GADIS TOMBOY 4

1K 51 0
                                    

Di sepanjang sesi kuliah itu aku tidak dapat menumpukan perhatianku pada topik yang di bentangkan oleh prof hamid. aku tahu zizan sedang memerhatikan aku. Entah kenapa dia asyik memerhatikan aku pun aku sendiri tidak tahu. Aku buat tak tahu aje. aku cuba memfokuskan perhatianku ke arah prof hamid namun perhatianku terganggu apabila segumpal kertas kecil jatuh tepat di pipi kiriku. aku merasa sungguh terkejut namun aku cuba untuk bersikap tenang ketika itu. perlahan lahan aku mengambil gumpalan kertas itu. gumpalan kertas tersebut di buka lalu di baca... 'lia.... aku tahu kau masih marah padaku tapi aku minta maaf pada kau.... sudi tak kau maafkan aku?.... -zizan-.....' aku menggetapkan bibirku. "eh...senang-senang pula dia nak minta maaf pada aku... jangan haraplah aku akan memaafkan kesalahannya tu...", bisik hati kecilku dengan marah.

Aku mengambil sekeping kertas kecil lalu ku tulis perkataan, 'no way!...', selepas itu aku mnggumpalkan kertas tersebut lalu melemparkannya ke arah zizan. dia terus mengambil gumpalan kertas itu lalu membacanya. aku kembali mengalihkan perhatianku ke arah prof hamid. ktika aku sedang mnumpukan perhatianku pada topik yang di bincangkan, tiba-tiba sekeping gumpalan kertas jatuh tepat di atas mejaku. aku tahu itu pasti dari zizan ngok ngek itu. aku pun terus mengambil gumpalan kertas tersebut lalu membacanya. 'lia... sampai bila kau tidak mahu memaafkan kesalahanku?... sampai bila kau akan bermusuhan denganku?... -zizan- ' demikianlah bunyi nota kecil tersebut. aku memandang wajah zizan yang kebetulan sedang memerhatikanku saat itu. dia tersenyum padaku. aku hanya menggetapkan bibirku. dengan sepantas kilat aku mencarikkan sehelai kertas kecil lalu mencoretkan sesuatu di atas kertas tersebut. 'Aku tidak akan memaafkan kau sampai bila-bila pun. Anyway, tolong jangan ganggu aku dengan sampah sarap kau ni. Aku tak suka...'

selepas itu aku terus menggumpalkan kertas tersebut lalu ku lemparkan ke arahnya. dia segera menyambutnya dan membukanya. selepas membaca nota kecilku itu dia mula menulis sesuatu dalam kertas kecil yang lain pula. Kemudian di gumpalkannya kertas tersebut di tangannya lalu di lemparkannya gumpalan kertas itu ke arahku. aku dengan malasnya mengambil gumpalan kertas itu dan membacanya, 'so.... kau nak terus bermusuhan dengan aku, eh?.... tak apa....tak apa....aku nak tengok sampai bila kau nak bermusuhan dengan aku.... p/s: kau anggap aku macam musuh kau tapi aku tak anggap kau macam musuh aku... tak berbaloi rasanya aku bermusuhan dengan orang macam kau ni... -zizan- ' aku merenyukkan kertas kecil itu lalu membuangkannya ke dalam tong sampah yang ada di situ.

Tidak lama kemudian sesi kuliah pun berakhir, aku bingkas bangun dari atas kerusiku. kelihatan beberapa orang student perempuan datang menghampiri zizan. mereka sibuk berkenalan dengan pemuda tersebut. Antara student perempuan yang terkedek kedek nak berknalan dengan pemuda itu ialah aida natasha dengan kawan-kawannya rosita dan mariana. mereka bukan main gedek lagi bila bersama dengan pmuda itu. "hai.... u student baru kat sini kan? boleh kita berkenalan?.... nama i aida natasha binti julaihe... just call me aida... ini kawan i... ini rosita binti mahyudi dan yang ini mariana binti iskandar... we are the famous beauty girls here....", kata aida dengan manjanya. aku cuma memerhatikan mereka dengan hati yang jengkel sekali. aku lihat zizan sedang mmerhatikanku. aku cepat-cepat mengalihkan perhatianku ke tempat yang lain. "sham... jom kita pergi dari sini... meluat betul aku tengok diorang ni semua...", kataku pada shamsul. tanpa banyak soal shamsul pun segera mengekoriku dari belakang. "eh... laju betul kau berjalan... kau macam nak berlumba jogathonlah pula....", rungut shamsul di belakangku. "eh... mestilah... aku terpaksa kejar masa ni. petang ni aku nak pergi kerja kat restoran srikandi lagi...", jawapku dengan pantas. "oh... terlupa pula aku yang kau ada kerja part time...", kata shamsul sambil mencuba berjalan pantas di sebelahku.

ketika kami lalu dekat dengan kafetaria universiti itu, kami terserempak dengan haikal yang kebetulan baru melangkah keluar dari dalam kafetaria tersebut. "hey... korang baru keluar dari dewan kuliah ker?", soal haikal padaku dan shamsul. "yep.... knapa kau tak datang masa kuliah tadi?", soalku ingin tahu. "aku terlambat datang k sini... motor aku buat hal lah pula. tu yang tak dapat datang kuliah tu... aku terpaksa skip kuliah sebab aku tengok masa kuliah dah nak habis. itu sebabnya aku terpaksa duduk tunggu korang kat cafe ni...", terang haikal panjang lebar. "oh begitu...", aku bersuara sambil mengangguk anggukkan kepalaku."ada assignment baru lagi tak yang perlu di buat?"soal haikal ingin tahu."setakat ni belum ada lagi.... maybe esok lusa ada la tu. lecturer cuma bagi nota untuk di salin aje...", jawapku dengan pantas. haikal mengangguk paham. "oh... kalau macam tu aku pinjam buku nota kau dulu, ya... aku nak salin nota kau tu....", kata haikal sambil tersenyum kambing. "ok, no problem...", balasku sambil tersenyum. perlahan lahan kami berjalan meninggalkan kawasan kampus yang sibuk itu.

*** *** ***

Aku mengelap meja makan sambil bersiul dengan riangnya. selepas itu aku membawa pinggan mangkuk yang kotor ke belakang restoran yang sibuk itu. kelihatan kak adibah sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk dan gelas kotor di sinki yang terletak tidak jauh dari situ. berpeluh peluh dia membuat kerjanya itu. "banyak betul pinggan mangkuk yang perlu di cuci.... naik lenguh tangan ni mencuci... hm...", keluh kak adibah sambil mencuci pinggan mangkuk yang kotor itu. "kalau akak penat akak berehatlah sekejap...", kataku. "Eh... tak bolehlah dik.... nanti puan yatie marah padaku pula...", kata akak adibah dengan pantas. belum pun sempat aku bersuara puan yatie muncul di sebelahku. "kamalia... awak jangan asyik bercakap dengan kak dibah ni. awak pergilah layan customer yang baru sampai tu....", perintah puan yatie dengan suara yang tegas.

"Baiklah...", balasku dengan malas. Mahu tidak mahu aku pun terpaksa menuruti perintahnya itu. aku berjalan menuju ke ruang depan restoran yang kelihatan penuh dengan pelanggan itu. aku lihat ada seorang pelanggan baru datang dan duduk di meja yang ada di situ. aku segera menghampirinya. pen dan kertas ku pegang erat di tangan. "selamat datang ke restoran srikandi.selamat malam abang.... abang nak pesan apa?", soalku cuba bersikap ramah. Pemuda itu terus mengangkat wajahnya. aku mrasa terkejut sebaik saja aku melihat wajahnya. "hah??....kau lagi??!!....", soalku dengan nada suara yang terkejut. zizan pun turut merasa terkejut ketika itu tapi dia hanya tersenyum padaku. "hehe.... kita bertemu lagi.... hehe.... apa kau panggil aku tadi?.... abang?.... cuba kau panggil aku abang sekali lagi... aku nak dengar.... hehe....", zizan bersuara sambil ketawa kecil. aku menggetapkan bibirku. geram betul aku di buatnya. "jangan perasanlah.... aku bukannya panggil kau abang pun....", kataku cuba berdalih. "eh....kau panggil aku abang tadi tau.... kau jangan cuba berdalih pula... hehe...",balas zizan sambil ketawa kecil. "aku tidak berdalihlah bongok....", balasku marah.

"apa?... bongok?.... nama aku bukannya bongok lah.... nama aku zizan bin hamadi... anyway, kau kerja kat sini ker? tak sangka pula kau kerja kat sini, eh.....", katanya sambil mmandang wajahku. aku segera mengalihkan pandangan mataku ke arah lain. meluat betul aku tengok wajah seposennya itu. "hm....whatever.... what do u want to order mr zizan?", soalku dengan wajah yang serius sekali. dia ketawa padaku. "hahaha.... ni minah saleh sesat datang dari mana ar?.... hahaha..."soalnya sambil ketawa. aku merasa semakin geram padanya. "kau datang ke sini nak makan dan minum ke atau kau datang ke sini cuma nak sakitkan hati aku?", soalku mula marah. "woahh.... marah sudah sayang abang yang comel loteh ni.... hehe.... jangan marah-marah ye sayang.... abang bergurau aje ni... hehe...sayang si cantik manis, malam ini abang nak makan nasi ayam dan minum milo ais.... itu saja yang abang nak order dengan sayang kali ni...", kata zizan sambil tersenyum padaku. aku hanya menggetapkan bibirku. kalau ikutkan hatiku yang sedang marah mahu saja aku menumbuk wajahnya saat itu tapi aku terpaksa mengawal kemarahanku kerana aku tidak mahu di buang kerja gara-gara aku menumbuk wajah pemuda yang tak berguna itu. "aku bukannya sayang kau lah...", gerutuku dengan marah. "hehe.... janganlah marah.... rileks ar.... hehe....", katanya sambil ketawa mengekek. aku terus saja beredar dari situ dengan hati yang marah sekali.

GADIS TOMBOY (U)Where stories live. Discover now