GADIS TOMBOY 5

1K 46 5
                                    

"nasi ayam 1.... milo ais 1.... meja 12....", kataku pada mak cik aishah yang ada di dalam kitchen saat itu. Tidak lama kemudian, "order meja 12 dah siap... sila hantarkannya kepada customer tu...", perintah mak cik aishah tukang masak dalam restoran itu. "aku?... kau suruh aku hantarkan makanan ni ke meja 12 tu?", soalku dengan riak wajah yang malas sekali. "yelah siapa lagi?", soal mak cik aishah kehairanan. "tak de ke orang lain untuk menghantarkan makanan tu selain daripada aku?.... aku malaslah...", aku bersuara dengan malas. "eh.... kau ni... jangan malas-malaslah... nanti puan yatie marah pada kau baru kau tahu...", kata mak cik aishah dengan wajah yang serius. "oklah.... oklah...", balasku dengan geram.

mahu tidak mahu aku terpaksa juga pergi menghantarkan makanan pada si zizan yang tak guna tu. sebaik saja aku sampai dekat dengan mejanya aku pun terus meletakkan pinggan berisi nasi ayam & gelas berisi milo ais itu dengan kasar di atas mejanya. "terima kasih sayang...", kata zizan sambil tersenyum padaku. "sayang kepala otak kau...", aku bersuara separuh geram. selepas itu aku menjelirkan lidahku padanya. "hahaha...", dia hanya ketawa melihatku...

*** *** ***

"perhatian semua.... hari ni saya ingin awak semua buat tugasan secara berpasangan.... setiap pasangan harus bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan ini.... tugasan yang perlu korang buat ialah mencari isi berita kat luar sana. semua topik berita yang perlu korang buat sudah saya tuliskan kat whiteboard ni. korang hanya tinggal memilih topik apa yang korang nak pilih... tapi sebelum korang memilih topik berita apa yang ingin korang buat saya nak korang bersiap sedia untuk sesi pemilihan pasangan sekarang juga. buat pengetahuan korang semua, saya telah pun menulis setiap nama student perempuan dalam gulungan kertas kecil yang ada di kotak ini.... semua student lelaki di persilakan tampil ke hadapan untuk mengambil gulungan kertas masing-masing dari dalam kotak ini sekarang juga....", kata prof hamid dengan suara yang tegas. semua student lelaki bingkas bangun lalu mengambil gulungan kertas masing-masing. begitu juga dengan shamsul dan haikal. zizan pun turut berbuat demikian. mereka mengambil kertas gulungan kecil itu lalu membaca nama yang tertulis di dalamnya.

"eh.... aku berpasangan dengan aida natasha lah.... huih... ini sudah bagus ni....", kata shamsul dengan riangnya.aida natasha yang duduk tidak jauh dari situ hanya menarik muka masamnya. dia seperti tidak suka pula berpasangan dengan shamsul tapi pemuda itu masih juga gembira sakan. "eh.... aku pula berpasangan dengan rosita lah....", kata haikal sambil tersenyum. rosita membalas senyuman haikal. nampak gayanya dia menerima haikal sebagai pasangannya dengan baik sekali. hanya aku seorang saja yang tidak tahu sapakah pasanganku ketika itu. tiba-tiba, "kau nak tahu tak siapa pasangan aku?....", soal suatu suara di sebelahku. aku segera mengalihkan perhatianku. kelihatan zizan sedang berdiri di sebelahku sambil tersenyum lebar. "tak nak tahulah...", balasku dengan wajah yang masam mencuka. "buat pengetahuan kau.... nama kau ada tertulis kat dalam kertas di tangan aku ni. thats mean kita berpasangan dalam melakukan tugasan kali ini....", katanya padaku. aku terkejut bukan kepalang. "whatttt?!!!...." aku bersuara separuh menjerit. Semua orang pandang semacam ke arah ku. "ada apa cik kamalia?....", soal prof hamid ingin tahu. dia merenung wajahku.

"oh.... er.... saya cuma terkejut tadi...."balasku dengan wajah yang serbasalah. "Kenapa awak terkejut pula?", soal prof hamid ingin tahu. "saya terkejut sebab nama saya tercatit dalam kertas di tangan si zizan ni.... prof perlu ke saya berpasangan dengan dia ni?.... tak boleh ke kalau saya berpasangan dengan lelaki lain?", soalku dengan wajah yang serius. "kenapa pula awak tidak suka berpasangan dengan zizan?....", soal prof hamid khairanan."sebab...", kata-kataku terus di potong pantas oleh zizan. "sebab dia malu pada sayalah tu prof.... alah... malu-malu kucing lah tu...", potong zizan sambil ketawa kecil. "hahaha.....", semua student lain ketawa memanjang. aku hanya menggetapkan bibirku. geram betul aku di buatnya. "bukannya saya....", belum pun sempat aku menghabiskan perkataanku, prof hamid mengangkat tangannya. "cukup kamalia!... awak tidak boleh memilih pasangan lain sesuka hati awak. Awak harus ikut apa yang sudah di tentukan. awak tidak ada pilihan lain lagi... awak harus melakukan tugasan ini dengan zizan.... keputusan ini adalah muktamad....", kata prof hamid dengan wajah yang serius sekali. "ouwhhh....", aku mengeluh berat. zizan tersenyum lebar padaku. aku menarik muka masam.

selepas habis waktu kuliah aku terus melangkah keluar dari dalam dewan kuliah yang bising itu. shamsul dan haikal berjalan dengan pantas di sebelahku sambil menyandang beg sandang di atas bahu masing-masing. kami singgah sebentar di kafetaria universiti untuk mengalas perut yang kosong. kami makan tengahari di situ sebelum balik ke rumah masing-masing. masa makan shamsul asyik memerhatikan wajahku.

"eh... kamal... kenapa wajah kau masam mencuka aje ni ar?", soal shamsul ingin tahu. "aku geram betul dengan pensyarah kita tu... ada ke patut dia paksa aku berpasangan dengan si zizan yang tak guna tu....", jawapku separuh geram. "rilekslah kamal....siapa tau... u two will become the great couples of the year...", usik shamsul di sebelahku. haikal hanya ketawa di sebelahnya. "apa kau cakap?.... aku dan zizan akan jadi the great couples of the year?... no waylah sham... oiii... perkara itu tidak akan terjadi...", balasku dengan wajah yang serius. "kenapa pula?", soal shamsul sambil tersenyum. "sebab hati aku sudah tertutup untuk bercinta.... lagi pun aku tak teringin nak bercinta dengan zizan tak guna tu...", balasku dengan pantas. tiba-tiba, "woi... korang tengah bercakap tentang aku eh?", soal suatu suara. terkejut betul aku apabila aku melihat zizan muncul di hadapan kami sambil tersenyum lebar.

aku terus tersedak dan terbatuk kecil. "Hahaha....", zizan ketawa apabila melihat aku tersedak ketika itu. "celaka punya mangkuk ayun...", gerutuku dengan marah. shamsul dan haikal cuba menahan ketawa di sebelahku. aku cepat-cepat meneguk air buah laici yang ada di dalam gelas. "Hahaha... itulah lain kali kalau makan jangan asyik mengata orang. Itu tidak baik tau...", katanya sambil ketawa panjang. "kurang ajar betul lah kau ni.... datang-datang aje terus sergah orang... langsung tak bagi salam dulu...", kataku dengan marah.

"wokey.... lia.... wokey... assalamualaikum sayang lia intan payung si cantik manis....", balas zizan sambil ketawa kecil. shamsul dan haikal masih menahan ketawa di sebelahku. aku menggetapkan bibirku. "so... kenapa kau datang ke sini ganggu kami yang tengah lunch ni,ar?", soalku mula marah. "aku datang ni cuma nak tanya bilakah kau ada masa lapang untuk discuss tugasan yang di berikan oleh prof tadi tu. itu aje... aku bukannya ada niat nak ganggu korang lunch pun...", balasnya. "lain kali aje kita discuss perkara tu... aku nak makan dengan kawan-kawan aku ni.... kau pergilah berambus dari sini...", kataku dengan kasar sekali. "eh.... lia... kenapa dengan kau ni?... boleh tak kalau kau bercakap dengan aku sekejap?.... kita sekarang di berikan tugasan secara berpasangan jadi kita harus melakukan tugasan yang di beri oleh prof hamid tu bersama sama.... jangan campur-adukkan hal peribadi dengan tugasan yang di beri. Jika tidak apa yang kita lakukan tidak akan berhasil....", kata zizan sambil memandang wajahku. Wajahnya kelihatan serius.

Aku membalas pandangan matanya."baiklah.... kalau macam tu kau kena tunggu aku di restoran srikandi sehingga aku selesai bekerja malam nanti... selepas tu barulah kita berbincang tentang perkara ni, okay?...", kataku perlahan lahan. dia tersenyum lega sebaik saja dia mendengar perkataanku itu. "okay.... aku akan menunggu kau sehingga kau selesai bekerja malam nanti...", balasnya sambil tersenyum lembut. "hmmm.....", aku menganggukkan kepalaku. perlahan lahan dia beredar dari situ. "eh... betul ke kau akan membiarkannya menunggu kau sehingga kau selesai bekerja di restoran srikandi malam nanti?", soal shamsul seperti meminta kepastian pula. "eh... tidaklah... sebenarnya aku off duty malam ni.... aku sengaja berbohong padanya sebab aku saja nak kenakan dia.hehehe...", balasku sambil ketawa kecil. "Eh... jahatnya kau ni....", komen shamsul sambil menggelengkan gelengkan kepalanya."hahaha....tau tak pe....hahaha....", aku ketawa senang.

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now