GADIS TOMBOY 7

869 41 0
                                    

"ada apa?", soalku pura-pura tidak tahu apa-apa. pada hal aku tahu apa tujuannya memanggilku saat itu. dia tersenyum padaku tapi aku tidak membalas senyumannya. aku berusaha untuk tidak memandang wajahnya. "ehh.... kau dah lupa ke?...aku ada ajak kau pergi ke library untuk discuss tugasan kita tu pagi tadi...", kata zizan sambil memandang wajahku. aku terpaksa bersikap tenang ketika itu. Pada hal aku rasa tidak keruan saat itu. "oh.... ya?.... baru aku teringat.... tapi....", kata-kataku di potong pantas oleh zizan.

"jangan bertapi tapi dengan akulah, lia.... kita perlu berbincang tentang tugasan ini... jika tidak tugasan ini akan terbengkalai dan prof hamid akan marah pada kita....", kata zizan dengan wajah yang serius. "tapi aku....", sekali lagi zizan memotong pantas perkataanku. "jangan banyak tapi-tapi lagi... jom ikut aku...", zizan bersuara sambil memegang tanganku. Berderau darahku sebaik saja tangannya menggenggam erat tangan kiriku. "er...zizan... aku boleh ikut kau ke library tu tapi tolonglah jangan pegang tangan aku macam ni... aku malulah....", kataku tak keruan. "oh.... sorry...", katanya serbasalah. cepat-cepat dia melepaskan tangan kiriku. "jom...", ajaknya tanpa segan silu. mahu tidak mahu aku pun terpaksa mengekorinya dari belakang.

sampai di library kami pun duduk di kerusi dan meja yang terletak tidak jauh dari rak buku rujukan. pada mulanya zizan duduk bertentangan denganku tapi dia tidak jadi duduk d situ. dia bangun lalu duduk di kerusi yang ada di seblahku. dia duduk rapat-rapat pula tu.

Aku rasa tidak menentu bila duduk berdekatan dengannya. Namun aku cuba untuk bersikap seperti biasa. zizan mula membincangkan tajuk berita yang perlu di pilih untuk tugasan itu. dia tidak tahu yang hatiku sedang di landa rasa gemuruh saat itu. fikiranku menerawang jauh. aku teringatkan mohd izan bekas kekasihku dulu. dulu kami sering juga berjumpa di perpustakaan awam bila ada masa lapang. dia suka membaca buku cerita. aku pun suka membaca buku cerita. Boleh di katakan hobi kami ialah membaca buku. Hampir setiap petang kami akan bertemu di perpustakaan awam untuk belajar dan buat study group sendiri dengan kawan-kawan yang lain. Dari situ lah hubungan kami menjadi semakin rapat. Dulu mohd izan selalu duduk dekat denganku bila kami membaca buku. kadang-kadang kami bergurau senda secara brbisik-bisik.

sungguh indah saat itu namun segalanya itu berakhir dengan sebuah perpisahan yang tidak dapat di duga.mohd izan terpaksa pergi berhijrah ke sarawak bersama dengan orang tuanya tanpa pengetahuanku. aku merasa sungguh kehilangan saat itu. semalaman aku menangis kerana dia. aku jadi tidak bersemangat untuk belajar lagi. menjawap soalan dalam peperiksaan PMR pun aku buat sambil lewa. nasib baik aku lulus peperiksaan masa tu kalau tidak tak tahu lagilah. aku sebenarnya merasa kecewa sebab mohd izan pergi tanpa meninggalkan sebarang berita dan itu membuatkan aku merasa sedih sekali. cintaku pada mohd izan terkubur begitu saja.

Memang betul kata sesetengah orang itu, cinta pertama memang sukar untuk di lupakan. sejak aku kehilangan mohd izan aku mula berubah menjadi seorang gadis tomboy yang tidak mahu mencintai dan di cintai oleh seorang insan bergelar lelaki. "lia.... yoohooo!.... lia...", kedengaran suatu suara bergema di cuping telingaku. aku terkejut sakan macam beruk. "ooohhh....", buku di tanganku terjatuh di atas lantai. zizan segera bangun dari atas kerusinya lalu mengambil buku itu dan menyerahkannya padaku.

"kenapa ni?.... apa yang kau lamunkan sangat tu?...."soalnya ingin tahu. "oh.... tak ada apa-ada... tak ada apa-apa...", balasku dengan pantas. "betul ke ni?.... kau seperti mengelamun panjang aje....", kata zizan dengan dahi yang berkerut. "tak ada apa-apalah... mari kita teruskan aje perbincangan ini...."balasku dengan wajah yang serius."kalau macam tu baiklah....", zizan pun mula membincangkan perkara yang perlu di lakukan untuk melakukan tugasan itu. kali ini aku memberikan sepenuh perhatianku pada apa yang di bincangkannya.

selepas habis perbincangan di lakukan zizan mengajakku keluar makan bersamanya di kafetaria universiti yang berhampiran. pada mulanya aku tidak mahu tapi dia memaksa aku untuk mengikutinya. mahu tidak mahu aku pun terpaksa akur dengan kehendaknya itu. ketika kami sedang makan di meja makan yang ada di situ tiba-tiba aku terdengar beberapa orang pelajar perempuan sedang brgossip tentang kami.

"ehh.... korang tengoklah couple kat sana tu... diorang makan bersama lah... pagi tadi diorang jatuh di atas tanah sambil berpelukan. sekarang pula diorang makan semeja.... huih... memang romantik betullah diorang tu....", kata pelajar perempuan yang bertubuh gempal itu. "yelah.... they are so romantic like romeo & juliet....", komen pelajar perempuan yang bertubuh kurus pula. aku jadi tidak berselera sebaik saja telingaku terdengar gossip murahan itu. patutlah aida natasha menuduhku yang aku ada hubungan dengan si zizan ngok ngek ni. rupa-rupanya ada orang yang kuat bergossip dalam kampus ni.

"eh.... kenapa kau tidak habiskan makanan kau tu?", soal zizan kehairanan. "sebab aku tak ada selera hendak makan...", balasku dengan hati yang sebal. "kenapa pula?", soal zizan semula. "ada orang tengah bergossip tentang kita... mereka cakap kita ni sedang hangat bercinta.... sakit betul telingaku mendengarnya... selera makanku pun hilang entah ke mana..."balasku dengan wajah yang masam mencuka. "hahaha...." zizan hanya ketawa padaku. aku menggetapkan bibirku. "yang kau ketawa ni kenapa ar?... apa yang lucu sangat?", marahku. "eh... itu pun kau marah juga ker?.... ala... rileks ler.... by the way, kalau kita betul betul bercinta lagi bagus, kan?....hehehe....", zizan bersuara sambil ketawa kecil. aku menggetapkan bibirku. "bagus kepala otak kau...", kataku dengan marah. "hahaha....", zizan ketawa memanjang.aku segera bangun dari atas kerusiku lalu beredar dari situ....

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now