul. "ya... betul cakap sham tu.kita harus berkawan dengan orang yang mahu berkawan dengan kita... jangan berdendam atau bermusuhan dengan orang lain...itu tidak baik tau...", kata haikal pula. "ahhh... malaslah aku nak bercakap dengan korang ni.... korang bukannya nak dengar cakap aku pun...", marahku. cepat-cepat aku berjalan menuju ke meja studyku. perlahan lahan aku duduk di meja studyku. begitu juga dengan shamsul dan haikal. zizan pun duduk di meja studynya. sempat juga dia tersenyum padaku tapi aku buat tak tahu aje. sesi kuliah pada pagi itu berjalan seperti biasa. prof hamid bertanyakan tentang tugasan yang di berikannya pada kami.

semua orang sudah menyiapkan tugasan masing-masing. aku merasa sungguh tidak keruan. setahuku tugasan yang di berikan oleh prof hamid belum lagi siap sepenuhnya. aku dan zizan belum buat isi berita dan menemuramah pihak berkenaan untuk menyelesaikan tugasan itu. dadaku berdebar sakan. tentu lepas ni prof hamid akan marah pada aku dan zizan gara-gara tidak siapkan tugasan tu. "zizan.... kamalia... macamana dengan tugasan korang tu?.... dah siap ke atau belum?", soal prof hamid ingin tahu. "dah siap prof....", balas zizan dengan pantas sekali. aku terkejut ketika mendengar jawapan zizan itu. sebenarnya aku tidak menyangka tugasan itu sudah selesai di buatnya. setahuku kami cuma berbincang pasal tajuk berita aje di library tempohari. Lepas tu kami tidak pula pergi menemuramah orang dan buat isi berita tu bersama sama.

"mungkinkah dia buat semua tugasan tu seorang diri?", timbul pula tanda tanya di kepalaku. prof hamid mengambil kertas tugasan dari tangan zizan. dia membaca dan menelitinya seketika. "good job zizan... kamalia... berita tentang rasuah ni sangat menarik. boleh di buat sebagai satu artikel yang menarik ni....", kata prof hamid sambil tersenyum. aku menarik nafas lega bila prof hamid tersenyum lebar. itu tandanya dia berpuas hati dengan tugasan yang di siapkan oleh zizan. dalam ati aku berterima kasih pada zizan kerana dia telah menyiapkan tugasan itu walaupun aku tidak banyak membantunya dalam menyiapkan tugasan tersebut. selepas habis waktu kuliah zizan segera menghampiriku. "lia.... ini untuk kau...", katanya sambil menyerahkan sebuah bungkusan kecil dalam plastik padaku. perlahan lahan aku mengambil bungkusan tersebut dari tangannya. belum pun sempat aku bersuara zizan sudah pun pergi meninggalkanku. terpinga pinga aku di buatnya....

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now