GADIS TOMBOY 3

1.2K 55 3
                                    

Aku cuba menumbuk wajahnya tapi dia sempat mengelak pula. dia tersenyum sinis padaku. aku kembali menyerangnya dengan menyepak kakinya tapi dia sempat juga mengelak seranganku. "hey... serangan kau tak mngenalah... hehehe...", sakatnya sambil ketawa mengekek. aku menggetapkan bibirku. aku kembali menyerang pemuda yang tak guna itu. kali ini aku cuba menyepak dadanya pula. pemuda itu segera mengelak dari seranganku.

"hahaha...", dia ketawa lagi. aku semakin merasa marah. "hoi... kenapa dari tadi kau asyik mengelak, hah? kau seranglah aku, bongok!", cabarku. "hehe...", pemuda itu ketawa mengekek. "Buat apa kau suruh aku serang kau pula?... aku bukannya jenis lelaki yang suka serang perempuan terutamanya perempuan tomboy yang lemah macam kau ni...", katanya sambil trsenyum sinis.

Aku menggetapkan bibirku. "sialan kau....", marahku. aku ingin menyerangnya dengan menumbuk wajahnya tapi shamsul segera datang lalu menghalang langkahku. "kamal...hentikan smuanya ini!.... kau harus ingat ini kawasan kampus... kau tidak boleh bergaduh di kawasan ini... kalau ada pensyarah yang nampak korang bergaduh kat sini sudah tentu haru biru jadinya....", larang shamsul dengan suara yang tegas sekali. dia memegang tanganku sambil berdiri di hadapan wajahku. aku terdiam sebaik saja aku terpandang akan wajah rakanku itu. dia mmandang wajahku dengan wajah yang tegang sekali. perlahan lahan dia menarik tanganku supaya beredar dari situ. mahu x mahu aku terpaksa mengekorinya dari belakang. aku pandang sekilas ke belakang. kelihatan pemuda yang tak guna itu sedang tersenyum sinis padaku. aku segera menjelirkan lidahku padanya. dia hanya ketawa melihatku

*** *** ***

aku berjalan masuk ke dalam dewan kuliah dengan hati yang tidak keruan. peristiwa yang terjadi sebentar tadi membuatkan aku tidak ada mood untuk belajar lagi. shamsul yang duduk di sebelahku pun tahu bahawa aku tengah bad mood masa itu. jadi dia hanya duduk diam di kerusinya. "aku rasa aku nak bunuh aje si malaun yang tak guna tu...", kataku setelah lama berdiam diri. shamsul memandang wajahku. "perlukah kau buat macam tu?", soalnya dengan wajah yang serius. "perlu... jika aku tengah marah... apa pun boleh jadi...", kataku tanpa mmandang wajahnya. "jangan bunuh orang lorh... itu tidak baik tau...yang kau marah sangat tentang dia tu kenapa ar?", soal shamsul sambil bermain pen di tangannya. Pen biru di jarinya berpusing pusing seperti kipas. "aku marah sebab dia langgar aku masa aku datang ke sini tadi... bukan itu saja dia nyaris-nyaris melanggar aku dan kak long midah di tepi jalanraya tempohari... sampai terseliuh kaki kiri kak long midah d buatnya... siapa tak rasa marah kalau ada orang yang buat macam tu?... kalau kau jadi macam aku pun sudah tentu kau akan merasa marah juga...", jelasku panjang lebar.

"oh ye ke?"soal shamsul dengan penuh minat. "iye....aku cakap betullah ni...", kataku lagi. tiba-tiba, "eh... handsomenya lelaki tu... dia student baru kat sini ke?", soal salah seorang student pada rakannya yang duduk d barisan hadapan kami. perhatian mreka tertumpu ke arah seorang pemuda yang baru saja melangkah masuk ke dewan kuliah itu. aku dan shamsul pun turut memandang ke arah pemuda itu. alangkah terkejutnya aku bila aku lihat pemuda yang tak guna itu muncul lagi di dewan kuliah tersebut. tak sangka pula dia ambik course yang sama dengan aku. "sialan betul... si malaun tu ada kat sini lah pula...", gerutuku dengan marah sekali. "eh....dia datang ke sini lah...", kata shamsul separuh berbisik. aku merasa jengkel bila aku lihat pemuda itu melangkah menuju ke arah kami.

"hai... kita brjumpa lagi... hehe... er... boleh aku duduk di meja sebelah korang ni tak?", soal pemuda sambil ketawa kecil. aku menarik muka masamku. "duduklah...", pelawa shamsul pula. aku menyiku pinggang shamsul. "kenapa kau benarkan dia duduk kat situ pula?", bisikku separuh geram. shamsul tersengih macam kerang busuk. "tak pe... biarkan dia duduk kat situ... meja tu kan kosong.... tak baik biarkan dia berdiri di spanjang kuliah ni nanti....", bisik shamsul padaku. "ehemmm.... korang tengah berbisik tentang apa tu?", tegur pemuda itu dengan dahi yang berkerut. "oh... tak ada apa-apa... kau duduklah di situ, ya...", kata shamsul pada pemuda itu. pemuda itu tersenyum lalu duduk di meja yang terletak tidak jauh dariku. dia tersenyum padaku tapi aku langsung tidak membalas senyumannya itu. "hai... namaku zizan bin hamadi... just call me izan...", dia menghulurkan tangannya padaku tapi aku tidak menyambut huluran tangannya itu. aku buat tak tahu aje.

Shamsul yang duduk di sebelahku pula yang menyambut huluran tangannya. "oh... hai.... izan... namaku shamsul bin imran. panggil aku sham... nama orang yang bisu ni ialah nur kamalia binti jamahari... just call her kamal...", kata shamsul. "aku belum bisu lagilah...", kataku pada shamsul. dia tersengih padaku. "hehe.... dia belum bisu lagi lah,sham... hehe... btw, nice name....apa nama kau tadi? kamalia, eh?.... boleh aku panggil kau, lia? kamal tu tak sesuai lah untuk girl macam kau ni... boleh kan?", soal zizan sambil ketawa mngekek.

aku diam membisu di kerusiku. "eh...bila orang tanya dia... dia jadi bisulah pulak... tak apalah... ada masanya nanti kau tidak jadi bisu... kan lia kan?", sakat zizan. aku hanya menggetapkan bibirku. "kau jangan panggil aku lia lah... aku tak suka...", kataku tanpa mmandang wajahnya. "hehe... itu pun kau marah ker?.... hehe... kau ni cepat sangat melenting lorh... rileks lah... jangan marah-marah... nanti darah kau naik... tak pasal-pasal kau dapat darah tinggi lah pula...", sakat zizan padaku. aku mula merasa geram padanya.

"boleh tak kau diam sekejap?!...."marahku. dia hanya tersengih padaku. "wokey... lia... wokey.... aku diam la ni.... umphhh.... tutup mulut dah ni... hehe...", zizan bersuara sambil menutup mulutnya dengan tangan. "hehe....", shamsul di sebelahku ketawa mngekek. "yang kau ketawa ni kenapa ar?... kau nak aku pukul kepala kau dengan buku nota ni ke?...", marahku sambil menunjukkan buku nota tebal di tanganku itu. shamsul terus diam membisu. zizan hanya ketawa kecil di kerusinya. aku buat tak tahu aje selepas itu....

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now